Assalammualaikum w.b.t
Ini cerita time zaman kampus dulu la. Masa belajar dulu aku tak pakai PTPTN. Dapat pembiayaan dari yayasan tapi ngam-ngam untuk yuran dengan buku je. Duit makan cari sendiri. Another things aku ni bukan membesar dengan mak ayah sejak kecik. Aku duduk dengan atok dan yang urus sekolah aku makcik aku.
Bila dah masuk u sesekali balik kampong dapatlah duit kocek. Bila kau dah besar, dan rasa diri ni tak cacat lagi cukup serba serbi untuk cari duit sendiri walau masih belajar. Aku selalu rasa bersalah je nak call mintak duit dekat makcik. Feel dia lain tau kalau korang mintak dengan mak ayah dengan mintak dengan bukan mak ayah even dia jaga kau dari kecik. Rasa segan tu ada.
So aku ni pulak selagi boleh makan maggi aku tak akan minta duit. Dah tiga hari memang takde jugak fulus baru aku mintak. Enam tahun aku dekat u. Buat diploma degree. Bila aku balik kadang-kadang makcik aku baca surat khabar, ada budak IPTA jual dadah la kena tangkap khalwat la, ada sugar daddy la. Lepas tu makcik aku pun takut sebab yelah aku jarang minta duit dengan dia. Bila dia dengar anak kawan dia sampai sebulan RM400 kena bank in untuk anak. Kalau yang swasta sampai RM800, seribu sebulan pun ada. Aku rasa macam, untung gila la depa ni. Duit kocek dah macam duit gaji.
Aku dekat u nak survive aku jual macam-macam. Jual barang orang, jual barang sendiri. Jual jajan, sosej, chocolate, seluar, dadih eh macam-macam la nak cari duit kocek punya pasal. Syukur sebab sentiasa cukup. Even kadang-kadang memang pokai. aku rasa tu perkara biasa la kan student.
Ada sekali ni aku borak dengan makcik cafe. Ada satu student ni selalu tolong dia dekat cafe. Nanti makcik cafe cakap nak apa-apa lauk amik as upah. Tapi dia lelaki segan la kot nak amik je. So dia just mintak nasi je sebungkus. Adalah dalam dua tiga bulan dia mintak nasi je lepas tolong makcik tu. Tolong pun sikit-sikit je sebab actually makcik tu cukup pekerja je just mungkin tengok budak tu baik setakat nasi apa la ade hal kan.
Dah tiga bulan tu baru makcik tu tanya. Selalu nasi tu makan dengan apa. Kot la dia masak telur ke kan. Mamat tu serba salah nak jawab. Rupanya selama ni dia makan nasi dengan garam. Terkedu aku. Duit PTPTN dia, dia bagi mak ayah dia dekat kampong. Dalam hati rasa malu je sebab ingat diri sendiri dah susah tapi ada ramai lagi yang lebih teruk situasi depa.
Tapi budak lelaki ni memang superb la pada aku. Dia belajar kos pengajian Islam budak pantai timur. Dia dengan masjid ini macam aur dengan tebing tau. Orang pertama masuk surau, orang last keluar surau. Haa lebih kurang macam tulah. Kalau tengok tenang je muka macam takde masalah. Tapi setiap semesta balance PTPTN lepas bayar yuran tu semua dia bagi family dia untuk belanja adik-adik sekolah. Padahal dia pun takde duit tu.
Aku pulak kalau tiga hari takde duit nak beli ni tak boleh nak beli tu tak boleh dah gelabah macam apa. Dia? Duit di tangan jarang-jarang sekali ada. Kalau ada pun untuk kuliah la. Duit buku, Photostat bagai, belum masuk duit kelab itu ini. Tapi releks je hidup dia (even aku tak tau hati dia risau ke apa).
Ada satu masa ni, aku memang cukup-cukup susah. Aku selalu mintak dekat Dia. Sembahyang alquran semua aku buatlah. Sampailah bantuan Allah tu sampai. Then aku balik kampong. Time tu hidup aku tak susah dah. Tapi takde la senang juga. Just cukup-cukup la. Bila family tengok aku, depa nampak aku macam aku ni happy sangat. “Eh along macam lain la . Nampak macam happy sangat” family aku kata lagu ni la.
Aku gelak je sebab memang feel biasa je pun. Dah lama-lama baru perasan, maksud happy depa bukan sebab kita ni nampak gembira @ happy biasa tu. Tapi depa nampak aku happy sebab kesan hubungan kita dengan Tuhan. Sebab apa-apa korang sembahyang jumpa Dia berdoa. So perasaan korang tentang dunia ni tenang je nak urus. Senang sangat tak tapi tidak merisaukan. Cukup serba serbi. Dekat sini baru aku nampak kesan hubungan antara kita dengan pencipta.
Bila aku teringat budak tadi tu baru aku faham, mungkin dunia ni dia anggap tak penting mana kot. Tu dia tak kesah ada duit ke takde ke. Makan nasi lauk tomyam ke lauk garam ke, yang penting dia belajar grade kerja jaga family. And dia pun jenis yang dari kelas kuliah sampai ke masjid masuk surau memang belajar tentang ketuhanan je. Mungkin dia yang macam aku cakap la. Mewah tidak tapi rezeki untuk dia tu ada. Even nasi berlauk kan garam but still dia dapat makan walau takde sen.
Tapi serius weyh. Kenangan kita dulu time susah, bila kita kenang balik dia macam ‘treasure gold’ tau. Memori yang buat hang rasa kenangan susah tu jadi manis bila hang da senang. Dah boleh survive. Erm aku pun tak tau budak lelaki tu entah hidup lagi ke tak. Tapi aku doa family dia da senang, adik-adik dia hidup molek. Sebab jasa abang hangpa bukan sikit-sikit weyh. Tak semua adik-beradik nak berkorban lagu tu. Anak dah bekerja pun belum tentu nak bagi duit dekat mak ayah. Lagikan yang masih belajar, duit memang takde tapi boleh bantu keluarga. Respect.
– Miss Ha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit