Duit Seorang Surirumah

Assalamu’alaykum

Hai semua, aku Lyza (bukan nama sebenar), 27 tahun dis year, dah kahwin masuk tahun ke-4, anak sorang dah nak masuk dua, surirumah sepenuh masa yg byk buat kerja part-time. Haa panjang details aku.

Okay lets start with my confession. Nak cerita tentang bagaimana aku yg tidak kerja menyimpan wang dan membeli iphone 7 sendiri cash dan mempunyai simpanan sendiri RM35k. Yasss tiga puluh lima ribu ringgit. Aku bukan nak highlight aku pakai iphone lah, banyak duit lah ape lah derrr. Aku nak luahkan perasaan kat sini yang aku tak pernah minta duit suami untuk beli ape2 atau memenuhi kehendak/keperluan diri.

Satu hari handphone aku belum ‘padam’ lagi tapi dah agak nazak; keyboard dh tak sensitif, kejap2 dia mati sendiri, org call dah tak dengar. Handphone tu pulak mmg adalah sentimental value di mana hadiah hantaran salah satu dulang waktu nikah dulu. Cehhh sweet giler laki aku, haha. Tapi aku mmg sayang handphone tu sebab dia waterproof, kamera cantik, ringan bla bla bla. Suspek utama yg buat rosak tu confirm la anak aku dia duk hisap handphone aku. Huwaa. Sampai satu masa, handphone tu pun padam. Nasib baik ada satu extra tablet yg mmg anak aku pakai utk tengok cerita kartun dia bila waktu ‘darurat’. Waktu tu memang cuak sbb aku banyak buat kerja part time yg banyak guna handphone.

Mula la kisah nya aku risik2 ape handphone ape nak beli. Aku mmg ada niat nak pakai iphone tapi aku kata aku nak yg waterproof version baru aku akan beli. What a coincidence, iphone 7 pun keluar. Aku pun lekas2 pre-order, tak lama tu lepas la ngidam aku. Hewhew.

Happy jadi sedih, terkilan bagai bila ayah mertua aku perli aku dgn maksud dia aku minta duit laki aku utk beli iphone tu. Cerita itu bukan takat di situ ya, tapi berlanjutan dicanang beliau sehingga kini. Aku menantu yg diperlekeh beliau sbb jd surirumah sedangkan aku ada Masters. Padahal beliau tidak tahu bahawa aku adalah penjana pendapatan yg agak tinggi dalam diam. Begitulah.

Since then, alah aku telan jela. Jangan jadi makcik pakcik bawang sangat okayyy. Haha. Malas cerita panjang tentang hal sedih tu. Aku nak cerita serba sikit apa aku buat sampai aku boleh beli iphone sendiri cash, ada simpanan yg banyak utk future, etc.

Aku boleh dikatakan pelajar bijak juga lah sebab aku ditaja (penerima biasiswa penuh) dari sekolah menengah aku belajar sampai grad Masters. Ada saja yayasan yg taja pembelajaran aku. This is true story. Aku grad with zero education debts, alhamdulillah. Dek kerana usaha gigih aku pulun belajar dulu, aku tak perlu nak susahkan mama papa aku utk bg duit pd aku (even sometimes mereka tetap menghulur dan aku tetap menerima haha).

Kawan kawan, duit tajaan yg aku dapat aku tak guna sepenuhnya. Aku simpan gais. Aku tak boros gais. Aku ngaku aku mmg high-branded person by which sekali aku belanja mmg mashaAllah bil boleh juling mata. Contoh kasut Hush puppies harga 2-3 ratus sepasang tapi aku akan pakai sampai kasut tu lunyai. Kemudian baru lah aku akan beli baru. Di situ dah jimat. Pakai berbulan2 kasut yg selesa cantik manis sampai la dia rosak. Macam tu jugak baju, handbag dan sebagainya. Duit mama papa hulur biasanya aku buat belanja makan. Camtu lah student life. So contoh, satu sem kalau biasisiwa aku per sem dapat approximate 4k, 1-1.5k aku dah tolak tepi masuk tabung haji.

Yasss tabung haji. Duit tu akan membiak gais. Jangan la gatal2 nak keluarkan. Mmg dari dulu lagi mama ajar aku dah masuk duit dlm tabung haji, lesapkan dr fikiran, biar dia diam2 dalam tu. Time masters tiap2 bulan dpt elaun, alhamdulillah aku manage to save half from them. Selain itu, aku ada save sikit dlm satu akaun Bank Islam duit emergency, in case jadi pape contoh kereta rosak ke atap rumah rosak bocor ke ape2 lah. Dah, korang calculate lah sendiri bape banyak aku buat saving sepanjang belajar.

Done with belajar. Aku pun kahwin. Hantaran aku waktu tu suami aku letak 10k. Tu duit aku suami aku kata. Lepas tu aku tolak tepi terus 3.5k masuk tabung haji jd saving. Lebih2 tu aku buat belanja kahwin la. Topup2kan dgn mama papa mengikut keperluan majlis. Ouh ya aku kahwin simple je. Mini pelamin, baju sepersalinan je, bukak khemah 2 utk tetamu, satu khemah pengantin, ajak keluarga jiran tetangga dan kawan2 rapat. Alhamdulillah kahwin jugak, anak dah nak masuk 2. Kuikui. Jangan membazir gais bab2 majlis perkahwinan ni. Tapi kalau ada duit lebih, takpe asalkan kita bahagia di hari bahagia kita. No offense.

Dah kahwin, tak kerja pulak tu, tapi masih tak berenti menabung. Mana dapat duit pulak tak keje. Gais, rezeki tak salah alamat, aku berusaha. Walau tak banyak kita dapat, sikit2 lama2 akan jadi bukit gunung ganang. Aku kerja gais guna laptop aku, guna handphone aku. Aku buat kerja freelance mengikut bidang dan kepakaran aku. Aku buat translations, aku buat academic paper writing. Jd cikgu tuisyen keliling taman ajak budak2 dtg rumah meh kita tuisyen. Yer, kita dah susah lelah belajar dulu, gunakanlah ilmu yg kita ada utk org lain.

Selain tu, aku buat dropship kecil2an. Macam2 aku jual. Aku buat satu instagram yg mmg aku upload semua benda yg aku jual. Untung mmg sikit tapi kalau simpan pergh wa cakap sama lu mmg lumayan. Buat lah, mula kan sekarang. Aku join semua dropship yg zero modal haha. Sebab certain bisnes nowadays ada kenakan fee utk sign up as a dropshiper.

Berbalik pd cerita handphone mana aku cekau duit sampai 3k beli iphone cash tu. Yer aku mula menabung sejak mula2 kahwin dulu. Sikit2, lama2 (makan masa 3 tahun lebih jgk pakai handphone lama tu), duit mmg dah cukup utk beli phone baru. Siap ada lebih, aku reserve utk nak bersalin nanti. Macam tu jugak nak beranak ni nanti. Aku mmg akan hire midwife. Atleast 2 minggu. Anak sulung aku hire midwife for 2 weeks, harga riban gais. Tapi aku menabung dari mula2 kahwin jugak. Aku taknak susahkan mama atau mertua aku nak menjaga aku pulak. Alhamdulillah 2 weeks passed smoothly, aku pun cepat recovered, myb sbb aku bersalin normal n baby takde kuning. Ya Allah sangat lah aku bersyukur. For second baby ni aku dah reserve duit utk 2 weeks midwife, ada rezeki maybe nak lanjutkan seminggu, ehem nak jugak manjakan diri dah beranak nanti.

Berkaitan nafkah sebagai isteri, yep tiap2 bulan suami aku akan bagi. Kadang banyak kadang sikit tapi aku mmg takkan tanya. Entah la, bg aku isu duit ni mcm hal yang sangat sensitif. Suami aku selalu beli kan keperluan aku. Bab nafkah ni insyaAllah memang dia sangat bagus. Cuma aku lah, yg mmg segan silu nak meminta. Mmg camtu dari kecik. Selagi aku boleh usaha, aku usahakan sendiri, baru puas hati. Hehe.

Itula serba sedikit. Aku memang tak suka susahkan org. Kalau aku takde duit by the time aku nak ape2 usually mmg aku akan diam je. Aku mmg takkan minta pd suami sepertimana aku mmg takkan minta pd mama dan papa sejak dari kecik. Duit savings aku mmg aku takkan benarkan ia berada di bawah nilai 30k. Utk anak aku, every month aku simpankan dia atleast rm30 dalam tabung haji dia. Begitulah juga nanti utk anak kedua. Mak pak kita please lah jgn sesekali lupa. Kalau income aku bulan tu tak banyak, aku tetap akan hulur atleast RM50 kat mama papa. Ada lebih, aku kasi lebih. Nampak sikit tapi never underestimate ‘berkat’ yg ada pada value kau hulur tu.

Aku mintak maaf kalau confession aku ni ada mengguris hati dan perasaan sesiapa. Yg aku nak highlight; please lah berusaha keras lebih2 lagi dgn ekonomi negara sebegini, money is not everything but please plan your financial wisely, mak ayah jangan sesekali lupa, berdoa lah sebanyak mungkin supaya dimurahkan rezeki. Last but not least, never skip solat Dhuha, tahajud 2 rakaat malam2 and surah Waqiah. 3 amalan ni mmg boleh melapangkan apa yg sempit. Sekian dari aku. Doakan aku beranak kali ni mudah jugak okay! Salam Rejab Syaaban & Ramadhan, jangan lupa ganti puasa, haha.

– Mama Arjuna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *