Duit Hantaran

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku harap hasil perkongsian ni dapat beri sedikit manfaat kepada yang membaca. Jika baik untuk orang lain, share-share la.

Bila kita cerita bab kahwin ni, isu utamanya mestilah duit/wang hantaran yang selalu akan jadi beban dekat bakal pengantin yang nak mendirikan rumah tangga. Kebiasaanya ditentukan oleh pihak perempuan nilainya tapi ada juga yang serahkan kepada pihak lelaki untuk mereka tentukan saja berapa nilai diatas kemampuan masing-masing.

Pada pendapat aku, perjalanan kehidupan sebagai bakal pengantin sangat jauh dan masih panjang. Dalam tempoh membina keluarga itu sendiri memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan juga wang ringgit. Ini aku bercerita dari segi yang berpendapatan sederhana. Yang lahir dari keluar serba lengkap dan mewah tu aku tak boleh nak cakap panjang sebab da tentu-tentu semuanya tersedia rapi hendaknya.

Aku pun kurang faham kenapa isu hantaran selalu menjadi topik hangat untuk sesebuah majlis yang bakal dilangsungkan itu. Duit hantaran tu juga ada beza nilainya bergantung kepada pasangan kau tu sendiri sama ada level SPM, DIPLOMA, IJAZAH dll. Lagi tinggi belajar, lagi tinggi kena bagi duit hantaran. Relevan ke semua tu? Pada aku semuanya tu TAK SAMA sekali. Cuba kita ubah cara kita sebagai ibu bapa untuk tidak bebankan anak-anak yang nak mula bina kehidupan baru? Berdosakah kita jika hantaran tak setinggi dengan jiran tetangga yang lain? Fikir-fikirkanlah.

Lagi satu, ada yang kata duit hantaran tu cuma lelaki sahaja yang kena kumpul. Biar dia rasa susah. Kalau dia betul-betul nak kita dia akan usaha untuk dapatkan berapa nilai hantaran tu. Ya betul tu. Tapi pada aku, kalau nak hidup sama sama, menyimpanlah sama sama dan uruskanlah tabungan duit sama sama. Jangan la terlalu berkira dengan pasangan sampai kita lupa yang kita akan sehidup semati dengan dia dan dia yang akan menjaga kita. Saling membantulah antara satu sama lain kalau kita nak semuanya berjalan lancar. InsyaAllah, selagi niat kau baik, Allah pasti ada untuk bantu.

Nasihat aku, pedulikan apa orang nak kata. Kau boleh dengar semua orang punya nasihat dan kau ambil jela mana yang perlu. Yang kau rasa kurang masuk akal tu, senyum jela. Susah kita nak cari duit orang tak tau. Yang bagi cadangan macam macam tu kalau niat nak keruhkan keadaan, baik diam jela. Sebagai anak, kau masih perlu dengar kata ibu dan ayah kau. Cuma kita perlu berbincang bila kau rasa ada benda yang kau kena betulkan supaya hal hal macam ni boleh jadi pengajaran buat orang lain.

Jangan kau ingat hantaran tinggi tu gah walhal pasangan kau berhutang keliling pinggang untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Jangan pula lepas kahwin kau bertikam lidah dengan pasangan sebab terlalu berhutang demi sebuah perkahwinan. Fikir-fikirkan. Assalamualaikum.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit