Setelah 2 tahun, akhirnya aku dah sembuh dan waras untuk meluah dengan baik di sini. Aku naif sangat. Aku mengaku aku bodoh. Hurmm, tapi itulah diri aku yang dulu.
Ini kisahnya…
Aku budak kampung yang tiada pengalaman kerja di kota KL ni. Tak sangka perjalanan hidup aku mencabar sebaik sahaja aku grad UIA. Aku dapat offer kerja semasa semester akhir oleh seorang lelaki.
Lagaknya seperti ada bisnes yang berjaya, cerita tentang team yang dia ada dan pencapaian2 hidup dia yang buat sesiapa saje yang pertama kali jumpa dia akan terpegun dan terpengaruh.
Dia bertopengkan agama dan menggunakan hujah agama untuk menghalalkan keburukan yang dia lakukan.
Akhirnya tanpa istikharah dan hanya berbekalkan hati aku terima offer job tu sebagai team partner. Tiada surat hitam putih pun sekadar sembang offer mulut.
Mulai hari itu hidup aku berubah. Bukan lagi baik, tapi derita.
Gaji aku asalnya cuma RM500 semasa masih belajar, habis sahaja exam akhir gaji aku naik RM1000 dan sampailah ke RM1500.
Masa tu dia kata dia akan carumkan eft dan socso.. tapi dia hanya terus janji dan tak pernah ditunaikan. Dia menipu.
Aku dijadikan tempat marah dan maki hamun. Dikulikan itu sampai kena belikan makanan untuk mak dia. Cuci kereta dia. Angkut barang2 macam buruh paksa sorang.
Dan 24 jam aku kena stay oncall wajib jawab call dia kalau tak, aku akan dimaki dan díugut dengan lebih teruk.
Btw, lepas aku masuk kerja aku perasan yang takde staf dalam company tu sbb ada yang baru cabut. Dan hanya bos tu sorang2 yang ada. Ya Allah apakah ini. Aku kena tipu ke ni.
Aku cuba bertahan sebab aku termakan janji kata2 dia yang akan bantu aku berjaya untuk tolong maka ayah aku yang miskin kat kampung.
Aku sampai tak cukup makan, tak cukup tidur. Dan sentiasa dalam ketakutan.
Sampai satu tahap bos aku ni kantoi menc@bul seorang budak laki di rumah dia. Aku diminta tutup mulut dan diletaklan semua kesalahan tu atas aku.
What? Aku tak berani melawan.. aku takut sangat… aku rasa bodoh.. kenapaaaa.
Dia sekali lagi gunakan hujah agama untuk cover perbuatan dia tu. Katanya dalam kitab ada tulis benda tu. Kitab almaksiat mana pun aku taktaulah.
Akhirnya suatu peristiwa berlaku yang membuka mata aku. Aku jatuh tak berapa sedarkan diri. Yang aku tahu, aku sesak nafas. Badan aku kebas.
Aku diusung orang dan itulah pertama kali aku tau aku kena panic attack dan itu level teruk…
Aku disahkan doktor ada anxiety, depression dan PTSD. Patutlah aku kadang rasa macam terpisah dari dunia ni. Semua benda nampak mcm mimpi tapi realiti. Semua yang aku rasa realiti, tapi tu cuma mimpi.
Aku macam berhalusinasi. Aku jadi takut menggigil sorang.. trauma.. dan pernah terlintas nak eksidenkan diri aku biar terperosok bawah lori masa bawa moto laju atas flyover tol gombak.
Akhirnya family aku di kampung tahu keadaan aku bila aku call mak aku dalam toilet rumah sewa, tiba2 aku menangis dan aku rasa time tu ajal aku dah dekat. Aku akan mati tak taktau macam mana.. aku takut..
Aku dibawa balik kampung, dipulihkan semangat dan dibawa rawatan hospital dan rawatan islam.
Berkat kasih sayang Allah, aku mula sedar, dan jadi geram semangat nak lawan balik si munafik agama tu.. dan tuntut gaji aku. Aku call dia dan aku bagitau yang aku RESIGN SERTA MERTA.
Dia jadi geram sebab takda orang lagi dalam syarikat yang boleh buat kerja. Dia siap sound aku lagi,
“Ko jangan ingat dah setel, ko kena siapkan dulu kerja yang berbaki. Buat surat yang mengatakan ko letak jawatan.”
Aku naik KL semula, dan paling puas bilamana aku dapat semangat aku jerkah dia sepertí mana dia jerkah maki sampahkan aku dulu.. dia terdiaamm dan nampak kecut.
Dipendekkan cerita, selepas aku resign, tak lama lepas tu company dia lingkup. Bisnes jatuh dan takda pekerja sampai sekarang.
Aku dah bebas dan baru sedar apa yang berlaku. Segala ujian yang Allah beri ni telah didik aku supaya jadi matang dalam hidup dan belajar tegas untuk diri sendiri.
Pengajaran hidup aku:
– Jangan mudah percaya kata-kata orang yang nampak hebat kerana kita tak tau, berapa banyak kelemahan yang disembunyikannya.
– Letakkan Allah no 1 dalam membuat apa-apa keputusan dengan istikharah.
– Berani jadi tegas.
Aku masih dalam rawatan, doakan aku lekas sembuh ya. Terima kasih sudi membaca.
– Mr Penerima Takdir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit