Bila kita dengar nasihat tentang adab berkawan, mesti ada point ‘bantu lah kawan yang sedang dalam kesusahan’ kita pun ye angguk faham. Tapi kes nya mcmana kalau kawan kita yang dalam kesusahan tu selalu agak over the limit?
Saya dan kawan-kawan hidup bahagia bekerja dalam satu syarikat designing dan assabiyah kami amatlah rapat. Semua cerita dari a hingga z kami berkongsi tetapi menjadi tidak senang nya apabila salah seorang dari team assabiyah kami jenis suka meminjam duit dalam kalangan kami.
Kes keberhutangan kawan yang seorang ni teramat kronik. Saya gelarkan nya Comel. Si comel mempunyai laras gaji yang tidak jauh beza dengan kami tetapi masalah pengurusan kewangan comel terlampau bermasalah sehinggakan membabitkan kami yang lain. Satu masalah yang sukar dibendung oleh comel adalah hobi membuat personal loan di merata- rata bank.
Comel dah berkahwin dan telahpun dikurniakan anak- anak dan suami comel pun ada hobi yang sama iaitu membuat personal loan. Walaupun si comel gagal mengurus kewangannya dengan baik tetapi dari aspek pekerjaan si comel sangat cemerlang dan kerap kali menerima anugerah di peringkat yang tinggi. Pelik kan?
Bagaimana krisis kewangan comel telah berjaya menjebakkan kami? Perkara normal dalam kalangan peminjam adalah meminjam dalam bentuk cash takpun mintakkan topup utk dia. Itu SOP biasa yang mana2 peminjam buat. Tetapi yang dikatakan over the limit adalah apabila comel boleh sampai ke tahap pinjam barang kemas kami utk di pajak gadaikan.
Yes. Kami pernah bagi dan buat sebab masa tu comel berada dalam tahap dikejar oleh ahlong. Bayangkan perasaan kawan bila ada ahlong diluar tempat kerja tengah tunggu dia. Kami yang rasa mcm hampir mati. Ye, comel dah pernah pinjam ahlong tanpa kami tahu. Kami tahu bila dia kena kejar ahlong. Masa tu jantung bukan takat gugur tapi saluran darah semua tetiba beku.
Ok. Pinjam cash dah. Topupkan dah. Hobi buat personal loan dah. Pinjam barang kemas pun dah. Pinjam ahlong pun dah. Comel akan sentiasa gali lubang tutup lubang. Itu sahaja yang comel akan buat. Kami dah nasihat. Tapi ya gitu lah jua. Kami juga dah lari2kan diri supaya tak terjumpa. Tapi dia dpt kesan kami di mana. Beritahu kepada bos pun dah. Dia dipanggil oleh bos pun dah. Cuma apa yg dibincangkan dengan bos kami tak berjaya korek sbb bos kami kata ‘saya tak boleh cerita sbb saya kena jaga aib dia’. Durasi peminjaman comel amat lama.
Dan kadang2 tak payah fikir dan berharap pun lah nak dpt duit tu kembali. Jika ‘esok bayar’ yang dikatakan comel itu bermaksud dalam 4 hingga 5 bulan gitu lah. Itupun kalau didesak. Bila comel didesak oleh kawan A, dia akan pinjam duit dari kawan B dan pulangkan kepada A dan bila B desak dia akan pinjam daripada kawan C dan begitulah seterusnya. Of cos la kami akan bercerita bila comel pinjam duit lagi dan lagi. Range duit yang dipinjam oleh comel bermula Rm100 sehingga RM5000. Ada masa comel akan desak mana2 antara kami untuk buatkan personal loan kat bank utk dia nak duit tu. Kami buat ke? Tentu lah tidak.
Begitu teruknya comel ni sehinggakan ada masanya comel akan pecah amanah dan menggunakan duit yang bukan milik dia dengan alasan nnti dia ganti semula. Jenayah kan? Yang ni pun dah berada dalam makluman bos dan dia juga dah dipanggil utk kes ini. Kami pernah cadangkan dia pergi ke AKPK tapi begitulah jua tak tahu apa dlm fikirannya.. tak pergi2 jua.
Comel pernah menjual rumah nya dgn alasan nak dptkan cash utk langsaikan kesemua hutang. Kami pun menarik nafas lega masa tu. Tetapi selepas beberapa tahun cycle yang sama berulang kembali. Keadaan yang sgt tidak selesa dan mendebarkan bila terima whatsapp daripada comel. Nak baca isi dalam nya perlukan iman yang kuat kerana kebanyakan mesej comel akan berkisarkan dengan nak pinjam duit.
Ada pepatah mengatakan Ikhlas kan hati dalam berkawan. Tapi sbnr nya mcmana nak ikhlas tu bila kita hadap sikap mcm ni. Ada masa hati terdetik kenapa dia ni taknak pindah je carik keje lain. Dalam hidup ni kita memang perlukan duit. Tapi kalau tahap duit dah menjadikan kita hamba. Mcmana tu?
Ada tak nasihat lain ttg cara nak hadap org mcm ni , selain drpd nasihat dia, sound dia, bgtahu bos, jumpa face to face, bagi cadangan kerja part time yang ni semua kami dah buat.
– Mak meroyan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit