Duit Raya

Hai semua… Memandangkan tak lama lagi nak raya, tahun nie kita dah boleh balik kampung beraya setelah dua tahun kita tak dapat berziarah, kunjung mengunjung dek kerana Covid 19 nie kan.

Selain kuih muih, biskut raya, hidangan juadah hari raya macam rendang, ketupat, lemang tue memang wajib ada.

Selain itu, dah menjadi tradisi kita untuk memberi duit raya kepada sesiapa yang datang. Cuma saya ada satu cerita pasal duit raya nie.

Awal tahun 2010, saya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM900. Untung sebab saya duduk rumah Mak Ayah. Makan minum masih ditanggung.

Mak Ayah saya tak pernah minta duit gaji tapi, setiap kali gaji saya akan belanja makan. Tak kira nak makan kat mana pun.

Bila dah tibanya hari raya, ramai saudara mara berkunjung ke rumah. Ada sesuatu yang saya agak tak berkenan. Bukan tak berkenan sebab orang datang rumah ya.

Saya ada seorang sepupu yang dah kahwin serta mempunyai tiga orang anak. Setiap tahun, perasan yang anak-anak dia akan minta duit raya tak kira rumah siapapun.

Tiba giliran saya, salah seorang anak dia minta duit raya kat saya. Dan dia cakap, “Mama suruh minta duit raya.” Saya terkedu. Saya cakap terus terang sajalah cakap takde.

Ingatkan dah habislah takat situ jer. Time diorang balik, si sepupu saya nie cakap, “Dah kerja takkan takde duit raya kot.” Ya Allah, malunya saya disitu.

Mak Ayah saya pun just diam jer bila dia cakap macam tue. Benda nie berlarutan di raya seterusnya. Ternyata bukan saya seorang, sepupu saya seorang lagi pun kena.

Dan bukan takat itu jer, setiap berkunjung rumah orang beraya, memang macam tue. Si emak suruh minta duit raya. Dah jadi bualan hangat pada saudara mara yang lain.

Bukan berkira, kedekut atau Hj. bakhil. Tapi nampak kurang adab bila meminta-minta macam tue.

Ada satu ketika, belum masuk rumah nie, anak-anak dia terus cakap, “Nak duit raya.” Cakap direct kat tuan rumah. Yang Si Mak boleh gelak, senyum jer tanpa menegur.

Yelah, Si Mak tue pun suruh anak-anak dia minta duit raya. No wonderslah. Kalau sayalah, malu kot.

Lagi satu, anak orang yang sama, pergi buka sampul duit raya depan tuan rumah. Lepas tue cakap, “Eiii. Sikitnya.”

Takpun, “RM5 jer…” Then buat muka sedih konon sebab duit raya sikit.  Yang si Mak giat cakap, “Lain kali bagilah lebih sikit. Kan saudara.”

Kalau korang, malu tak nak cakap macam tue?Kalau saya memang malu giler. Kot ya pun, tak boleh ke ajar anak tue beradab sopan sikit. Tak meminta-minta. Ini tak, biarkan jer. Si Mak lebih-lebih pulak jadinya.

Mak Ayah saya ajar, orang bagi duit raya, ambil. Kalau takde, jangan minta. Kita tak tahu situasi orang macamana. Dan jangan pulak komplen itu ini. Biskut raya tak sedap ke apa. Simpan dalam hati jer.

Itu yang Mak Ayah saya ajar. Saya nie bukan marah tapi kita tak tahu pandangan orang lain macamana bila ada situasi macam tue. Nak marah pun, saudara sendiri.

Tahu raya setahun sekali. Tapi tolong jangan ajar anak macam tue. Kadang, ada yang anak tue sendiri macam tue. Mak Ayah tak suruh or ajar, dia minta sendiri. Tapi hat nie, siap mention, “Mama suruh minta” lagi. Budak kan.

Konsepnya mudah. Orang bagi kita ambil. Sebab dikira sedekah tak kiralah berapa pun jumlah duit dalam sampul tue. Besar rahmat orang bagi duit raya. Rezeki Allah. Yang memberi berkongsi rezeki ikut kemampuan.

Dan satu lagi kejadian, kan kita tak boleh beraya dua tahun sebab pandemik. Dalam group Whatsapp saudara mara, banyaklah ucapan hari raya kan.

Dan sepupu saya tue ada ucap tapi dengan tambahan ayat, “Tak boleh beraya, duit raya tetap boleh bagi. Nanti bank in ye. Nanti kita bagi no. account.”

Tak tahu dia melawak ke serius time tue. Melawak? NO! Dia reply bagi no. account bank dia. Yang lain dah rasa lain macam. Lepas tue memasing diam jer. Tak balas apa dah.

Wujud orang macam nie. Maaf katalah, tak tahu malu. Nak kata sepupu saya tue orang susah, tak jugak. Rumah teres dua tingkat, kereta ada dua. Sedangkan orang yang betul susah pun takde sampai macam tue sekali.

Harap raya tahun nie, dah takde lagi macam nie. Anak-anak dia pun dah besar. Tapi belum kerjalah, masih sekolah menengah. Ini jerlah celoteh saya…

– Irene (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *