Duit Free? Semuanya Tipu

Pangkat, wanita dan kekayaan. Dari zaman dulu sampai la sekarang, 3 benda ni jadi senjata untuk penipu menipu mangsa. Kalau ada orang datang tawarkan 3 benda ni, halau awal2.

Zaman sekarang lebih kepada umpan duit. Contoh ayat:

1. Melabur serendah RM10, tunggu duit beranak.

2. Kerja dari rumah, pendapatan empat angka.

3. Muat turun aplikasi atau daftarkan maklumat diri di laman sesawang tertentu dan tonton video untuk dapatkan bayaran.

4. Daftar untuk seminar atau kelas atau bengkel untuk belajar cara2 menjadi kaya melalui saham atau pelaburan yang dianjurkan oleh sifu2.

Ada yang siap declare bahawa mereka bukan MLM atau scam. Nampak macam terdesak sangat nak bagi orang percaya.

Benda mudah. Macam aku, aku pegang satu prinsip. Manusia, kalau dia jumpa satu lubuk duit, aku jamin dia takkan kongsi dengan orang lain. Dia nak dia sorang je kaya.

Ambik contoh qarun. Ditelan bumi bersama harta dia sebab tak nak keluarkan zakat. Tak nak berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Cukuplah ambik kisah tu sebagai ibrah tentang betapa rakusnya manusia bila diuji dengan kekayaan. Yang acah2 konon nak bagi duit percuma tanpa kita perlu mengeluarkan peluh tu semua sembang.

Yang jenis bagi ceramah sana sini pasal pelaburan, mereka sendiri pun bukan kaya sebab melabur tapi kaya sebab buat kelas merata.

Kalau seorang peserta dia cas RM500 untuk masuk seminar, 100 orang dah RM50000 untuk satu sesi. Modal air liur je. Macam sorang tu, nama apa entah.

Sekali buat seminar, entah berapa dia dapat. Sembang pum pang pum pang. Hakikatnya, dia kaya hasil kelas yang dia buat tu, bukan kaya sebab dia buat benda yang dia duk sembang.

Berpeganglah kepada satu prinsip. takde sape pun yang nak beri kita duit secara percuma atau secara mudah. Walau benda apa sekalipun yang mereka duk canang, semestinya sebab benda tu akan menguntungkan mereka lebih daripada menguntungkan kita.

Memang mereka bukan MLM, bukan scammer tapi modus operandinya sama. Kesian tengok sebab yang berminat dengan benda macam ni majoriti suri rumah dan golongan B40.

Kita tertipu bukan sebab kita b***h tapi sebab kita tertarik dengan ‘hasil’ yang konon-kononnya kita akan dapat.

Macam kakak aku sendiri. Dia orang yang terpelajar, cikgu tapi percaya dengan satu laman web yang kononnya kalau kita daftar akaun dan tonton video, akan dapat bayaran dalam matawang USD. Siap suruh aku join sekali.

Aku dah lama menyampah dengan benda2 macam ni, tiba2 kakak sendiri pujuk suruh join. Tak pasal2 aku kena terangkan kat dia tentang risiko dan betapa menipunya benda2 macam ni.

Bertambah menyampah bila kakak aku kata yang benda ni tak melibatkan duit dan bukan scam. Cuma perlu tengok video je.

Aku terus tak balas whatsapp dia. Bukan tak nak tolong. Dah cuba terangkan, tapi dia berkeras kepala jugak. Lantak kau lah.

Macam kes kakak aku tu, memang tak melibatkan wang. Tapi mereka mempergunakan kita.

Dia bagi link video youtube, dia suruh kita bukak dan tonton video tu selama paling kurang 5 minit untuk dapatkan reward dalam USD. Dia guna kita untuk naikkan views.

Makin banyak views, makin banyak bayaran yang dia akan dapat dari youtube. Kita? Apa yang kita dapat? Takde apa, melainkan buang masa dan data.

Tapi syukur akhirnya kakak aku tu sedar bila dia ada jumpa video yang kata benda tu menipu je lebih.

Sekali lagi aku nak ingatkan. Manusia, dia tak nak orang lain kaya bersama2. Dia nak kaya sorang2 je. Dan kat atas dunia ni, takde orang yang nak bagi duit percuma kat kita.

Pegang dua benda ni, in sha Allah takkan jadi mangsa scam.

– KB (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *