Selalu dengar orang kata duit hantaran ni ibarat ujian untuk orang lelaki, ya memang betul-betul ujian, tapi jangan la pula up sampai berpuluh-puluh “k” atas semata-mata hanya nak “uji” lelaki.
Ada pandangan kata kalau nak kumpul banyak tu pun tak mampu, macam mana nak tanggung anak perempuan kami. Kalau dah sampai tahap tu, maknanya anda tak kenal bakal menantu, kalau nak tengok lelaki tu bole tanggung anak makcik tu, tengok die pada family kandung dia, tengok macam mana dia jaga mak ayah dia, macam mana dia jaga adik-adik perempuan dia yang masih belajar, lelaki ni banyak tanggung jawab bukan setakat nak kumpul duit hantaran, Insya Allah macam mana dia jaga family dia, macam tu dia jaga anak makcik tu. Lelaki yang macam ni la akan praktis kan “apa aku makan, itu la kau makan”. Yang sanggup berlapar untuk anak bini.
Kalau duit hantaran tu jadi kayu pengukur, tak la susah mana, kebanyakan pasangan sekarang pinjam personal loan, haa ambik 20k makcik. Terus dalam hati makcik tu “laki ni bole dapatkan 20k makna nya dia layak jaga anak aku”. Padahal dia tak tau itu duit bank je haha, walaupun makcik bagi pulang balik lebih separuh dari tu kt dia, tapi hadap la bayar bunga semua kat bank bertahun-tahun, sengsara la anak makcik terpaksa bayar bunga semata-mata “ujian” tu.
Lagi satu kalau letak hantaran tinggi, benda pertama dalam fikiran lelaki adalah, keluarga dia ni agak materialistic, dan itu punca lelaki kurang berkenan, belum apa-apa dah mintak banyak, belum dah kawin nanti takut mintak lagi macam-macam.
Kalau hantaran tinggi berpuluh-puluh “k” itu dianggap “ujian” untuk para lelaki walaupun dipulangkan balik lepas tu, boleh ke lelaki uji pihak perempuan pulak dengan kata rancangan untuk kahwin dua untuk “uji” perempuan tahap kesetiaan/sanggup berkorban mereka walaupun sebenarnya tak nak pun kawin lebih dari satu. Mesti perempuan akan fikir lelaki buaya darat dll dan akan reject lelaki tu, sama la juga untuk lelaki akan rasa pihak perempuan materialistic dan akan reject perempuan tu.
Benda macam ni tak salah, kalau dapat lelaki yang elok dia akan cuba bersengkang mata kerja, jual harta semua untuk dapatkan duit hantaran, tapi ada juga yang cukup pinjam bank untuk duit hantaran.
Lelaki sebenarnya tak fikir duit hantaran tapi fikir persediaan untuk hadapi zaman perkahwinan, bayangkan dalam fikiran lelaki, nak adakan 30k hantaran, mas kahwin, duit deposit rumah, barang kelengkapan rumah. Nilai itu sahaja dah lipat kali ganda. Contoh, duit hantaran 20k, tapi lelaki fikir macam mana nak dapatkan 30k untuk kelengkapan semua majlis, rumah, perabot semua.
Dengan ekonomi yang macam ni, dengan keadaan lelaki yang banyak tanggung jawab, dengan itu la juga kau nak uji lelaki suruh berlapar bersengkang mata kumpul duit hantaran semata-mata “ujian” sebelum kahwin.
Banyak pasangan yang bahagia walaupun tanpa duit hantaran, tapi tak salah lelaki untuk bagi semampu dia, itu pun untuk kenduri pihak perempuan, isteri dia juga, tak payah nak berkira, cuma biar la dalam nilai yang munasabah.
Fikir-fikir kan lah.
– Duit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit