Duit Ku Bukan Duit Mu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/duitku-bukan-duitmu/).

Seminggu sudah berlalu kami pon berbaik semula. Dia pon berubah baik tapi tak lama.

Cukup setahun setengah aku lahirkan anak ketiga kami. Biasalah dan bergaduh teruk mesti ada yang berbunga-bunga.

Anak kami lahir dan aku berhenti kerja dan berbisness.

Untuk permulaan bisness aku maju dan banyak pelanggan. Banyak duit yang aku mampu kumpul dan kami banyak melancong. Hari minggu tak pernah ada dirumah.

Dan bila dia nampak perubahan itu, dia kembali buat perangai lama. Perbelanjaan kami tak dihiraukan kembali dan dia hanya membayar duit sewa rumah dan keret dia sahaja.

Sepanjang aku senang aku tak banyak bunyi. Betul lah kata orang duit mampu bagi kebahagian. Dan kebahagian itu aku rasa cuma setahun lebih.

Hasil dari duit simpanan aku beli rumah low cost yang harga nya kurang dari 50k. Cukup lah dari tiada apa-apakan.

Semasa dalam tempoh pembelian itu aku lagi berjimat cermat disebabkan sale dari bisness aku mula merundum.

Aku mula tak cukup duit untuk settle kan rumah sebab dan terguna untuk kegunaan anak kesekolah.

Aku mintak pinjam dengan angah 5k. Dia kata boleh bagi tapi tukar nama kepada pemilik bersama. Terdiam aku.

Angah cakap nanti kalau nak buat renovate rumah senang, dia boleh buat loan. Senangnya dia berkata. Dia keluarkan 5k dan mintak tukar nama. Dasyat betul si angah ni.

Aku belum gila lagi nak buat begitu. Angah ni bukan tak tahu bisness aku tak bagus. Bukan nak tolong tapi lagi ambik kesempatan.

Cukuplah sebelum perangai yang memeningkan ditambah lagi pulak dengan perkara sebegini.

Di tempat kerja angah selalu diberikan bonus sempena hari raya dan masuk tahun baru. Duit bonus angah tak penah aku pon merasa. Anak-anak pon dia tak bagi.

Kecewa betul aku dengan perangai angah ni. Duit raya anak berapa tahun dulu tak pernah diberi. Baju-baju jangan cakap la. Tak pernah dibelikan. Nasiblah anak-anak aku tak paham apa yang berlaku.

MIL aku ada hadiah aku sebijik kereta kerana senang nak bawak cucu-cucy dia berjalan-jalan. MIL selalu pesan supaya aku pandai berdikari dan tak harapkan sesiapa.

Baru aku paham ape maksud MIL. Dia tahu perangai anaknya macam mana.

Kadang-kadang jadi marah sebab keluarga mertua macam tahu perangai angah tapi tak pernah nak nasihatkan angah.

Kadang-kadang MIL caarikan aku kerja. Dia share pautan kerja yang dia jumpa dan perpesan semoga aku cari kerja gomen supaya senang nanti masa depan anak-anak aku.

Sepatutnya MIL share kepada angah bukan kepada aku.

Kadang-kadang naik berang bila MIL buat macam tu. MIL aku ni baik, dia sayang je dekat aku tapi bila dan kerap macam tu sapa yang boleh tahankan.

Bukan setakat kerja aku jer yang dia masuk campur. Urusan anak-anak pon dia masuk campur.

Bila anak-anak aku start nak sekolah dia mula nak ambil anak-anak aku supaya sekolah dikampung. Dikata senang, jimat sikit duit belanja laki bini.

Aku ni nak beranak bukan main susah, sesedap dia je nak ambik. Ada jugak aku berfikir mungkin dia buat macam ni sebab tahu angah tak akan ambik tahu. Tapi sampai bila MIL nak manjakan angah.

Angah dan tua, ada nak bini. Aku tak pasti sama ada angah ni terima alaun dari parent dia atau tak.

Sebab dari sini sahaja aku macam dapat hidu yang family in law tak nak anak-anak dia susah menanggung keluarga. Yelah siapa je nak anak-anak susahkan.

Banyak lagi cerita aku tak mampu nak selitkan. Cukup sampai sini.

Kepada suami-suami yang membaca kisah aku ni. Cuba jadikan pengajaran. Isteri yang sokong hobi suami ni bukan saja-saja. Dia nak kau sentiasa bercerita dengan dia, nak selalu dekat dengannya.

Bukan tak boleh nak melayan hobi, tapi pikirlah apa didepan. Anak-anak dan isteri hari jadi keutamaan. Jangan disebabkan hobi kau, isteri dan anak-anak harus bersedih dan tak makan.

Angah ni bukan kaki pukul dan dia tak pernah kantoi mengenai perempun tapi perangai dia sahaja cukup untuk aku mati hati untuk dia. Aku kadang-kadang bersyukur bila suami aku tak curang.

Tapi hati aku dan jiwa aku sakit disebabkan layanan dia buat aku begini. Mental aku koyak dan tak boleh jahit lagi.

Sekian dari isteri yang tak kuat lagi..

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *