Duka Rumahtangga Diawal Pernikahan

Assalamualaikum, nama ku Melur (bukan nama sebenar). Aku berumur 21 tahun dan baru sahaja berkawin pada bulan july 2020. Aku bekerja biasa sahaja manakala suami ku seorang polis.

Bila sudah menjadi isteri kepada badan beruniform, sudah tentu la semua akan fikir pasal “long distance relationship” Kami sudah PJJ selama 4 bulan..

Sepanjang 4 bulan. Aku di kl manakala dia di johor.. Macam macam aku hadapi.. Kerenah suami, kerenah mak ayah aku sendiri, kerenah adik beradikku.. Malah sampai ke akhir ini apa yang ku fikir, orang tua ku mahu aku bercerai dengan suamiku.

Aku tak tahu nak cerita kat sapa.. Nak meluah kat sapa. So aku jumpa confession ni. Aku nak mintak pandangan adakah aku salah pertahankan rumah tangga ku?

Macam ni.. sepanjang aku bertunang dengan suamiku.. suamiku sangat sangat cemburu buta orangnya. Bila dia terasa terancam dengan perbuatan aku.. dia akan tuduh aku melulu tanpa sebarang bukti..

Kadang kadang benda yang tak pernah aku terlintas nak buat tapi suami aku menuduh aku buat. Contoh nya suami aku tuduh aku ada hubungan dengan lelaki lain..

Hal ni boleh jadi gaduh besar antara aku dengan suami.. bila aku menegakkan kebenaran apa yang dia tuduh semua tak betul.. bila orang tuduh kita tanpa bukti confirm la kita marah kan.. macam tu la aku..

Dulu mak aku tempat aku mengadu pasal tunangku yang kini dah bergelar suami. Biasala ibu mana yang takkan bela anak kan. Kadang kadang tu aku give up nak teruskan pertunangan.. kadang kadang bila terkenangkan aku sayang dia.. aku pertahan..

Makin lama suami aku makin teruk tak percaya kat aku. Sampai mak aku hilang rasa hormat, percaya kat suami ku pada ketika itu..

Tapi aku tetap teruskan pertunangan kerana aku fikir mana ada manusia sempurna.. aku ambil dari sudut positif yang suamiku stress bila berjauhan.

Bila bukak cerita pasal kawin.. Aku disatukan walaupum dalam masa seminggu lagi aku nak nikah, aku bergaduh teruk dengan suami aku.. Atas alasan cemburu buta dia..

Tapi dia pujuk aku.. Katanya dia sayang aku sangat sangat. Takdir allah aku disatukan.. Alhamdulillah nikah di pejabat agama kerana pkp.

Masa aku nikah semua berjalan baik. Sampai la 2 3 hari lepas tu, aku dan suami masih di kampumg ku. Ada satu pagi dalam pukul 6.30 aku bangun, mungkin terlampau penat buat kerja masa kenduri haritu.

Aku dan suami yang tolong mak kemas rumah, basuh periuk belanga sampai 2 pagi. Adik beradik ku yang lain tidur penat menguruskan anak anak mungkin.. Mak aku dengan suara lantang kejutkan aku, membebel ke aku sekeras kerasanya.

Sampai aku rasa adakah dosa besar bila bangun subuh 6.30, padahal kadang kadang mak aku pun bangun pukul 7. Haritu aku agak terlewat. Sebelumnya aku bangun pukul 6. Aku terdetik adakah mak memarahi suamiku tak tersedar subuh. Aku mulai kecik hati.

Esok nya muka mak aku berubah setiap kali aku dengan suami, mak aku sembang nak tak nak, dengan suamiku pun begitu… Ayah aku macam biasa dia okay je. Mungkin sebab lelaki tak perlu nak fikir benda remeh temeh.

Bermula la episode aku pjj dengan suami. Suami jadi cemburu buta tak tentu pasal. Kadang kadang tu benda yang tak logik. Ya Allah sedih hati aku bila suamiku menuduh aku dengan lelaki lain, sedangkan aku sudah serahkan zahir batin aku padanya.

Aku tatau syaitan apa yang rasuk dalam dirinya yang membuatkan dia lansung tak percayakan aku. Padahal aku ni sejenis susah nak berkawan dengan sapa sapa..

Kalau 5 orang laki cuba mengenaliku. Susah aku nak percaya semuanya. Tapi bila aku terangkan dekat suamiku yang aku bukan jenis melayan.. dia malah tak percaya.

Bila bergaduh.. suamiku curi curi naik kl jumpa aku tanya aku benda yang aku tak buat.. pernah aku bergaduh besar sebab nak pertahankan hak aku.. maruah aku..

Pernah jugak suamiku tuduh aku yang dia sendiri buat tapi malah dia tuduh aku.. esok baru dia ingat itu dia yang buat. Aku tak melenting aku cuma cakap “tak apalah abang lupakan”.

Ya Allah kekadang sedih kenapala suamiku langsung tak kesiankan aku. Tapi apa yang aku nampak. Suamiku sebenarnya dia caring orangnya..

Pernah aku sakit demam terlantar. Dia sanggup datang dari johor ke kl semata mata nak beli panadol nak bagi makan.. dia bagi mandi. Dia yang urut urut badan badanku.. dekat situ aku nampak suamiku susah hati bila berjauhan.. aku cuha terima dia.

Tapi bagi mak aku.. dia terkilan anaknya sudah berkawin.. apa benda yang suamiku buat untuk aku.. dia perli suamiku dengan “mak besarkan dia, mak tahula”…

Selepas aku kawin. Badanku jadi gatal gatal teruk.. bila aku cerita dekat suami, suamiku cerita dekat mak aku kononnya nak tanya ubat apa kena bagi makan.

Malah mak aku call aku marah kata aku bila dah ada suami.. tak cerita sakit aku kat dia.. siap sindir suami aku “macam mak tak pandai jaga anak pulak” padahal aku tahu niat suamiku. Suamiku tak kata apa apa walaupun aku tahu dia berkecil hati.

Sebulan aku kawin.. terus dan teru menjadi cemburu suamiku.. macam biasa tuduhan yang dilemparkan..

Bila aku penat nak layan.. Ada masa aku diamkam diri bila bergaduh.. Ada masa aku melawan cakap suamiku… Allahu.. Kekadang tu aku fikir.. Sebab pjj suamku jadi macam ni.

Mungkin tekanan kerja. Nak kata aku lawa pun tidak.. aku bukan putih melepak, muka flawless. Entah apa yang buat suamiku begitu buruk sangka denganku.

Lepas sebulan penah bergaduh besar dan suami ku terlafaz cerai dalam wassap. Allahu rabak hatiku. Tapi suamiku sedar dia dah melakukan kesalahan besar. Dan aku pun takpala kita settle cara baik..

Alhamdulillah rujuk kembali.. walaupun benda tu merupakan detik paling buruk. Tapi aku cuba redhokan. Takpa takpa. Mungkin kasih aku pada suami.

Tanpa pengetahuan mak ayah ku.. suamiku settlekan kes mahkamah nak rujuk kembali dengan bayaran denda 500.

Sebelum aku naik mahkamah.. surat mahkamah diterima kakakku.. dan kakak aku yang tahu terlebih dahulu.. dia nasihatkan supaya bagitahu mak ayah..

aku kata nanti dulu, lepas aku settle aku bagitahu ayah dulu.. kemudian baru mak.. Sebab hubungan mak dengan suamiku tak berapa baik.

Tapi kakak aku cerita pada mak aku dan dia cerita yang aku taknak bagitahu mak sebab mak aku tak suka suamiku. Allahu pandai putar belit. Takpa aku redho dengan mulut manusia.

Sekarang ni mak aku makin benci pada suamiku dan pernah kata dekat aku “macam mana nak ikut gi johor nanti, entah entah kaklang jadi mayat je dekat sana nanti, dengan sifat cemburu dia, nanti dia pukul ke apa” Allahu sampai macamtu sekali mak ku berkata.

Aku pernah kata kat mak aku yang aku akan cuba ubahkan suami aku.. dan mak aku balas, aku ni pandai nasihat dia.. ibaratnya aku tak dengar kata kata dia..

Salah ke bila aku bagi pendapat.. bagi aku lansung aku tak perkecil kan hati mak. Tapi aku tetap salah.. dia kata aku ni pandai nasihat dia.. sampai sekarang mak aku tak okay dengan aku dan suami. Semua benda yang kami buat salah

Aku bekerja di kl tinggal menyewa dengan abang dan adik lelaki aku. Dan berjiran dengan kakak aku. Pernah satu hari mak aku ke kl bercuti di rumah kakak aku.. esok petang suamiku naik kl nak jumpa dengan aku.

Esok pagi suamiku balik semua ke johor pada jam 4 pagi.. Mak aku marah aku kata aku tak pandai bawak suami masuk dalam keluarga.. Padahal suamiku aku penat.. Petang dia habis kerja. Terus gerak ke kl.

Malam tu aku ajak suami ke rumah kakak.. kononnya nak bawak jumpa mak. Bila sampai cuma ada ayah aku. Mak aku tengah mengaji.. aku bagitahu mak aku suamiku aku datang. Lepastu mak aku buat muka tatau teruskan mengaji tanpa sebarang jawapan.. aku kecik hati.

Lepastu aku ajak dia keluar memandangkan suami nak ajak isteri dia makan luar.. dia taknak.. aku ajak ayah aku.. so keluar la dengan ayah aku..

Walaupun aku tahu kalau korang ada kat tempat aku. Yang jarang nak jumpa suami.. kalau boleh nak spend time berdua kan. Tapi bila fikir balik kesian ayah aku boring duduk rumah.. so aku ajak dia.

Lepas makan aku hantar ayah balik rumah. Dan keluar semula pergi kedai. Lepastu terus balik rumah sewa.. aku tak kata apa sebab aku tengok suami aku penat sangat.

Aku pun takpala.. Tidola.. Esok pagi nak balik johor dah.. 4 pagi dia gerak dari rumah sewa ku tanpa jumpa mak aku.. Petang tu aku balik kerja.. Aku jumpa mak aku.. Mak aku tanya suami aku balik bila.. Aku bagitahu 4 pagi.

Mak aku marah katanya aku tak bawak jumpa dia. Aku melawan. Aku kata.. aku bawak tapi mak yang taknak keluar.. aku dan suami tunggu punya lama..

Lepastu mak aku tengking dekat aku, “oh pandai ada laki sekarang berlagakkkk”. Sedihnya jadi seorang anak yang kena beralah dengan mak. Perangai mak.. hmm takpala.

Macam tu la seterusnya.. bila mak ayah aku datang kl untuk rehatkam minda.. kalau boleh aku taknak suami aku datang.. sebab aku faham suami aku datang nak jumpa aku.

Tapi mak aku banyak pulak kerenah.. kata aku nak buang keluarga la apala.. padahal diaorang tak faham perasaan suami aku bila PJJ. Pernah ada satu haritu tu..

Suami aku naik kl dia book hotel bajet, sebab tak selesa tido bermalam kat rumah sewa aku yang aku menyewa dengan abang dengan adik lakiku..

Lepastu ayah aku call tanya kat mana padahal dah tahu aku ni dengan suami aku kat hotel.. Malah tanya kenapa nak tido hotel.. kenapa taknak tido rumah tu..

Allahu sedihnya bila masing masing tak faham sorang suami yang datang nak jumpa isterinya. Kekadang tu ayah aku tanya tak nak bawak jumpa ayah ke..

Ya Allah padahal baru je aku jumpa dengan suami. Sedangkan bila aku tengok mak dan ayah ku.. ayah ku jugak sorang yang susah nak balik rumah mertua.. aku pelik kenapala manusia susah nak muhasabah diri sendiri macam mana..

Lepastu nak expect orang lain hormati dia.. Sedangkan diri sendiri pun susah nak balik rumah mertua hmm takpala aku redho sebab dia orang tuaku.. Sampai satu saat suamiku kata,

“Kenapa eh family sayang ni call je kemana sayang pergi.. Sayang dengan suami sayang tau bukan dengan jantan” ..

Hmm aku banyak berkecil hati dengan perangai suami dengan perangai mak ayah aku.. suami dengan sifat cemburu.. mak ayah asyik nak salahkan aku kawin dengan dia.. bukan ke perjalanan hidup kita ni takdir Allah? Qada dan qadar Allah?

Mak aku berkeras suruh aku cerai sebab sikap suami aku cemburu buta.. aku taknak.. dan mak aku siap kata, “nak tengok sejauh mana bahagia kalau ketepikan mak”.. Allahu sedihnya …

Wajar ke seorang ibu macam tu.. aku cuma fikir positif. Aku lepaskan yang ni belum tentu aku dapat yang lagi baik.. takpala aku redho. Aku hanya mampu doa Allah pelihara rumah tangga ku..

Bila ada masalah, aku lebih suka mendiamkam diri. Tapi mak aku selalu sindir.. “tak nak bagitahu masalah lantakla rumah tangga hampa”

Kat situ aku nampak.. aku tak bagitahu supaya keadaan tak jadi teruk pun salah.. Kalau aku bagitahu sikap suamiku lagilah salah.. Apa benda yang betul aku buat sebenarnya.

Alhamdulillah eskarang suamiku semakin okay.. Dia sayangkam rumah tangga ni.. Dia cuma kata dia nak ubah jadi terbaik untuk aku. Dia nak duduk sekali nanti dia nak layan aku bebaik.. Dia mengaku sebab pjj dan telefon bimbit yang buat dia susah hati dengan aku..

FYI, aku pjj dengan suami sebab satu, suami aku tak dapat lagi kuaters.. dua aku nak kerja dulu memandangkan suamiku pun banyak bebanan.. kereta lagi. So aku tolong dia kerja dulu setakat nak makan aku sendiri.. nafkah memang dia bagi tiap bulan.

Pandangan korang, patut ke aku bagi peluang kat suami aku atau pun aku dengar kata mak aku yang suami aku takkan berubah?

Adakah aku akan dapat lelaki yang perfect kalau aku tinggalkan suami aku.. walaupun aku tahu aku pun tak sempurna?

Aku tersepit. Aku hanya mampu doa.. doakan aku kuat dalam memahami perasaan manusia walaupun perasaan ku hancur musnah

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *