Assalamualaikum semua, nama saya Reen. Saya nak share cerita dan tanya bagi mana yang tahu la ye pasal bab2 ni.
Kami one family actually bingung dan jahil, langsung tak ada ilmu pasal fidyah segala peninggalan harta benda ni.
Siapa yang ada masa sila la baca ye also bagi pendapat and 1st of all sorry coz its gonna be a loooonngggggg story sebab selitkan dramaa sikit and very messy ayat everywhere. Harap korang faham….
Nak pahala sikit boleh? Jom selawat,
Allahuma Sali Aala Sayidina Muhammad
Allahuma Sali Aala Sayidina Muhammad
Allahuma Sali Aala Sayidina Muhammad, Alhamdulillah terima kasih :)
Okayy nak di jadikan cerita semalam saya baru tahu yang arwah pak cik saya ada duit peninggalan seperti KWSP, mak saya claim kan.
Sekarang duit tersebut ada dengan mak saya dan rasanya dah terpakai sikit kot untuk bayar pengurusan jenazah arwah dulu, mak saya bukan lah berduit orangnya, kami ni tak la kaya mana.
Masa arwah jatuh sakit tempat yang di tuju mak saya juga la and as far as I know memang dari dulu mak saya la yang jaga adik beradik dia masa nenek saya dah meninggal dulu.
Mak saya anak ke 3 daripada 10 and yeah she’s the only female siblings among them.
So cerita dia bila arwah pak cik saya jatuh sakit, hari ke 3 “mereka” iaitu anak bini arwah bawa arwah pulang ke kampung mak saya.
Dan mak saya la yang bertungkus lumus membawa arwah pak cik saya berubat sana sini jumpa doctor bagai dan hasil nya tak da perubahan, tak da perubahan langsung ye tuan puan.
Tak pasti kenapa banyak cerita dongeng mongeng and lets just slide that away.
Arwah pak cik saya sakit, dia stroke bertahun2 dan anak bini sempat jaga arwah tak pasti berapa lama. Selepas tak tahan, anak bini kepada arwah membawa diri ntah ke mana.
Pada awalnya anak bini maklumkan kepada mak saya yang mereka nak pergi ke ibu kota cari duit dan konon nya akan pulang lawat pak cik saya nanti eh,
Tup2 dah sampai sana anak kepada arwah menghasut ibunya untuk tinggalkan ayahnya yang sakit terlantar dan cari pengganti yang lagi berduit. Allahuakbar!
Family kami yang jaga ayah dia ruma mak aku yang diorang berteduh since pak cik aku sakit, family kami yang banyak pressure mak aku yang penat hadap semua ni.
Kami adik beradik ni bukan la golongan yang kalau dah kena pijak masih berlembut sopan santun senyum,
Kalau mak kami ha la boleh sabar lagi kami anak2 dia ni memang tak tuan puan memang tak, maki hamun sumpah serana dilemparkan kepada mereka.
Actually at 1st kami dah cuba selembut bulut, slow talk dengan anak dia, mak kami dah tua memang bukan tugas dia jaga adik2 dia yang dah ber anak bini ni.
And kami sebenarnya bingung dengan dua beranak ni kurang siuman ka atau buat buat kurang siuman English diorang dua power bak hang macam Justin Biebier bercakap tu haa bunyi dia persis macam tu.
Selepas beberapa lama hilang dari radar dan lost contact between anak arwah,
Dan bini arwah tiba2 adik kepada bini arwah memaklumkan kepada mak saya yang bini kepada pakcik saya meninggal dunia kurang pasti selepas arwah pakcik saya atau sebelum.
So automatically anak mereka is Anak yatim piatu. Kes dia sekarang duit ayah dia ada dengan mak saya, saya tengah risaukan mak saya also my family coz we don’t have any ilmu about all those things.
Apa yang patut mak saya buat dengan duit KWSP arwah? Anak kepada arwah tak dapat dikesan bertahun lama nya.
And also according to mak saya socso arwah diorang tak dapat claim kan, anak arwah sahaja yang boleh claim kan.
Macam mana ni saya buntuu,dah tanya ustaz dekat instagram tapi belum dapat jawapan lagi. Tolonggg kami….
– Reen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit