Assalammualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession ini. Saya tak tahu nak cerita dan minta nasihat siapa, jadi saya harap ada sedikit nasihat yang saya boleh dapat dari sini.
Nak dijadikan cerita, saya dah grad tahun lepas bersama sedikit duit simpanan sekitar RM5-6k (simpan duit JPA dan buat part time waktu study), and bila grad terus kerja kilang dan juga kedai runcit.
Disebabkan antara ahli keluarga boleh dikatakan saya sahaja yang ada duit simpanan, jadi apa apa hal kecemasan, saya yang akan keluarkan duit selain ibu dan ayah gadaikan barang kemas.
Tahun lepas, adik saya nak kerja di Singapore, jadi waktu nak masuk tu memang zaman covid, bayaran nak masuk perlu sekitar RM4K macam tu, kalau tak silap, dia pinjam dalam 2k, tapi sekarang tinggal 1.3k baki yang perlu dibayar semula.
Kakak saya pun ada pinjam dalam 1.2k , katanya akan bayar tiap bulan. Okay je, asalkan bayar.
Cuma yang menjadi permasalahan adalah diri saya. Yang saya pinjamkan semua tu itu duit simpanan saya, yang kalau kecemasan ke, urgent nak guna duit ke, semua itulah duitnya. Sekarang ada baki dalam sekitar 1.8k macam tu. Kira saya simplifykan.
Lepas grad: ada sekitar 5-6k
Adik pinjam anggaran 2k
Kakak pinjam 1.2k
Waktu zaman covid, ayah hilang keje, dan sebagainya keluar lagi duit untuk barang dapur, swab test , tunggakan bil semua sekitar RM1k
Baki sekarang 1.8k
Saya sekarang bekerja di KL dengan gaji 2k
Komitmen hidup/bulan sekarang
1. Insurans RM86
2. Rumah RM400(termasuk api air wifi)
3. Ibu ayah RM100
4. Bil phone RM53
5. ASB RM 200
6. Barang dapur RM200
7. Transport pergi kerja (naik bas)+balik kg RM50-RM150
Baki RM800+
Miscellanous :
1. Bayar sampai Julai RM350 / duit pergi bercuti
2. Duit simpan sampai julai untuk convo RM350
Baki sekitar RM100+ (untuk barang peribadi/consult dr untuk masalah kesihatan )
Nanti mula bulan 9 nak kena mula bayar JPA dan PTPTN (sekitar RM300+ sebulan jumlah)
Jadi berdasarkan coretan ini:
1. Macam mana nak hilangkan rasa serba salah, kalau family nak pinjam duit ke tapi kita rasa macam tak nak bagi sebab itu simpanan kita?
Sebab sebelah hati kata, nanti mereka akan lambat bayar, takut kita nak guna duit, tapi lagi sebelah kata apa guna duit simpanan ada tapi tak boleh tolong keluarga, kalau bukan saya tolong siapa lagi nak tolong?
Saya kalau boleh tak nak mereka segan kalau perlukan bantuan kewangan dari saya.
2. Ada tak nasihat untuk saya improve kewangan saya?
Rasa dah cukup jimat dah, jarang sekali order makan luar, kalau betul betul teringin atau orang ajak baru pergi. Pergi shopping ke apa ke, jarang juga. Beberapa bulan sekali mungkin? Kalau beli pun beli barang keperluan.
Jangan salah sangka tau, keluarga saya semuanya Alhamdulillah bekerja, cuma mungkin komitmen mereka lebih tinggi, dan pengurusan kewangan mereka sedikit berbeza dari saya,
Lagipun saya bertuah sebab waktu study dapat pinjaman JPA, berbanding adik beradik yang lain yang hanya guna PTPTN.
Sebab itu lepas grad masih ada duit simpanan. Kami agak tak boleh nak simpan duit lebih dari JPA dan PTPTN sebab waktu study dulu, jarang ibu ayah berikan duit, sebab duit keperluan rumah sangat ngam2 waktu tu,
Memang waktu cuti semester, kami akan kerja part time untuk kami beli barang keperluan sendiri dan duit belanja sem seterusnya.
Kalau ayah/ ibu ada duit lebih , baru mereka hulur sikit sikit. Alhamdulillah.
Saya kalau boleh tak naklah bila tak cukup duit je nak kena korek simpanan, bila nak meninggi simpanannya hehe.
Saya bersyukur rezeki lain Allah beri banyak Alhamdulillah, telefon bimbit dah genap 5 tahun guna masih elok Alhamdulillah, laptop dah genap 7 tahun guna masih elok Alhamdulillah. Cuma saya nak improve lagi kewangan saya, demi masa depan.
Doakan saya dapat waive PTPTN, dan doakan saya direzekikan kerja kerajaan, yang kena dengan minat dan hati saya. Jadi boleh free of debt, hehe.
Doakan juga saya dipermudahkan nak buat lesen hujung tahun ini, kalau pandai bawa kereta senang nak tolong mak pergi beli barang dapur. Doakan ya. Terima kasih semua ya. Saya doakan anda juga dipermudahkan.
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit