Duit Tak Ada, Tapi Ada Nafsu Raja

Salam and hi semua

Sorry kalau ayat2 ni bakal membuatkan ramai yg tak senang duduk. Tapi inilah hakikat yg patut kita semua buka mata, fikirkan dan berubah jika kita tergolong di dalamnya.

Aku bersyukur sebab aku diberikan peluang pekerjaan sebelum graduation day lg. Grad dengan good pointer, permanent job and handsome salary. Alhamdulillah for all the blesses walaupun kerja nya tidak mudah untuk aku yg zero experience/skills. Banyak kali juga aku tersungkur sebab kerja susah tapi aku hadap je sebab aku tahu ramai kat luar sana yg lebih susah dari cabaran aku.

Walaupun salary aku agak besar tapi aku diajar oleh husband untuk plan perbelanjaan. Mesti disiplin follow budget plan yg kitorg dah buat. Budget utk simpanan, parents, in law, 1 rumah, 2 kereta, medical insurance, road tax, zakat, budget balik kampung, fuel, jalan2, utility bills and so on setiap bulan ada allocation nya. Walaupun mcm tu, kitorg ada juga enjoy sikit2 contohnya makan kat cafe2 hispter once or twice a month. Ikut keperluan. Yer la dah penat kerja kadang2 nak reward diri sendiri juga. Cukup pasal kitorang.

Yang aku nak cerita sebenarnya ialah pasal sedara mara yang tak berapa nak berduit tapi acah2 having lavish lifestyle. Klu nak hidup macam tu tak meminta minta pada org lain tak apa jugak. Ini dia yang berhutang tapi kita pulak yang macam rasa bersalah kalau terjumpa. Terbalik bukan? Aku bagi contoh cerita yang berlaku la ye.

1. Si A ni nak berkahwin. Both A and partner have high education level. Maksudnya memang bertahun belajar di universiti. A ni dari family yang x berduit sangat. So bila dia nak kawin walaupun duit tak cukup, dia pon pergi la meminjam dari sibling aku. Yer la kesian juga kan. Maka sibling aku pon bagi la pinjam. Amount nya banyak la juga. Aku sendiri tak pernah pinjam duit sibling aku. Itu semua aku x heran sangat. Yang aku heran, dalam pada si A ni berhutang untuk berkahwin, dia siap pergi honeymoon oversea yang boleh dikatakan menelan duit yang banyak. Bila kata mahal tu, maksudnya klu aku dah bekerja 5 6 tahun pon aku akan fikir 10 kali untuk pergi situ sebab mahal. Baik aku pergi umrah dengan amount yang lebih kurang. Hutang dia pada sibling aku sampai sekarang dia buat tak tahu. Padahal boleh je dia bincang laki bini buat plan nak bayar sikit2 tetiap bulan ke apa. Ni pon aku rasa diorang ada lagi plan nak jalan oversea. Banyak betul duit diorang sampai hutang pon tak nak bayar.

2. Makcik B ni sangat susah. Macam mana aku tahu? Sebab everytime aku jumpa dia, ayat cerita dia sama je. Nak beli itu tak ada duit nak beli ini tak ada duit. Yer, memang kesian. Mana tak nya, kadang2 nak beli lauk pon tak ada duit. Rumah pun tak ada walaupun makcik B dah tua. Masih menyewa. Rasanya sewa pon dah tertunggak banyak bulan. Ok itu cerita faktanya. Yang jadi masalah bila nafsu dia nafsu orang banyak duit. Contoh nya, aku ni bekerja sangat berkira nak bayar bil telefon banyak2. So aku hanya pakai plan min Internet dan bayar less than rm50/month. Cukup so far utk aku walaupun penggunaan aku agak banyak utk urusan kerja. Tapi makcik B ni yang tak ada duit nak beli lauk bukan main teruja nak pakai sampai xx gb. Untuk apa ye? Tak sayang ke duit tu? Dah la tu, asyik duk ulang2 sebut kat aku pasal plan baru tu, lepas tu tnya kalau aku boleh top up kan dia tak? Hahaha. Sorry, aku bolayan.

Lepas tu, kalau dah tak ada duit, kita jangan la susah2 kan orang lain..ini tak, macam2 pulak permintaan nya. Nak beli tu, beli ni. Aku sendiri nak beli benda akan kira dulu budget2 aku dalam kepala. Kenapa aku yang ada purchasing power akan control budget aku, tapi dia yang tak ada sumber sangat tak nak control? Asyik nak joli je.

Anak2 dia pun tak boleh harap sangat. Daripada bela nasib makcik B yang susah, anak2 dia lagi sanggup pergi joli jalan2 sana sini, pakai baju butik2 hipster, pakai iphone. Aku tak tau la nak simpati ke nak ketawa kadang2.

3. Kakak C ni gaji besar. Tapi perbelanjaan pon besar. Oleh sebab dia pernah susah, dia ada banyak juga hutang. 5 angka la juga hutang dia. Tapi dia ad buat plan bayar hutang dia and dia inform pada yang memberi hutang. Tapi baru2 ni dia diuji dengan nafsu nak membeli big house. Bukan murah2. Dengar cerita half a million harga rumah nya. Faham je rumah skrg mahal. Tapi bagi aku tindakan dia tak bijak. Bila dia tambah plan rumah dia, proses bayar hutang2 dia dah lari. Maka habislah esok gaji besar dia bayar rumah setengah juta tu. Melopong lama la orang yang beri pinjam duit pada dia. Semua sebab nak bergaya lebih. Kereta besar, rumah besar. Haih. Memang nampak kakak c ni macam orang banyak duit la..

Pengajarannya, hidup la dengan ukur baju di badan sendiri. Tak perlu ikut trend sana sini sangat sampai perlu meminjam dengan orang lain..kalau dah terdesak sangat pergilah pinjam bank..masa tu korang akan bayar gak sebab tak nak diisytihar muflis..kalau pinjam orang, korang semua tak de rasa tanggungjawab pon nak bayar. Asyik nak joli saje. Duit simpanan tak ada. Tak ada plan nak beli rumah walaupun kecil. Tak ada plan nak bantu ringan kan beban mak ayah yang dah tua. Macam2 la..

Hidup kalau nak berkat, dahulukan mak ayah, mertua..hidup sederhana tak apa. Biarlah orang nak kutuk pon pakai kereta kecil, handphone biasa, rumah kecil. Tapi biarlah semua itu dapat dari hasil usaha sendiri yang sebenarnya banyak tahan nafsu untuk berbelanja macam raja. Kalau tak tahan nafsu2 tu mana mungkin boleh beli rumah, beri belanja besar pada mak ayah, simpan duit dsb.

Yang penting jangan berhutang dengan orang. Hidup sederhana ikut keperluan kita. Bercuti tak salah tapi salah kalau asyik bercuti tapi hutang orang tak nak bayar. Berjoli tak salah tapi salah kalau selalu sangat cerita problem kita tak ada duit pada orang harap simpati walhal kau tak ada usaha untuk control nafsu raja perbelanjaan kau. Hiduplah dengan bijak.

Sekian.

– Remaja tua

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit