Hai nama aku Lolita. Nama tipu-tipu. Aku tak tau mana nak cerita sebab aku rasa masalah ini tidak besar tapi buat aku rasa macam aku ni anak derhaka.
Aku lahir serba sederhana. Mak ayah aku bercerai masa aku kecil. Ayah aku kahwin lain dan mak aku pun kahwin lain. Ayah aku meinggal masa aku 12 tahun.
Sebelum tu pun dia tak bagi nafkah sebab mak tiri aku control kad bank dia dan gaji dia. Jadi mak aku berkahwin Baharu dengan harapan boleh bantu dia sebab kami 3 adik beradik.
But sadly bapa tiri aku bukannya orang kaya so dia memang bantu bagi duit makanan jelah. Lepas ayah aku meninggal dapatlah kami duit socso tiap-tiap bulan RM80.
Setiap kali nak makan memang tak boleh makan banyak dan diingatkan RM80 tu tak cukup pun beli lauk pauk ni semua. Baju sekolah aku adalah daripada kain-kain perca mak aku jahit. Kadang tu bila nk nila baju ada part biru ada part kuning.
Jadi start aku dapat biasiswa masa tingkatan 1, aku akan pergi naik bas ke pekan beli baju sendiri dan setiap tahun sehingggalah aku habis tingkatan 5.
Mak aku takdelah sediakan semua keperluan aku, semua tu aku beli sendiri simpan hasil duit bulan RM30 mak aku bagi. Cuba kira bas pergi balik RM1 – RM1.20 selama 20 hari sekolah campur duit makan?
Kadang-kadang ayah tiri aku bagi juga duit bila aku tumpeng kereta dia. Tapi duit tu jugalah aku kene beli deodorant, bedak ke, sabun cuci muka ke apa-apa. Aku ponteng je sekolah bila tak cukup duit nak beli barang-barang ni.
Kadang-kadang aku balik sekolah, bas masuk kampung takde, jadi aku kena jalan kaki dari pekan. Aku telefon mak aku lah minta dia tolong ambil sebab teringat kes budak kena rogol kat kampung sebelah dan mati dibunuh.
Mak aku marahlah cakap, kacau orang nak tidur dan berehat petang ada kaki tu jalan lah. Jadi kadang-kadang separuh jalan, hujan turun basah lencun sampai rumah. NOBODY CARES!
Aku sebenarnya habis SPM sederhana je niat aku nak habis sekolah kerja dan pindah rumah. Mak aku seronok jelah half of gaji aku bagi kat dia. Sebab dia cakap akak aku dan adik aku masuk U jadi aku kena tolong.
Aku tolong lah bagi duit belanja dapur, bagi duit bayar kereta dan macam-macam lagi yang dia nak. Dan dia memang tak kasi pun aku sambung belajar sebab aku yang budak SPM ni tetiba dapat naik pangkat jadi supervisor kilang.
Tapi itulah tengah tunggu bas kilang, ada budak sekolah kelas hujung tegur aku. Kenapa budak kelas 1 boleh buat keputusan macam aku ni. Start dari situ aku rasa nak sambung belajar. Tapi mak ayah aku tak bagi pergi, jadi aku lari dari rumah. Tak tahu mana aku dapat kekuatan tu.
Banyak kali diaorang bahan aku cakap tak lama aku kat situ, aku mesti takkan habis belajar dan macam-macam lagi lah. Paling best taknak sign aku punya pinjaman pelajaran. Aku gigih juga tiru sign dan dapatkan cop itu ini lah.
Things are not easy, tambah pula aku kena buli masa zaman study. Tapi faham kan kau tak boleh berhenti belajar sebab nanti kau kalah dengan semua yang mengencam kau.
Mak aku ni dia pinjam duit aku nak pergi haji, jadi bila aku dah sambung belajar aku nak balik duit tu sebab hari-hari aku makan nasi lemak RM1 dan breakfast makan Maggie sebelum pergi kelas. Aku memang kurus giler dulu.
Dia cakap ‘yang aku berikan kau bulan-bulan RM100 tu lah aku bayar balik aku pinjam kau’. Adik aku dapat RM150 – RM250 setiap bulan dia tak bagi mak aku pinjam duit pun.
Fast forward, aku jumpa ex boyfriend aku dia tolong bayarkan yuran belajar, belikan peralatan study, setiap kali result dapat bagus dia balikan printer ke meja study ke, each time birthday aku dia akan celebrate makan best-best.
Tapi jodoh tak lama pun. Tengah final year degree, kita orang putus. Jadi aku senang nak berbuat baik dengan orang. Sebab ada je orang baik-baik dalam dunia ini tidak mengharapkan balasan pun. Aku doakan anak lelaki aku jadi lelaki yang baik macam ni.
Lately mak aku asyik bising pasal duit. Dulu masa diberi skim pencen dan kwsp dia nak kwsp. Then dapat duit lepas bersara dia beli sebuah lagi rumah.
Rumah yang dia ada tu tanah atuk aku bagi dia dan buatkan dia rumah. Rumah taman yang dia beli, dia letak pula nama adik aku. Dikatanya nanti adik aku nak bayar. Malas aku nak campur sukati kamurang lah. Dan rumah tu disewakan dan dia dapat monthly rental.
Dia pun kerja sampingan dapatlah RM500 bulan-bulan dan dia dapat duit saguhati RM300 setiap bulan. Dia asyik cakap takda duit. Tapi pada aku, dia cuma nak merasa duit anak-anak je.
Lepas aku habis belajar aku bagi je dia duit bulan-bulan. Tapi kalau aku short bulan tu aku tak bagilah. Aku ni ada komitmen kereta rumah. Bukannya gaji besar pun. Gaji RM2900, tolak rumah RM1100 kereta RM500. Ok lah tu sambil-sambil buat part time.
Pada aku mak aku bukan takde duit tapi suka meinta-minta, jap lagi dia minta belikan beg, tudung, tapi dia tak pakai pun. Jadi kadang-kadang aku taknak bali sebab aku tahu itu pembaziran sahaja.
Bos aku ramai je seusia dengan dia, tapi bila aku text atau tanya soalan, bos-bos aku reply elok je. Mak aku ni aku tanya khabar kan dia boleh jawab, ok tak mati lagi.
Kadang-kadang beli barang kat kampung, dia cakap ‘barang kau dah sampai kena bayar’, aku cakap ‘oh bagi lah no akaun’, dia jawab apa? ‘Eh ko ni kedekut nau macam aku ingin duit kau, bagi balik duit aku dah besarkan kau’.
Apa masalah dengan membaca betul-betul dan jawab soalan dengan betul. Aku nak kata mak aku ni tak reti baca dia ni CIKGU.
Tolonglah aku rasa macam nak giler dah layan kerenah dia. Hari tu dia cakap rindu aku tak ingat kat dia. Padahal 2 hari sebelum tu aku call dia tak angkat. Aku pun dapat teks tu aku terus lah call. Dia tanya buat apa?
Aku jawab tengah sibuk nak uruskan kenaikkan pangkat, tiba-tiba dia cakap eh kau ni tahu tak berbakti pada mak ayah? Gaji tiap-tiap tahun naik tak reti nak menghulur mak bapak. Duit tak berkat, tak mengenang jasa mak ayah.
Ye selama setengah jam aku termenung memikirkan apakah nilai kebahagiaan seseorang? Dalam aku nak jadi anak yang baik aku diuji sebegini. Kadang-kadang aku tak nak bercakap sebab kata-kata itu adalah doa. Betul ke?
– Lolita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit