Duit Tepi Yang Halal II

Untuk part I, (https://iiumc.com/duit-tepi-yang-halal/).

Ok I’m back. Haha. Seperti yang dijanjikan, kalau ada yang berminat nak tahu, aku akan kongsi lagi details. Mungkin ada sikit2 yang lopong sebab ada yang suami aku dah lupa. Haha. Tapi asas dia sama je.

Maaf yang minta pm tu, aku ada kerja hakiki, suami aku pun kerja, ada baby lagi, jadi masa tak banyak nak luang. Jadi aku taram semua dekat sini jela.

Yang kata aku jual ebook tu, sorry bro. Aku tak nafi memang ada yang jual ebook ajar cara nak jual buku dekat Amazon, suami aku pun ada beli, tapi aku dan suami tak berminat buat cara tu. Kau dah dapat duit jual buku, dah cukup.

Btw, sorry kalau ada penjual ebook dekat sini eh, kalau aku kacau periuk nasi korang. Zaman gawat ni, banyak orang hilang punca pendapatan, sesekali kau kongsi rezeki, tak rugi pun.

Yang doa baik2 untuk aku dan keluarga, Aamiin. Semoga doa baik kalian, berbalik juga pada kalian. Aamiin.

Berbalik pada cerita, ada tanya kena buka akaun bank US ke, tak payah. Suami aku guna Payoneer, kata dia sebab senang sikit. Tak tau la apa yang senang, tapi dia guna Payoneer untuk Amazon.

Jadi korang daftar la Payoneer tu supaya Amazon boleh masuk duit royalti dekat korang. Korang buka website Payoneer tu, pastu click register. Pastu register la macam biasa.

Yang aku ingat, suami aku kena ambil gambar dengan IC dia masa nak daftar. Dalam seminggu ++ macam tu settle Payoneer kau.

Ada suruh ketepikan untuk tax US, dan ada yang dah tolong jawab, daftar US IRS. Tu cara nak elak tax US la. Suami aku tak payah bayar tax US sebab dia dah settle yang US IRS tu. Jadi zero tax.

Jangan lupa ehh US IRS ni, kalau tak banyak ooo nak kena bayar tax nanti. Yang ni suami aku upah orang untuk settle kan sebab dia tak reti buat.

Dia pergi website fiverr. Dia upah orang situ settlekan. Dia tak ingat bayar berapa sebab dah lama. Yang fiverr tu dia upah orang untuk dapatkan employee identification number (EIN).

Sebab Amazon minta EIN tu untuk isi borang IRS. Suami aku cakap, kalau korang reti nak dapatkan EIN tu, jadi tak payah la upah orang fiverr tu, buat sendiri je.

Yang ni penting juga, pastikan ada email khusus untuk Amazon korang. Jangan guna email sama, nanti kacau bila ada email dari Amazon.

No handphone pun pastikan sama je, jangan nak tukar2. Nanti masalah di kemudian hari. Nak senang, beli 1 no baru untuk Amazon saja. Jadi daftar Payoneer guna no handphone tu, Amazon pun guna no handphone tu. Senang, tak keliru.

Suami aku guna no handphone sama, jadi tak payah la beli baru, ni kes yang suka sangat tukar no handphone, memang susah la nanti.

Sekarang masa yang ditunggu2, daftar akaun Amazon. Pergi dekat kdp.amazon.com. Daftar la dengan penuh teliti dan beradab sopan.

Haha. Tak ada lah main2 je. Kau buka website tu, click sign up, pastu isi mana yang perlu diisi. Panjang cerita nanti kalau nak taip satu2. Korang pergi dulu tengok, nanti kalau ada soalan, korang tanya.

Aku balas dekat next post kalau ada masa nanti la. Haha. Pastikan maklumat betul2, jangan nak tipu2, ni bukan scam nak tipu2 maklumat. Nanti korang juga susah kemudian hari nak deal dengan Amazon.

Lagi 1, kalau Amazon minta alamat US, korang boleh dapatkan alamat US dekat website viabox.com. Tu kalau Amazon minta alamat US. Korang bukan dok US kan. Jadi pergi dekat viabox tu untuk dapatkan 1 alamat US korang.

Ok ada yang tanya pasal copyright. Ni penting weh, pastikan korang hati2 dengan copyright. Kalau ada yang complain dekat Amazon, buku korang akan kena tahan.

Sebab tu jangan buat buku yang memang dah ada copyright. Design sendiri semua. Korang cuba cari buku yang menjadi kegilaan omputih. Search je dalam Amazon tu.

Nanti korang tengok jumlah sale buku tu. Selalunya ikut musim la. Kalau musim panas, ada buku hot dia, kalau Halloween, ada buku hot dia, kalau tahun baru, ada buku hot dia.

So korang design la ikut kreativiti korang. Bila korang pilih jual dekat Amazon, maksudnya buyer korang banyak omputih. Jadi ikut la selera omputih. Jangan lah korang tibai buku ikut selera Malaysia plak.

Sekarang kita cerita tentang low content book. Maknanya dalam buku tu hampir kosong atau isi tak banyak. Ni bukan novel yang kau nak kena karang ayat puitis. Ikut kreativiti korang la, design lawa2.

Penulis novel nak tulis novel pun dia banyak membaca, baru ada idea nak tulis. Korang pun cari lah idea, jangan meniru sudah. Ingat tau, Amazon strict bab copyright. Ada aduan, buku korang kena block.

Ada FB group untuk budak2 kdp Amazon. Korang join la, kalau ada soalan nak tanya, boleh tanya situ. Suami aku selalu ambil mood dari publisher luar. Sebab sale dorang sebulan ada yang cecah ratus ribu US dollar.

Seronok kalau baca kisah dorang. Tapi dorang banyak main ads la sebab tu sale banyak. Yang lagi best, upah orang je design. Boleh upah dekat fiverr jugak. Tak payah susah2 design. Haha.

Awal2 macam complicated, aku pun sebenarnya baru tahu banyak nak kena buat masa tulis entry ni, sebab aku baru tanya suami aku. Haha. Tapi bila dah dapat duit, berbaloi la.

Aku start ambil tahu pasal Amazon ni pun start bulan 10 tahun lepas la masa suami aku bagi tahu dapat 500++$ US. Kalau tak haram la aku nak ambil tahu. Haha. Teruk betul aku.

Ok sampai sini dulu jela aku cerita. Ada kerja nak kena buat. Nanti kalau ada masa aku sambung balik kalau korang ada soalan. Lagi sekali aku ingat kan, bayar zakat kalau dah dapat duit, baru lah berkat. Ok bye, Assalamualaikum.

– Na (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *