Dulu Kaca Kini Mutiara

Aku Mawar (bukan nama sebenar). Umurku kini dalam lingkungan 30-an. Melanjutkan pengajian di satu universiti luar negara. Currently, I’m doing my PhD.

Cerita aku mungkin cliché untuk dibaca, tapi aku hargai kalian yang sudi baca sampai habis. (Kalau rajin, bukalah lagu “Rindu Memaksaku Menyayangimu – Francissca Peter”) baru ada vibe hehe.

Semua tentang Ayah.

Yang segan aku nak panggil sebagai ayah.

Aku dibesarkan dengan seorang umi. Seorang ibu yang diceraikan oleh suaminya. Umi aku ialah isteri ke-4.

Kehidupan aku dan umi tidaklah susah dan tidaklah senang. Mungkin kini sedikit senang kerana aku telah bekerjaya.

Umi aku diceraikan ketika aku berusia 4 tahun. Sepanjang itu, dia hanya bekerja sebagai pembuat kuih di kampung. Susah senang hanya kami berdua.

Kira-kira waktu itu, umi hanya berpendapatan RM5 atau paling banyak RM15 sehari. Tapi dia berjaya menyekolahkan aku tanpa ada yuran tertonggak.

Aku ialah saksi umi bangun pada jam 4 pagi untuk menyiapkan tempahan kuih dan untuk dihantar ke warung kecil.

Aku ada 4 orang kakak daripada lain mak.

Sampai sekarang aku tak jumpa dengan mereka. Walaupun dapat contact semula selepas 17 tahun terpisah.. tapi dalam WhatsApp je lah.. tak berani aku nak jumpa mereka..

Mereka baik.. sangat baik.. tapi aku tak sedia nak imbau semula apa yang dah jadi..

Madu-madu umi juga baik.. sama macam anak-anak mereka. Cuma aku yang tak bersedia nak buka buku baru dengan orang-orang yang lepas.

Berbalik pada ayah aku.

Sehingga kini, tiada satu sen pun duit daripada dia. Aku ulang, sehingga kini. Kerana apa? Aku pun tak tahu. Tiada jawapan.

Nama aku bukan berbintikan dia. Kata umi, mereka dulu berkahwin melalui agen pernikahan yang tidak diiktiraf. Tapi lama baru umi aku dapat tau.

Walaupun macam tu, ayah tetap tiada ambil apa-apa tindakan. Umi aku minta maaf pada aku, sebab mungkin dulu jahil dan kurang ilmu tentang ini. Dan ayah aku buat keputusan untuk tak letak nama dia sebagai bapa.

Dan ketika penceraian, dia kata pada umi, sekali umi aku bawa aku keluar dari rumah tu, dia takkan tanggung satu sen pun. Umi aku nekad, kerana mungkin masalah kewangan dan masalah pernikahan yang tiada kesudahan.

Sampai hari ini, aku tak tau apa sebenarnya status aku. Aku anak tak sah taraf ke? Aku tak berani nak tanya umi aku banyak-banyak tentang ni, demi jaga hati dia.

Selepas 17 tahun, aku dapat contact dengan kakak-kakak aku.. semua dah bekerja, ada suami, anak.. Mereka seronok dengar keadaan aku, sudah bekerjaya, dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi..

Berkat usaha umi aku, aku lebih berjaya berbanding anak ayah aku yang lain.. Aku bangga dengan umi aku yang usaha buat macam-macam sampai aku berada di tahap ini..

Tapi aku minta mereka sorokkan hal ini dengan ayah aku.

Tapi siapalah kita, instinct orang tua kan.. Akhirnya ayah aku dapat tahu.

Pada mulanya dia marah, tetapi makin lama lembut juga hati dia. Dia minta kakak-kakak aku bawa dia jumpa aku, tapi aku menolak. Aku tak tahu, hati aku berat.. berat yang tak tertanggung untuk jumpa dia.

Selepas apa yang jadi, aku melihat kesusahan umi aku, aku tak boleh terima apa yang dia lakukan.

Aku tak tau, mungkin selama ni dia hidup dalam serba salah, tapi aku tetap terkesan.

Aku sayang umi aku. Sayang sangat.

Aku tak nak, dengan ikatan semula antara ayah aku dan aku.. aku menyakiti umi aku.

Siapa je nak jumpa orang yang dah hancurkan hidup kita? Biarlah aku bahagia dengan umi aku je.

Aku tetap dengan pendirian, aku maafkan ayah aku. Aku tak berdendam. Cuma aku tak boleh nak jumpa dia.

Pendapat korang, aku jatuh anak derhaka ke?

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jika nama kamu tidak dinasabkan (binti) kepada bapa kamu, tak ada istilah derhaka. Jika nasab itu sah, bapa kamu yang derhaka kepada Allah kerana tidak tunaikan hak anak. Jalani saja hidup seperti biasa, gembirakan diri kamu dan ibu kamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *