Dulu Boleh Kenapa Sekarang Tak Boleh

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku sekarang berumur 23 tahun. Kalau mengimbau balik zaman muda-muda dulu..banyak benda hebat yang aku boleh buat dan sekarang tak.

Semasa sekolah rendah, aku larat pergi dua sekolah dalam satu hari. Pagi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah agama. Kerja sekolah? memang berlambak. Bukan satu sekolah, tapi dua sekolah. Bukan seorang cikgu tapi 10. Tu tak termasuk kokurikulum lagi.

Aku berpangkat besar dan aktif dalam segala mak nenek yang ada kat sekolah. Aku ketua kelas. Aku presiden pandu puteri. Aku penolong presiden kelab sains. Aku ketua platun. Menang dalam pertandingan memasak, pertandingan reka cipta. Wakil sekolah dalam acara lumba lari. Selalu dapat no.1 dalam ujian. Anugerah tokoh pelajar. Dan yang lain-lain. Kiranya aku ni famous jugak la.

Menghafal buku teks. Semasa kecil dulu menjadi kepakaran aku untuk menyerap masuk segala fakta yang ada dalam buku teks ke dalam otak aku. Aku ibarat perpustakaan bergerak ha gituww.

Mengira. Aku mampu menyelesaikan pelbagai pokok pangkal soalan matematik yang kadang-kadang budak universiti pun culas untuk menjawabnya.

Bangun seawal 5 pagi. Malah lebih awal dari itu. Sebab nak berebut bilik air. Aku duduk asrama dan soal bangun awal tu memang satu kewajipan. Kalau tak.. beratur la kau tunggu turn mandi.

Belajar berbelas-belas subjek. Bila terfikir balik..how did I managed my study? The homeworks given? It seems so ridicilous for me now.

Dan secara keseluruhan, aku boleh katakan bahawa achievement aku semakin merosot dari usia ke usia. Dari tadika, sekolah rendah, menengah, matrik dan universiti. Kalau aku lukis graph, anak panah tu akan menurun ke kanan.

Kenapa guys? Adakah sebab aku dah berumur? Tapi aku baru 23 tahun! Aku tak tua lagi. Tapi aku dah tak mampu nak jadi macam dulu..

N aku percaya..bukan aku sorang je yang ade penyakit ni..tapi kebanyakan orang muda di luar sana juga. Mungkin pencapaian kau tak sama macam aku. Kau boleh gelar aku budak pandai. Tapi tu bukan point aku tulis karangan ni. Sebenarnya nak kau dan aku muhasabah balik apa pencapaian dulu yang kita boleh capai tapi sekarang tak lagi.

Yang paling penting..apa attitude positif yang dulu kita selalu buat tapi sekarang dah hancur terbakar dek zaman?

Dulu kita boleh bangun awal dan tak tidur selepas subuh..tapi kenapa sekarang tak boleh?

Dulu kita seorang yang berani kehadapan bila cikgu suruh volunteer, tapi kenapa sekarang seorang pengecut? Mana perginya keberanian yang diasah semasa kecil dulu?

Dulu kita seorang yang hormat pada cikgu. Suka tolong angkat barang cikgu. Sekarang kita tak kisah langsung pasal lecturer kita.

Dulu kita selalu jadi imam. Kadang-kadang jadi bilal. Sebelum azan kita dah ada dalam masjid. Tapi sekarang kenapa tak?

Dulu kita seorang yang berprinsip. Tapi sekarang entah mana prinsip tu pergi. Ke laut kot.

Cuba fikir balik. Mana perginya bakat-bakat kita dulu? Selama berpuluh-puluh tahun kita hidup, apa sebenarnya yang kita dapat? Takkan hilang begitu sahaja?

Baru aku sedar. Dulu aku berjaya bukan sebab aku. Tapi orang yang berada disekeliling yang menjadikan aku hebat. Dulu mak abah akan selalu ingatkan untuk buat kerja sekolah. Tak de chance nak melagha tengok tv lama-lama.

Cikgu-cikgu aku garang. Tak hafal sifir kena rotan tangan. Tak siap kerja sekolah kena denda duduk kat luar. Dulu, tak pernah terlintas nak jadi orang hebat. Aku just ikut apa yang disuruh oleh cikgu-cikgu. Tu je formulanya. Dan alhamdulillah, aku amat cemerlang.

Tapi bila dah di universiti, tiada siapa yang heran pasal kau. Tiada siapa yang akan push kau. Kau yang mencorakkan masa kau. Kalau kau gagal merancang, kau akan ketinggalan. Lebih parah apabila kau berada dikalangan mereka yang memang low motivation. Yang hanya bangun bila ada kelas atau assignment atau group discussion. Kalau tak de semua ni maka katil lah tempatnya.

Kau akan terikut-ikut gaya mereka, dan akhirnya kau lupa untuk menggilap kelebihan-kelebihan yang kau ada sebelum ini. Akhirnya menjadi karat. Sayang seribu kali sayang. Penat lelah sebelum ni hanya menjadi sia-sia.

Bayangkan kalau kita mampu kekalkan attitude yang positif ini. Mungkin kita akan lebih maju kehadapan dari segi ilmu pengetahuan dan skill. Kita tiada masalah untuk menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar kerana kita sudah ada skill. Oleh itu, bina balik motivasi. Tanam balik cita-cita yang murni. Jom keluar dari zon selesa. Bangkit semula dan cari balik permata-permata yang kita pernah jumpa semasa kecil dulu, ok?

– Camellia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *