Duitku Bukan Duitmu

Nama aku Julia. Aku ada 3 orang anak, lelaki kesemuanya. Anak aku semua jarak dalam 2 tahun iaitu 6 tahun, 4 tahun dan terakhir 2 tahun.

Suami aku namakan sebagai Angah. Angah kerja sebagai operator swasta. Sudah lama dia kerja disitu. Tahun ni mungkin sudah 7 tahun dia berkhidmat disitu. Kami berkenalan ditempat kerja yang sama.

Sewaktu aku berkenalan dengannya kami amat profesional dalam kerja masing-masing. Dia amat rajin semasa waktu perkenalan kami, datang awal semasa bekerja, jarang mc (medical checkup) leave dan jarang juga cuti.

Kami dah berkawin selama 8 tahun. Sepanjang kami dialam perkhawinan ni baru aku mengenalinya luar dan dalam.

Pada awal perkawinan kami, aku bagaikan terkena tamparan yang agak kuat kerana aku tidak bekerja oleh kerana suami ku sendiri tidak izinkan aku bekerja disebabkan jauh dari rumah dan juga berdekatan dengan rumah ibubapa aku.

Untuk pengetahuan, hubungan suami dan ibubapa ku tidak baik. Meraka agak renggang dan agak ‘akward’ bila kami balik ke rumah ibubapa aku. Suami ku ni tidak pernah sekali pun cuba untuk berbaik-baik atau cuba untuk rapat dengan ibubapa aku.

Puas aku tenangkan hati ibubapa aku bahawa suami ku ni bukan sejenis yang ‘mesra alam’ tapi bila ada perjumpaan keluarga besar ku, pandai pula suami ku ni beradaptasi dan mampu berbual bersama pakcik-pakcik ku yang lain.

Kesian bapa ku, dia sanggat berkecil hati dengan suami ku. Suami ku ni anak kedua dari 3 adik beradik dan semuanya lelaki. Keluarga mertua baik sangat dan sangat menyayangi aku sebagai menantu.

Berbalik kepada topik. Suami ku ni sejenis yang pemalas tersangat-sangat. Kemas rumah tak penah nak dilakukan sendiri kecuali dah dipaksa berkali-kali atau pun keluarga ku datang melawat. Masa tu baru kelam kabut dia mengemas rumah.

Bila anak-anak makin membesar lagi lah ligak anak aku ‘mengemas’ dan dia hanya tengok dan tak tolong kemas lansung. Bila aku nyuruh dia membantu ku dia hanya cakap “penat je mengemas nanti anak buat sepah lagi”.

Rumah aku tak penah sehari pon bekemas sebab tiada siapa yang membantu. Bukan setakat kemas rumah, baju pon tak pernah nak tolong sidai apatah lagi untuk melipat. Pinggan sendiri makan pon malas nak dibasuhnya.

Hujung minggu kami selalunya Angah akan bawak kami anak beranak berjalan. Katanya untuk bagi anak explore.

Ada masanya aku bahagia dengan layanannya terhadap aku dan anak-anak. Ada masanya rasa macam nak pecah jantung menahan semuanya.

Berbalik kepada cerita, Angah ni pengemar motorsikal rxz yang tegar, kebanyakkan duit simpananan dihabiskan untuk hobinya.

Dapat saja gaji ada saja barang yang sampai didepan pintu. Barang yang dia beli semua dilemparkan kedalam stor tanpa dikemas.

Aku juga yang kena kemaskan sampai satu tahap stor tu dah tak mampu aku kemaskan. Lepas dikemaskan datang suami ku sepahkan kembali sebab mencari barang tak jumpa. Tahu-tahu saja lah kalau lelaki cari barang macam mana.

Aku tak terima sebarang tetamu dan tak sanggup terima sebab rumah tak penah berkemas. Mesti ada yang berkata yang aku ni pemalas juga, orang lain ok je suami pemalas kemas je rumah. Suami aku ni sejenis keras hati.

Aku simpan elok-elok distor dia bawak keluar bawak ke ruang tamu. Bila dah habis guna, kat mana dia habis guna situ jugak diletak dan tak simpan kembali. Macam tu jugak tool seperti screw drive dan sebagainya.

Bila nak guna asyik hilang sebab dia bukan sejenis simpan kembali barangnya. Aku jugak dibebelnya, dia kata aku yang jenis letak merata.

Padahal aku tak sentuh pon barang dia. Tak perlulah aku cerita satu perangai Angah yang pemalas ni. Dia hanya pikir ‘tekak’ dia sahaja.

Anak-anak dia ni tak pernah dia mandikan atau siapkan. Nak suapkan makan pon tak penah. Boleh dikira sangat disuapkan anak aku.

Anak aku tak rapat ya dengan bapak dorang. Setakat nak minta toy boleh la diorang ni minta dengan bapak diorang. Suami aku layankan jugak.

Aku kadang-kadang dibutakan oleh sifat ‘baik’ Angah ni melayan anak kami. Tutup habis segala pemalas dan ‘berkira’nya Angah ni. Soal berkira pula, kami suami isteri ni mengamalkan duit aku, duit aku.

Duit kau, duit kau. Ya Angah tak beri nafkah yang sepatutnya. Dari awal memang dia dah catu dan bagitahu apa yang aku bayar dan dia bayar.

Masa 3 tahun permulaan perkawinan, segala perbelanjaan kami kongsi separuh-separuh setelah aku bekerja kembali setelah kami berkawin selama 6 bulan, termasuk duit simpanan kami.

Aku serahkan bulat-bulat kepada Angah untuk menguruskannya. Aku percayakan dia 100% untuk semuanya.

Semua nya jadi lintang pukang bila aku dah melahirkan anak yang kedua. Perbelanjaan kami jadi berat sebelah kerana perbelanjaan anak-anak semua beralih kepada aku termasuk bayaran pengasuh.

Rumah dan simpanan masih bahagi dua. Tambahan itu pula dia membeli kereta hasil bincangan dia bersama bapa mertua aku.

Aku tahu dia membeli kereta selepas aku selesai berpantang. Agak terkejut benda yang sebesar itu dia tak berbincang dengan aku. Ya memang aku terasa.

Dahlah kereta tu pon aku kena bayar separuh. Sayang punya pasal aku layankan sahaja. Aku bertahan sehingga anak aku yang kedua berumur 2 tahun.

Habis semua barang kemas aku kumpul aku gadaikan sikit-sikit nak menampung susu dan pampers anak. Laki aku langsung tak hiraukan kami.

Alasan macam-macam bila minta duit, duit over time tak boleh claim la, kereta nak buat itulah ini lah. Aku dingin dengan suami ku agak lama.

Buat pengetahuan aku jarang balik ke rumah ibubapa aku sebab aku segan selalu balik tanpa suami aku (Angah selalu mencari alasan tak nak balik rumah).

Semasa aku dingin dengan Angah, aku balik rumah ibubapa aku. Aku balik agak lama. Ulang alik dari tempat kerja kerumah ibu dalam masa sebulan. Dalam sebulan tu Angah tak mencari aku dan agak mengejutkan dia hanya perasan kucing sahaja yang hilang.

Dia masuk didalam group family mertua yang mengatakan kucing kami lari rumah padahal aku bawak kerumah ibu, aku yang tak balik-balik ni dia tak hiraukan pulak (aku minta izin ya balik rumah ibu, jangan cakap aku durhaka ye).

Akhirnya aku cerita juga dekat ibu, apa yang terbuku didada. Ibu aku menasihati supaya kami pergi kepejabat agama untuk rundingan kauseling. Aku call ayah mertua aku dan ceritakan semuanya.

Dan agak tergejut, ayah mertua aku salahkan aku ye. Dia cakap pasal duit pon nak gaduh. Bukan aku tak pernah berbincang dengan Angah, tapi dia hanya keluhan dia sahaja, keluhan aku tak pernah didengarnya.

Ayah Angah siap nak bayar balik duit gadai emas aku. Konon nak menutup salah anaknya. Bapa aku hanya berdiam tak nak keruhkan keadaan.

Cukup sebulan aku pulang kerumah dan tak disangka Angah menunggu aku. Angah cuti ye. Aku terkejut boleh pula dia ambik cuti padahal masa aku hendak kecheck up anak kuning pob dia tak boleh cuti.

Checkup anak semua aku pergi sendiri. Dia cakap dia nak berbincang. Aku cakap nak kembali bahgian aku, duit yang kami simpan bersama dan tak terkejut lansung, dia dah habiskan beli barang motor dia.

Sungguh dah ku agak. Malam itu jugak aku minta cerai, tapi ditolak kerana dia kata masih sayangkan aku dengan anak-anak. Kami hanya mendiamkan diri selama seminggu untuk tenangkan diri masing-masing.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *