Duit duit duit

Assalammualaikum. This is the first confession yang aku tulis dan aku harap dapat disiarkan di halaman. Nak tengok kalau ada tak yang sudi baca dan komen dari pengalaman aku yang tak seberapa ni. Bukan apa, kalau nak bercerita depan-depan tu memang orang kata aku ni ‘kecik lagi ko apatahu’. Selalu saja dapat reply mcm tuh. Malas nak cerita dah sbb orang sekarang ni, kata sikit pastu nak dicanangkan satu negara. Aduihh.. seksa aku tengok. Kalau benda ni disiarkan please show me there are still people who can accept others thought.

Long story sebenarnya.. aku ni bukan lah datang dari keluarga yang kaya. Hanya bersederhana dari dahulu sehingga sekarang. Parents aku bukan senang juga, selalu busy. Mak aku tu time-2 cuti pun sibuk uruskan hal adik-adik yang nak hadap periksa besar bagi dia tahun depan (6A go for it sis!). Parents aku tu dah lama berhenti kerja ofis katanya dah tak larat nak bekerja bawah orang. Tu beberapa tahun lepas tapi agak baru jugak aku rasa. Aku ni okay je walaupun income dorang tak akan masuk seperti mana dorang kerja bawah company swasta dulu tapi aku redha. Rezeki, jodoh, ajal semua ditangan Allah kan? Buat apa nak risau.

Dorang bekerja sendiri. Buka bisnes sendiri. Susah payah aku tengok dorang keluarkan duit modal untuk menjana pendapatan keluarga kami. Jerih perih tu.. hanya Allah je tahu bertapa susahnya mereka tempuhi. Walaupun aku masih bersekolah, aku pun terasa kesan kenaikkan minyak and everything bila ekonomi negara jatuh. But that’s not the issue.

Kisahnya aku ada makcik pakcik belah mak yang duduk jauh. Sekali sekala datang menjenguk kami tapi itupun kalau dah tiada wang lagi. Anak sorang tapi kecil lagi. Yang aku tak paham, dorang ni duduk rumah mak dorang, bekerja bawah kerajaan dan ank pun masih bertadika lagi. Mana perginya duit yang tiap bulan masuk? Dah lah dulu sibuk lari dari keluarga besar kami..nak jumpa nenek pun tak mahu. Kenapa malu ke? Dorang ni kalau susah mintak duit dekat nenek and kalau nenek tak kasi, mintak lah dekat mak aku. Takkan lah mak aku nak tolak bila adik dia mintak tolong plak kan? Bagi sikit pun jadilah.

Aku ni rapat dengan nenek aku. Terkadang tu bertanya kalau-2 pak ngah ada call dia ke apa. Nenek kata tak. Kalau bukan nenek yang call bertanyakan khabar, wassap pun diorang tak mahu. And we all know whatsapp is the easiest thing to communicate with people atm. Dah tak terkira air mata nenek aku menitis dek mengenangkan anaknya yang sorang tu. Dah lah lelaki, bukan patut tanggungjawab dia nenek aku dulu sebelum isteri? itukan dia punya responsiblity.. Aq pelik lah dengan dia tu.

Dia kata dia selalu takde duit, pastu mintak kat kami mcam lah mak bapak aku bank bergerak dia. Aq tak larat tengok mak aku selsema and selalu sakit sendi sbb busy uruskan bebudak ni. Berapa kali dah aku suruh dia pergi hospital buat check ups takut ada yang buruk tapi mak tak mau. Dia kata nnti takut cost hospital mahal untuk benda-2 cam tu. Dulu boleh lah sbb ada company cover health issues. Aq ngan adik-beradik aku nak mintak duit untuk barang lain pun rasa malu. Duit belanja sekolah kami kumpul sendiri. Alhamdullilah adalah wang untuk berbelanja bila diperlukan. Mak busy pun dia ada sumber rezeki dia.

Tapi sampai pak ngah, aku tak fikir dia rasa malu sikit pun nak mintak kat mak aku. Facebook dia? Bersepah check ins dekat mall lah, wayang lah, gerai lah.. Katanya untuk anak dia. Alah bebudak reti ke nak enjoy benda-benda camtu? Kalau 8-9 tahun boleh lah jugak aku terima tapi anak pak ngah ni baru je 5 tahun. Pastu aku tengok dorang ni manjakan sangat anak nya yang satu tu. Aq dok perati je ape anak dia bawak balik time dorang stay kat rumah aku. Air gas lah, air ribena lah, lolipop and gula-gula jangan cakap..melambak. Eh kalau kau simpan duit tu sikit-sikit dari beli junkies untuk anak kau which is not good or healthy for toddler, kau takdelah susah bila gaji lambat masuk ke ape ke. Membazir.

Tapi betul lah. Aku kesian jugak dekat sedara aku yang bebudak lagi tuh. Aku tengok mak ngah pon pasif je. Orang normal tidur 6-8 jam. Mak ngah boleh tidur dari tengahari sampai esok tau. Kalau kat rumah sendiri takpe ni dia buat kat rumah parents aku doeeee. Paham tak apa yang aku rasa? Pakaian pun nenek aku yang tolong lipatkan. Kerja dia bangun, makan, tidur and mandi. Kalau takde pak ngah tak tahu lah ape jadi kat anak dorang tu. Berbuih dah mulut nenek aku nasihatkan dorang tu tapi hmmm.. bukannya berbuah pun. Katanya nnti anak mereka itulah inilah. Macam-macam alasan dia bagi.

Pastu waktu aku lepas exams besar haritu, mak ngah sedap je melaser aku. Kata aku dari dulu sampai sekarang 4A je. Apa ko ingat senang ke exams zaman sekarang? Requirements nak masuk university or college pun dah dinaikkan. Cakap macam tu aku ingat dia cerdik lah jugak.. tapi guess what? I’m wrong lol. Kalau pandai mesti dia dh makan saman dari dulu lagi tapi memang pure stubborn betul lah dia ni. Bukan telinga kuali lagi ni kes telingah kawah untuk merewang dah. Pastu, bukan aku nak kata aku tamak ke apa but one time tu dorang pergi selongkar barang aku. Tah ape yang dicari tah. Aku pun menyirap darah sebenarnya but makcik pakcik kan, aku try tutup mata. Rasa marah tu ada sampai nak naik juling mata aku.

Ada macam lagi karenah dorang ni sebenarnya. Aku tak boleh ngadu depan-depan kang orang kata aku biadap plak. Tapi hakikatnya bukan aku sorang je yang merasa, everyone in the family pun rasa sama cam aku. Nasihat ke slow talk ke memang dah takde kesan. Pernah sekali bila mak aku reject tak nak bagi dorang pinjam duit haaa mula lah meroyan. Call tak angkat, tutup phone, block kat facebook. cam bebudak. Walaupun aku bebudak lagi aku bukan jenis yang cam tu. Time susah menagih simpati kat semua, time senang nk balik waktu atuk meniggal pun susah. Kene kata nnti cakap orang tak betul. Aku ni lagi lah- sapa je nak dengar keluhan luahan hati sorang remaja.

Tak putus-2 doa nenek untuk mak ngah kembali ke pangkal jalan.. Aku pun mcm tu. Walaupun bertapa bencinya aku kat dorang, tak baik berdendam.. Hanya doa aku titipkan untuk mereka.

Sekian.

**pak ngah bukan gelaran betul. mak ngah menantu nenek

– Rhas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit