Assalamualaikum semua. Ya, setelah sekian lama saya menyepi untuk berkongsi penulisan dengan anda semua, baru sekarang berpeluang untuk berkongsi lagi. Pertama kali nak ucapkan terima kasih kepada admin kalau sudi siarkan penulisan saya kali ini.
Okay lah, tanpa membuang masa lagi, saya direct jelah kepada kisah yang saya ingin kongsikan, sejak kebelakangan ni kita dikejutkan dengan Yamaha RXZ NOS (New Old Stock) yang dijual dengan harga RM70k kan.
Jadi disebabkan ini, ramai netizen lah duk kecam kan, dan sebilangan kecil tetap membekap penjual tersebut, biasanya ayat yang mereka guna adalah seperti tajuk yang saya tulis diatas iaitu “Duit dia, suka hati dia lah”
Jadi, ni saya nak kongsi sikit pengalaman dengan puak puak yang duk membekap ni, aku ada kawan, yang minat modified kereta, geng geng tayar kangkang senget, atau istilah nya geng ‘Stance’, nampak Ba alif ain alif nga di jalan raya dan menyusahkan masyarakat time dorang nak lalu bonggol.
Jadi dia ni sanggup habis beribu2 duit gaji semata2 nak modified kereta, sanggup berpeking demi nak beli parts2 kereta, sampai kadang2 aku kesian kat anak bini dia macam tak cukup makan, yelah kan, bini tak kerja, gaji dia pun dalam 2k+ gitu, parts2 kereta bukannya murah.
So terjadilah kereta Myvi dia yang dia rasa cantik dan rare, dengan ekzos letup2, chrome sana sini, spoiler macam kepak ayam tu dan yang paling penting tayar senget, rim lebar disaluti chrome, dia rasa smart, tapi majoriti orang tengok rasa nak kahak kat kereta dia.
So, aku pernah la tegur dia, supaya jangan membazir, fokus mana penting dulu, beli rumah ke apa, happy kan anak bini sebab aku tengok macam orang Ethiopia anak bini dia punya kurus.
Modified teruk2 macam ni bukannya ada manfaat pun, menyusahkan diri sendiri lagi ada, lagipun kereta bila modified macam ni, value dia akan drop drastically, dah la buruk nak mampos.
Aku nasihat sebagai seorang kawan yang dah lama kenal, dan tahu apa dia cakap? Dia maki aku siap, kata aku dengki, sibuk hal dia, ni duit dia, ikut suka dia la, so sejak kena sound macam tu, aku pun dah malas ambik peduli pasal dia.
So long story short, pandemik corona virus melanda, ramai orang hilang kerja, termasuk lah member aku ni. Oleh sebab dia sorang je yang kerja, so income dia dah takde sbb company dia decide nak buang dia untuk cut cost, yelah dia pun bukannya dari kalangan pekerja yang rajin pun.
Jadi, beberapa minggu lepas dia ada mesej aku, katanya nak pinjam duit, nak buat bayar sewa rumah dan beli makanan utk anak bini dia, so aku tanya la, takkan takde duit simpanan emergency langsung? Dia cakap takde sebab duit dia banyak habis kat kereta.
Dia ada cuba nak jual kereta myvi premium chrome stance dia tu, tapi orang nak amik dalam 8-9k, padahal dia invest kat kereta dia pun dah puluh K, tolak kat used car pun, used car tak nak, yelah kan, siapa je nak pakai kereta myvi OKU macam tu?
Kena gelak dek orang je, aku boleh je nak balas kata, aku dah cakap dulu, tapi yelah kan, nak jaga hati dia, even dia dulu takde pun nak jaga hati aku, time susah baru nak cari.
So benda ni atas diri dia sendiri, aku kata aku boleh tolong sikit je, nak tolong sampai beribu, memang tak la kan, then dia boleh cakap aku kedekut, tak tolong member dan segala macam.
Lepas tu dia petik yang aku ni emas beratus gram, tapi bila mintak tolong ciput je kasi (oh ya, aku ni agent jual emas, tapi sekadar buat part time ), eh eh, aku dah nak hulur duit kira mujur.
Siap brader tu sindir aku dengan up status kat facebook lagi guna ayat2 cliche, “time kita susah, kawan kita yang dulu belum tentu akan bersama kita” dan macam2 lagi la, dah la mintak tolong orang yang dimakinya dulu, tak beradab pulak tu, hmm…
So kesimpulan kat sini, kita minat sesuatu tu biarlah berpada, jangan sampai membazir, membazirkan sahabat syaitan, memang duit dia, suka hati dia.
Tapi aku berani jamin la, geng2 ni time dia susah, dia akan jadi macam kawan aku ni ha, menyusahkan orang lain, menyusahkan family, padahal sendiri yang menyusahkan diri sendiri.
Kalau betul pun nak beli benda2 yang tak berfaedah macam rxz 70k, shoei helmet puluh K, jam g-shock konon rare puluh ribu, baju bundle level2 lap kaki sampai ribu2, pastikan diri tu memang berduit, kalau tak nak jadi macam kawan aku ni la.
Okaylah, tu je aku nak cakap, tapi aku tahu, manusia2 yang aku tujukan kat sini dorang bukannya peduli pun, bukan jenis makan nasihat, bagi dia, “Duit aku, suka hati aku la!”
Renung2 kan dan selamat beramal.
– As Ri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit