Dulu Aku Pun Terjebak

Assalamualaikum, memalam buta ni saja aku tulis sesuatu di sini. Sekadar perkongsian kepada korang yang mungkin pernah terfikir macam aku tengah fikir sekarang.

Dekat US sekarang korang tahu dak, heboh pasal darkside artis-artis hollywood yang terbongkar disebabkan tertangkapnya sorang rapper ni?

Aku nak cerita isu ni sebab ada kaitan dengan apa yang dulu aku terjebak percaya. Kisah iluminati artis-artis sampah hollywood ni lah.

Kenapa aku kata sampah? Sebab selepas kecoh skandal darkside artis-artis ni, baru aku nampak apa sebenarnya yang selalu depa bagi hint dalam lagu lagu dorang sell soul to the devil.

Dulu aku ingatkan, wujud devil dikalangan manusia yang bertopengkan manusia segala ni. Yela, kau asyik dimomok dengan teori konspirasi artis ni. Tunjuk simbol lah, gaya syaitan lah, dan sebagainya. Misalnya dulu kecoh lagu rihanna umbrella tu. Ha begitulah apa yang aku fikir.

Aku ingatkan depa ni jumpa devil, berjabat tangan, berbaiah dan sebagainya. Ala macam black metal dulu-dulu tu la.

Tapi rupanya apa yang artis-artis ni asyik hint dalam lagu tu sebenarnya depa nak bagitau disebabkan nak kejar kemewahan dan fame, depa jual soul. Jual soul ni sebenarnya kalau bahasa pasar kita ni nak cakap, jual diri, jual maruah lah gamaknya.

Depa terpaksa tutup mulut sebab ‘terikat’ dengan kontrak, ugutan bunuh dan ugutan sebarkan segala video apa yang mereka buat tu ke public. Banyak artis bagi hint dalam lagu, jastin, m&n, 20cent dan banyak lagi kalau korang perasan.

So, depa jadikan lagu dorang ni untuk cerita apa yang jadi dengan depa, ada yang cerita apa yang orang lain pernah cerita dan sebenarnya semua artis tu tahu. Cuma semua tutup mulut.

Ada yang menyesal, depress, jadi dru* addict, bu*uh dir* dan sebagainya. Korang boleh search sendiri kes-kes begini dalam kalangan artis depa. So begitulah apa yang aku baca.

Aku ingat lagi, kawan aku jadi taksub disebabkan teori konspirasi dalam kalangan artis barat ni. Sampaikan semua benda dia kaitkan.

Sebenarnya inilah cara dalang disebalik darkside ni guna untuk cover up apa yang depa buat dengan artis-artis ni. Bayangkan kau pegang marketing, radio, tv, studio. Netizan fikir lain, depa tengah buat bisnes darkside lain.

Sebab tu, depa punya kerja, orang tak tahu menyanyi pun depa boleh jadikan terkenal. Kalau kau perasan banyak rapper yang ntah apa-apa pun tiba-tiba terkenal.

Bila kau dengar lagu dia, sampah. Tapi laku keras. Komedian yang tiba-tiba femes, diberi ruang dalam tv dan sebagainya. Tiba-tiba terkenal.

Aku tulis ni sebenarnya aku nak ubah mindset yang percaya konspirasi dalam kalangan artis konon bekerjasama dengan devil tu.

Depa ni sebenarnya sampah yang mencari dunia dengan menjual diri dengan tukaran mereka tiba-tiba jadi terkenal, lagu mereka jadi sold out dan sebagainya. Betullah juga depa ni hamba kepada manusia berperangai syaitan.

Ingat tak dulu pernah juga kecoh dalam negara kita, ada sebilangan artis bagitau wartawan, depa ditawarkan 15k-30k dan ber k k lah untuk teman vip makan? Ha macam tu lah konsep artis holywud ni.

Cuma depa lagi 10 step ke depan dan vip depa memang boleh sponsor tour ke seluruh dunia misalnya. Sebenarnya benda ni bukan baru. Cuma orang awam je la tak tahu. Dan kita pun tak tahu teman makan je ke atau ada demand yang lain.

So korang tengok je la artis yang sendu tiba-tiba jadi kaya raya, something wrong la tu. Korang boleh calculate sendiri sumber kewangannya, sesuai ke dak dengan apa yang mereka tunjuk? Ini contoh mudah aku nak share.

Aku ni seorang yang payah nak percaya bulat-bulat apa yang aku baca dan nampak. Biasa aku akan search dan bagi yakin sikit kepala aku untuk aku percaya benda tu.

So hari tu misalnya, ada sorang public figure dalam negara kita yang selalu bagi duit sana sini. Aku pelik, gaya dia macam duit tu macam air sungai yang mengalir deras. Macam tak pernah habis.

So aku search lah, apa dia buat selama ni, bisnes apa yang dia ada, berapa anggaran income dia sebulan, setahun dan aku matchingkan apa yang dia pernah bagitau public dan sebagainya.

Dan yang paling menghairankan, aku pernah pergi kedai kopi dia, siyes sendu gila. Aku pun berniaga juga, aku tahu dengan jumlah customer macam begitu, dengan kawasan kedai yang elit, kedai tu aku anggarkan maybe tak mampu bertahan dalam masa 6 bulan.

Yela pekerja da lebih 5 orang, kalau gaji min pun 1500, berapa kos dia nak cover untuk pekerja je? Tu belum sewa kedai yang ikut hasil research aku lebih 5k sebulan.

Tu belum cerita bisnes dia yang lain,semuanya sendu. Tapi cara dia tayang duit tak masuk dek akal. Aku cerita ni sebab ramai orang memuja beliau walaupun dia telah terkantoi ke public daripada mana sebenarnya kekayaan dia yang dia tayang selalu.

Aku nak korang berminda skeptical dalam isu isu seperti ini. Jangan percaya apa yang kau nampak di media tanpa kau selidik sendiri.

So kesimpulannya, jagalah diri dan jangan percaya media. Ada orang nampak baik tapi sebenarnya dia bapak penjah*t.

Begitu juga berkaitan agama, jangan percaya penunggang agama. Sampah menggunakan topeng agama zaman sekarang ni semakin rancak. Berhati-hati. Lelaki perempuan sama-sama berhati-hati. Zaman sekarang, lelaki pun tak selamat.

Dan baru aku tahu kenapa media barat zaman sekarang terlalu mempromosikan geng pelangi ni. Sebab pelobi dan pemilik kampeni hiburan, artis dalam kalangan depa banyak yang bise*ual. Depa ni nampak maskulin, ada bini, ada anak tapi minat lelaki. Jahanam.

Yang tunjuk depa tukar wajah jadi perempuan macam bang jat tu, 1 percent je, 99 percent lain jadi musang berbulu ayam. Sebab tu aku kata, lelaki zaman sekarang ni sebenarnya lagi perlu berhati-hati.

Tapi perempuan pun kena berhati-hati juga. Jangan lah percaya kalau orang puji kau cantik ke baik ke atau apa pun. Lebih-lebih lagi suami orang.

Kalau kau single, depa sekadar nak try kau je pun. Kalau kau bini orang, depa sekadar nak jadikan kau tempat dia lepaskan nafsu dia. Kau tak payahlah nak kata dia caring ke, dia belanja kau breakfast ke, tolong ke, itulah effort dia nak dapatkan kau.

Zaman whatsapp ni, semua orang jadi berani. Mungkin tak bersemuka. Kalau kau jenis melayan, tak kira lah lelaki atau perempuan, memang cepatlah hanyut dengan dunia. Inilah artis barat selalu kata, sell soul to the devil.

Jangan cepat melayan. Sebab tu dalam agama ada istilah iktilat. Kau dilarang bergaul dengan lawan sejenis. Biarpun kau kata tak ada apa-apa, tapi bila selalu bersama, perasaan tu akan muncul. Dia sekadar take time untuk berkembang. Bergurau tanpa batas.

Zaman sekarang, mak mak orang dalam ofis lagi banyak bergurau lucah berbanding pak pak orang. Mungkin depa rasa depa tua, dan benda tu jadi normal. Ingat, sikit-sikit lama-lama jadi skandal.

Itu je lah apa aku nak tulis.

– Pencerita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *