Assalamualaikum. Hai!. Aku sebenarnya buntu. Aku harap korang boleh bagi cadangan dekat aku untuk aku settlekan masalah aku ini.
Ceritanya mcm ni. Aku seorang pelajar ipta dekat selatan sana. Bukan Student iium pon. Sbb aku baru ambil diploma. Aku mempunyai masalah dengan bayar duit minyak. Untuk pengetahuan. Aku ada kawan yang ada kereta. Dan Aku ada motosikal. Nak dijadikan cerita. Kawan aku ini tak suka bawak kereta atau boleh dikategorikan sebagai penakut la lebih kurang. Dia hanya sediakan kereta dan org lain yang akan jadi driver. Dia tak akan bertindak sebagai driver. Lepas tu aku berkawan rapat dengan dia. Pada semester satu aku disuruh untuk jadi driver dia. Dan aku lah driver untuk kawan kawan yang lain. Tapi pada masa yang sama aku perlu bayar duit minyak. Disebabkan aku belum bawa motosikal aku pon redha saja lah jadi driver untuk diorang.
Untuk semester dua kali ini. Aku bawak motosikal untuk kemudahan aku. Sebab bayar duit minyak sangatlah mahal dan aku bukannya keluarga yang senang. disebabkan aku yang driver aku akan keluarkan duit aku dahulu untuk bayar duit minyak kereta kawan aku. Tapi sampai la sekarang aku tak dapat balik duit yang dishare2 oleh kawan yang lain sebagai duit minyak. Lebih kurang mcm. Kawan aku yang ada kereta tu dia simpan dulu duit minyak kawan2 yang lain tapi dia tak hulur pon dekat aku duit tu untuk isi minyak. Aku terpaksa lah bayar separuh kalau isi penuh. Aku perlu bayar rm30 ringgit sekali isi. Tapi benda tu berulang sampai lah habis semester. (Aku namakanlah kawan aku nih ina eh. Susah pulak nak letak “kawan aku yang ada kereta tu”.) Okay. Selalunya kalau naik ramai ramai mestilah duit minyak pon akan berkurang kan. Tapi ini tak. Ina tak pernah nak share. Dia cuma keluarkan rm30 dan tambah aku rm30. Duit yang kawan kawan lain dia simpan. Aku harap korang faham apa aku cerita tu. Hehe.
So untuk semester ini. Aku bawak moto. Masalahnya sekarang. Ina ini fobia naik moto. Dia tak mau naik moto dgn aku pergi kelas. Dia nak naik kereta jugak. Ina jugak tak suka bagi orang lain bawak kereta dia. Dia nak aku jugak yang bawak g kelas.. aku dah la sengkek tak ada duit. Bukan anak org berada. Aku ingat bila aku bawak moto aku boleh la kurangkan pembelanjaan aku dgn minyak kereta tapi tak. Pembelanjaan aku makin banyak sebab aku perlu bayar duit minyak kereta dan motosikal sekali gus.
Perlu ke aku berterus terang dgn ina yang aku tak nak bayar duit minyak kereta dia. Aku nak naik moto. Suruh dia drive kereta dia sendiri. Tapi bila difikirkan balik aku tak sampai hati Sebab dia pernah ckp dia ada aku sorg ja dekat sini. Dia cuma harapkan aku sahaja.. aku buntu. Tolong aku.
– Aku buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit