Duit Memang Tak Penting Pun

Assalamualaikum, saya P, perempuan, sudah berkahwin, tinggal di KL. Masalah saya tak besar (kot, entahlah), cuma nak meluah perasaan dalam hati saja.

Soal nafkah (makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan isteri dan anak), si suami, sebelum kahwin, duk sibuk cakap tak payah risau pasal rezeki, gaji rendah tak apa, lepas kahwin murah rezeki, dia tanggung semua soal nafkah bla bla.

Bila aku ingatkan yang Allah suruh kita berusaha, bukan tunggu duit jatuh dari langit, dia pula bidas asalkan cepat kahwin Allah murahkan rezeki, tak elok lama-lama maksiat bla bla. Padahal kami PJJ saja, kenal pun baru 8 bulan sebelum kahwin, jumpa pun kurang 10 kali sebelum kahwin.

Lepas kahwin, bila dah tak ada duit, duk sibuk minta-minta duit isteri suruh bayar itu ini. Padahal haram dan berdosa suami suruh isteri bayar soal nafkah (tanpa reda isteri).

Ingat aku bodoh ke soal agama? Susah payah mak ayah aku didik dan habiskan duit hantar belajar ilmu agama selalu dekat surau/masjid. Bodoh buta cinta ada la kot aku ni, sebab tertipu pergi kahwin dengan dia.

Duit hantaran dia dah beritahu awal-awal, dia tak mahu bagi. Mas kahwin pun dia nak murah-murah saja sebab dia tak ada duit, okay aku letak RM5K saja. Nikah, sanding, tunang semua 100% aku tanggung belah aku. Tak ada seposen pun aku ambil duit dia.

Homestay dan makan minum keluarga dia pun aku sponsor sepanjang diorang ada di kampung aku. Bila aku tanya duit dia pergi mana, kenapa tak ada simpanan langsung, panjang senarai dia bagi aku.

Aku terima sebab senarai dia masuk akal, dia ada kerja, syarikat bankrap yang tak bayar gaji, ada kena bayar penalti, dan dia memang jenis kaki travel ke luar negara, dll (panjang, malas aku nak cerita. Tapi memang logik la, sebab tu aku terima dan kesian dia tak ada duit. Gaji dia tolak cukai pun tinggal dalam RM2.5K saja).

Cuma silap aku, aku tak minta slip gaji dan penyata bank dia untuk sahkan. Tup-tup lepas kahwin baru aku tahu, tiap-tiap bulan dia habis RM500 beli porno dan dia dah mula membeli sejak 6–7 tahun lepas sebelum kahwin dengan aku. Sakit hati aku.

Sebelum kahwin, dia cuma pernah bagi aku duit raya RM10 saja sekali, duit hantaran tak mahu bagi, duit mas kahwin nego punya dahsyat macam nak beli alas kaki dekat pasar malam, keluar dating dia pernah belanja aku dua kali saja, dating lain-lain semua aku bayar.

Harga diri aku sebagai isteri dia yang sah, dan perempuan bermaruah yang tak pernah disentuh ni nampaknya lebih murah dan rendah dari perempuan porno dia tu. Bukan aku nak riak, tapi masa mak ayah aku jaga aku, kalau aku keluar rumah tak pakai stoking kaki atau baju labuh-labuh pun, habis kena tibai dengan mak ayah aku.

Bertambah sakit hati aku bila teringat dulu sebelum kahwin sibuk dia duk siasat aku, adakah aku perempuan bermaruah, aku ni dara lagi ke, aku ni perangai tak senonoh macam perempuan gelek-gelek dekat TikTok ke, aku ni ada ciri-ciri perempuan pengikut dajjal ke tak, aku selalu keluar dengan lelaki ke tak.

Huh, dia tu yang pengikut dajjalnya. Dia la satu-satunya teman lelaki yang aku ada, tu pun memang cari untuk niat kahwin. Macam aku cakap tadi, 8 bulan kenal terus kahwin. Sebelum kahwin duk sibuk cakap dekat aku dia pun tak pernah bercouple, lepas kahwin bila kantoi porno dan aku cek telefon dia, banyak pula ex dia (malah ada yang masih bermesej-mesej).

Aku rasa aku ni pandai dah sebab belajar di luar negara bawah biasiswa, tapi macam mana la boleh kena tipu dan jadi isteri bodoh macam ni sampai pergi kahwin dengan dia. Entahlah.

Bila bapak dia tahu kami gaduh, bapak dia call pula bapak aku kata aku ni isteri derhaka sebab marah-marah suami. Eh, entahlah. Mungkin bapak dia tengok porno juga kot. Call cakap dekat muka aku sendiri tak berani pula. Mentang-mentang bapak aku jenis cool relax dan tak campur urusan rumah tangga anak-anak, dia pergi burukkan aku dekat bapak aku.

Bapak dia pun asyik duk hantar post video dekat WhatsApp story cakap “isteri wajib taat suami, kalau suami suruh telan, isteri wajib kena telan.” Eii, apa la dah tua bangka, otak biru lagi. Islam dah kata mulut tu untuk benda elok-elok saja macam baca Quran…

Dia bagi bapak dia sebulan RM100 saja, tapi perempuan porno bagi sebulan RM500. Nak saja aku jerit dekat muka bapak dia, yang anak dia sayang perempuan porno lebih lagi dari sayang bapak sendiri. Tapi itulah, aib suami aku ni tak ada siapa tahu, aku tak cerita dekat sesiapa.

Yang orang tahu, aku ni isteri derhaka sebab masam muka dengan suami aku. Huh. Tapi soal porno ni aku cerita la dekat bapak aku, sebab dah bapak dia pergi call bapak aku. Takkan aku nak biarkan maruah bapak aku kena pijak-pijak dengan jantan-jantan tak guna tu?

Soal duit seterusnya, sebelum aku setuju nak bertunang dengan dia ke tak, aku dah tanya dia yang aku nak bersalin di hospital swasta, tak nak kerajaan sebab aku nak suami aku teman aku sepanjang dekat hospital, aku takut. Dia okay dan janji nak bayar bersalin swasta untuk aku.

Eh, ni tup-tup lepas kahwin bila nak bersalin, aku tuntut janji dia, dia pergi mengadu dekat bapak dia kata aku mata duitan. Bapak dia apa lagi, sekali lagi call bapak aku marah-marah cakap aku gold digger nak susahkan anak dia.

Aku hormat saja sesiapa nak bersalin swasta atau kerajaan, cuma situasi aku ni, aku dah cakap awal-awal sebelum kami bertunang lagi dan part ni dia tak cerita pula dekat bapak dia. Yang bapak dia tahu, anak lelaki kesayangan dia tu terkahwin dengan perempuan mata duitan.

Kalau dia tak setuju, cakap jelah tak boleh masa aku tanya tu sebelum tunang, tak adalah aku kahwin dengan dia. Ni dah la aku dah kena scam, tiba-tiba kena tuduh mata duitan. Gaji aku tiga kali ganda dari dia, kalau aku mata duitan, awal lagi aku kahwin dengan lelaki lagi kaya dari aku…

Sebenarnya syarikat aku ada insurans bersalin (aku tak beritahu suami aku awal-awal tu, sebab saja nak uji dia), tapi dah makan hati sangat, aku tak beritahu bapak dia pun.

Sampai sekarang la bapak dia ingat anak lelaki dia tersangat hero level alpha sebab berjaya tunaikan permintaan isteri mata duitan dia tu untuk bersalin swasta, dengan kerja susah-susah keras-keras membanting tulang. Padahal seposen pun aku tak guna duit anak lelaki dia untuk urusan bersalin.

Kesimpulannya, betul ke duit tak penting dan tak boleh beli kebahagiaan?

Pikir-pikir la sendiri. Aku tengok, orang miskin saja yang duk cakap duit tak boleh beli kebahagiaan. Banyak saja kawan-kawan aku yang kaya raya, baik, bahagia dan beriman. Duit tak boleh beli segalanya, tapi duit boleh bawa kebahagiaan.

Dan kepada bapak mertua aku (dan sesiapa) yang selalu sakitkan hati aku, aku tak sabar nak ambil pahala korang dekat akhirat nanti. Tak sabar nak masuk syurga laju-laju, dan hidup happily ever after dengan bidadara-bidadara Allah dekat syurga nanti yang hensem-hensem. :)

Insya-Allah, kepada Allah aku berserah.

– P (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Terkilan koala dgn suami kamu.Tp itulah dah banyak red flag dari dia sedari awal (sblm kahwin) kenapa kamu teruskan juga darling?Sebab takut jd andartu ke..sampai sanggup support majlis asalkan berlaki.

    Skrg dah nmpk kan dia culas nafkah..fikir2kan la ..kebanyakan lelaki yg dari awal culas nafkah..smpai ke tua la isteri akn jd kuda tunggangan atau bank dia..ini pemerhatian akk

  2. nak ukur/nak tapis calon-calon pemimpin bukan pada manifestonya kerana hakikatnya semuanya hancing tuan puan. sebolehnya nak nikah sekali je, jadi BACA karakter diorang depan belakang macamana, siang malam, dalam masjid luar masjid, kawan-kawan penyewa, jiran-jiran, kawan-kawan pejabat, bos pejabat, pensyarah-pensyarah (jika berkaitan), kawan-kawan lepak, kawan-kawan hobi, kawan-kawan media sosial, masa dgn keluarga/mak ayah macamana. dalam fasa berkenalan sibuk ajak ‘dating’ ke banyak bagi sokongan untuk ‘jaga’ keluarga. dalam tempoh tu juga study komitmen dia terhadap pengurusan masa, wang dll dalam nak menjaga hak kepada Allah dan manusia dlm lingkungan dan bawah tanggungjawab dia. mengintip ni sebelum kahwin yg penting kena buat. sekadar berkongsi sedikit antara pesanan bapak saya.

    • NIH CONTOH PEREMPUAN BODO, DAH TAHU SUAMI TAK BERGUNA TAK NAK RUJUK KAUNSELING, SIAP BAGI WARIS DEKAT KETURUNAN MUSIBAT CENGGINI. ANAK TERPAKSA BERBAPAKAN KAKI PORNO DAN BERATUKKAN ORANG TUA KAKI MEROYAN. BAPA SENDIRI KENA HAMUN DENGAN BAPA MERTUA, KAU PILIH DIAM, DIRI SENDIRI KENA HINA, KAU PILIH DIAM, KELUARGA SENDIRI KENA LUDAH, KAU PILIH DIAM. ESOK ANAK KAU KENA PIJAK DENGAN SUAMI DENGAN ATUK MEROYAN DIA, MACAM BIASA, KAU SEBAGAI MAK BODO PUN AKAN DIAM. BAPA KAU PUN DIAM. TENGOK JER CUCU DIA MENGELUPAR.

      KAU INGAT KAU BAGI DIA ANAK DIA MAKIN SAYANG KAT KAU, BAPA MERTUA MAKIN HORMAT KAT BAPA KAU. PEMIKIRAN SAMPAH, ANAK KAU AKAN JADI SUPPLY UNTUK DIHINA JUGA. MAKIN BERKUASA HIDUP SUAMI TAK GUNA KAU DENGAN BAPA DIA, HINA KAU DAH, HINA BAPAK KAU DAH, NEXT GILIRAN ANAK KAU PULAK KENA HINA. OTAK KAU DAH MENTAL, OTAK BAPA KAU DAH MENTAL, OTAK ANAK KAU PULA DIA BAGI MENTAL. KAU FIKIR SUAMI TAK GUNA KAU DENGAN BAPA MERTUA KAU AKAN STOP, KAU TAHU TAK OTAK KAKI PORN BERFUNGSI MACAM MANA. SAMA MACAM ORANG HISAP DADAH, CELAH MANA DIA STOP, DIA JALAN TERUS, SUAMI TAK GUNA TAK DAPAT HINA KAU, BAPA MERTUA TAK GUNA TAK DAPAT HINA BAPA KAU, ANAK KAU LAH DIA TUJU, ITU PUN MASIH BODO TAK FAHAM PATTERN. PEMANGSA SENTIASA MENCARI MANGSA. DASAR BENGAP.

      SIKIT PUN TAK KESIAN KAT KAU LAYAK MUKA KAU KENA TIPU DENGAN SUAMI PORNO KAU, TAK KESIAN NGAN BAPA KAU, LAYAK DIA SEBAGAI WALI TAK BERFUNGSI, HANTARAN TAK ADA, BAKAL MENANTU MISKIN BUSUK KEPAM TAK ADA FUTURE MASIH PROCEED BAGI KAHWIN. TAPI KESIAN DENGAN ANAK KAU, SEBAB KEBODOHAN KAU, DIA TERPAKSA LAHIR KE NERAKA DUNIA YANG KAU CIPTA. DIA PANDANG MAK DIA, DIA ADA MAK BODOH, DENGAN ATUK YANG BODOH, DUA-DUA ENJOY KENA HINA, DIA PANDANG BELAH BAPA DIA, SI BAPA KAKI PORNO, ATUK DIA PULA KAKI MEROYAN. EMPAT-EMPAT ORANG PEMBAWA MASALAH. EMPAT-EMPAT LAYAK DIHUKUM ATAS KEBODOHAN MASING-MASING. DI BERI AKAL TAK GUNA, ADA AGAMA TAK AMALKAN. ADA HAK TAK DITUNTUT. ZAMAN FIR’AUNN DAH BERAKHIR, NAK JUGA BERSUAMIKAN LELAKI PERSIS KETURUNAN FIR’AUNN. LEPASTUH SALAHKAN ORANG LAIN TAK TOLONG, TAK BANTU, MASALAH MAKIN BESAR MAKIN MENYUSAHKAN, TUHAN BAGI AKAL BUAT ASSESORI JE, UNTUK PAMERAN, SIKIT TAK DIGUNAKAN. MEMALUKAN.

    • [TAMBAHAN]: MAAF. komen saya bukan untuk P, takde niat nak sindir-sindir P. hanya berpesan-pesan untuk pembaca bujang. dan juga bapak P = bapak P, bapak saya = bapak saya. confessor di sini P bukan saya.

  3. Perempuan BODOH!

    Nak stay jugak kan..
    So apa bende nko meluah kt sini?
    Mmg x salah meluah,nama pun confession.Tapi lepas meluah tu,nko buat apa pula utk hadap real life nko?
    Tambah anak lagi..

    Eh sibat!!

  4. P, bertindaklah ikut akal fikiran yg waras dlm mengatur hidupmu & anak yg masih baby. Berbincang dgn kedua ibu bapa P ttg apa yg berlaku pd P sejak dr mula kenal suami hingga saat ni. Bercerita bkn tujuan utk mngaibkn tp untuk mncari solusi terbaik zamada perkahwinan yg masih baru perlu diteruskan atau tidak dgn kelakuan suami & mertua P terhadap P & family selama ni. Ya, Angah jg brpendapat, wanita cerdik spt P mmg tidak layak utk bpasangan & hidup brsama org yg kurang ilmu pndidikan agama spt suami & mertua P. Pasti sengsara hidupmu skg. Tolong keluar & minta bantuan dr Jabatan Agama daerah P. Mgkin ada pandangan & nasihat yg lbh baik & trbaik buat P nt. Fikirkan tg anak. Perlukah dia berada dlm pelukan si ayah yg masih langgan porno? Jawapan ada ditangan P.

  5. pendapat saya, sebelum apa-apa, kumpul dulu bukti yang dia langgan prono rm500 sebulan tu. jika berlaku penceraian (pilihan kamu jika kamu mahu), boleh dijadikan alasan kukuh. dan boleh jadi bukti kepada ayah mertua yang selalu backup anak dia tu. biar terdiam sikit ayah mertua kamu tu

  6. Makcik baca , makcik pulak sakit hati, kata bijak pandai belajar luar negara dapat biasiswa, tapi bila hal lelaki jadik bodoh pulak. Ko baca lar komen komen di atas dan fikir fikir kan lah ye dik.

  7. Dah tahu laki musibat kaki porno dan acah2 alim tahik khinzir lg nak beranakkan keturunan hamjad benih dia.
    Entahlah apa yg ko cari dlm perkahwinan yg sgt2 red flag ni.Kata lulusan oversea tp benda common sense pun xleh fikir waras.Bapak kena hina pun duk diam mcm org tkde maruah.

    Aku..ex2 bf aku yg buat psl semua aku hamun cukup2 dan sumpah hidup dorg.Allah selamatkan aku drp terkahwin dgn dorg sebab aku selalu doa agar jauhkan aku dr org2 jht dan takdir buruk pd ms kini dan akn dtg

    Aku tgk kes ko ni asalkan berlaki kan?tu psl jd banker kpd jntn musibat tu.

    Smpaikan beranak pun duit sendiri guna.Apasal xnak terus trg je dgn keluarga mertua?dh teruk kena hina pun masih bisu?Entah2 ko ni dh kena guna2 ilmu sihir tak dgn jntn musibat tuh?Alim2 taik khinzir.Aku benci org spesis ni.

    Fikir2kanlah…ko hdp dgn org mcm ni porno dia xkn berakhir lps ada anak sekalipun.Entah2 kt blkg dh langgan pelacur.Ko nak subahat ke.silap2 dpt hiv…fikir2kanlah.Jgn jd bodoh sbb jntn.Silap2 lps ni dia paksa ko main seks dgn jantan lain melalui group tukar2 isteri.Org otak porno ni tak normal beb.Otak dia rosak kalau dah porno tegar.Dia tgk wanita hnya simbol seks.Silap2 anak ko pun dia liwat atau rogol.

    Aku mtk maaf kasar bahasa.ini realiti dunia skrg.Aku hanya trs trg

  8. Apsal nk teruskan perkahwinan kalo nampak xde guna satu sen pon perkahwinan tu pd ko? Dpt laki yg bodo, pastu sombong n angkuh lak tu.. ko jgn nk ancurkan masa depan anak ko leh x?

    Haihh perempuan bodo.. ckp banyak pon x gune.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *