Dulu Pendera, Kini Penyayang

5 tahun lepas aku & suami diijabkabulkan setelah 10 tahun berkawan. Awal perkenalan aku dengan si dia (L) melalui media sosial Friendster.

L seorang yang periang, kelakar, tapi sedikit pemalu lagi-lagi dengan perempuan yang tak dikenalinya. L juga ada vibe seorang ‘bad boy’ yang aku suka. Ala ala macam dalam kdrama, ‘bad boy’ tapi caring, loving, dalam hati ada taman gitu.

Sehari selepas majlis perkahwinan, aku rasakan sesuatu yang lain dari L. Dia seakan bukan yang aku kenal selama ni. Pandangan mata, pergerakan badannya, aku tahu itu bukan dia.

Pengalaman ‘raja sehari’ aku jauh berbeza dengan apa yang aku bayangkan selama ni. Malam pertama bagaikan mimpi ngeri. Setiap butir kata yang aku sampaikan, ia menjadi perbalahan antara kami.

Orang lain— hati berbunga, senyum sepanjang masa, berdebar-debar suka. Aku— hati suram, menangis, berdebar-debar juga tapi sebab takut & risau dengan segala pergerakan si dia.

Malam pertama tu kami berbalah. L dengan tiba-tiba kata aku berkahwin dengan dia sebab nak jadikan dia sebagai Pak Sanggup. Ternganga aku masa tu. Secara tiba-tiba sangat. Aku tak tahu apa yang membuatkan dia kata sebegitu.

Perbalahan kami didengari oleh family mertua aku. Dan malam tu juga baru aku tahu bahawa L mengalami depressi yang sangat teruk especially selepas kami bertunang.

Kami PJJ jadinya aku tak tahu benda ni. Walaupun sepanjang kami bertunang tu aku ada rasa tak kena dan rasa sedikit pelik dengan kelakuannya tapi aku tak fikir lebih.

Aku anggap L hanya stress sebab nak uruskan banyak hal sebelum kahwin. Silap aku sebab tak lebih peka sebelum ni.

Family mertua meminta maaf pada aku sebab mereka pun tak sedar L jadi teruk begini.

Perbezaan kelakuannya selepas nikah dan sehari selepas majlis amat ketara. Tiada lagi senyuman dan gelak tawa di wajahnya. Aku fikir ini bukan depressi biasa. Macam dah kena buatan orang je gayanya ni.

Bermula lah cerita perjalanan perkahwinan aku yang sepatutnya fasa ‘honeymoon’ tetapi dah menjadi ‘bittermoon’. Aku rasakan L sangat serabut dengan banyak thoughts yang entah apa apa dalam kepalanya.

Jadi dia melampiaskan semuanya pada aku. Pelacur, anak syaitan, segala benda keji dia katakan pada aku. Dia juga sudah mula mencubit, menampar, dan segala macam penderaan fizikal. Tapi aku jenis melawan— dia cubit, aku cubit balik.

Dia tampar, aku pun tampar dia jugak. Sebab aku jenis defensive. Aku tak dapat terima kelakuan dia begitu.

Niat aku membalas balik tu sebab nak minta dia sedar apa yang dia buat tu tak betul. Aku rasakan sedang berlawan dengan syaitan sebab sangat lain pandangan mata dia.

Tapi lastly aku kalah juga dan menangis tak henti. Aku bermonolog, “kau baru kahwin, Bunga. Kau kena tahan sikit lagi. Bagi masa setahun, kalau L masih begini, kau minta cerai dengan dia” aku tekad.

Buat masa ni aku masih kuat nak bantu dia. Tapi kalau lepas setahun tiada perubahan, aku tak rasa aku masih sanggup bertahan.

Nasib aku baik sebab dikurniakan family mertua yang sangat baik hati dan caring dan segala macam yang baik baik.

Mereka tahu L tak sihat tapi mereka bela aku seperti anak mereka sendiri. Aku mengadu pada mak mertua apa yang L dah buat.

Mak mertua aku kata, “Bunga tahu kan L dalam fasa tak sihat. Tu bukan L tu. Tu bukan anak ibu. Kita kena ubatkan dia. Kita kena sama-sama usaha baikkan L. Bunga sayang L kan?” Terus luruh hati aku dan kami menangis sama-sama.

Bermacam cara kami buat untuk baikkan L. Jumpa pakar saraf, ustaz, psychiatrist. Bomoh yang berlakon jadi ustaz pun ada. Ada yang kata sebab orang dengki kami bersama, ada sihir pemisah lah, ada yang suka kat aku/dia tapi sebab kami reject lah.

Macam macam. Tapi sampai sekarang kami tak pasti apa sebab utama sebenarnya. L masih anggap aku musuh. Pandangan dia penuh dengan benci, curiga, dan segala macam yang buruk-buruk pada aku.

Selama kami berkahwin, hanya aku yang bekerja tetap. Aku & L menumpang duduk di rumah family mertua.

Gaji aku hanya untuk membayar komitmen kereta, ptptn dan sedikit makan pakai. Yang lain semua ditanggung keluarga mertuaku. L masih dalam dunia dia.

Enggan keluar rumah & bersosial. Kadang-kadang ada terdetik di hati aku menyesal kahwin dengan dia. Suami aku tak macam suami orang lain. Tak bekerja, tak bergaul dengan orang.

Macam kahwin dengan mayat hidup. Tapi lepas tu aku istighfar dan menganggap ini kifarah dosa-dosa aku yang lalu. Aku perlu bersyukur kerana dikelilingi manusia yang baik-baik. Family, family mertua, kawan-kawan. Mereka penguatku.

Hampir setahun berlalu, aku menatap mata L. Masih ada amarahnya, negative thoughts, curiga, menganggap aku seperti musuh. Masih ada.

Cuma tak seteruk dulu. Datang amarahnya, aku jadi mangsa. Tapi setiap kali aku didera, aku mengadu pada ibu.

Titik perubahan sikap L. Ibu menyuruh aku hafal surah Al-Hasyr ayat 21-24. Dia kata ayat ni pendinding untuk elak segala sihir, untuk lembutkan hati suami, dan beri ketenangan pada kita yang membacanya.

Aku amalkan membaca 7 kali setiap hari selepas solat. Aku baca sambil membayangkan L dan doa sungguh-sungguh semoga Allah hilangkan segala amarahnya dan dapat melihat aku sebagai isterinya, bukan musuh.

Setahun kemudian. Sungguh, tiada apa yang dapat melawan kuasa Allah. Aku dah nampak L yang sebenarnya sedikit demi sedikit. Hati aku yang berdebar dek risau & takut, sudah mula beransur hilang.

Sesungguhnya aku rindu dengan kelembutan dan sifat penyayangnya. L memelukku dan meminta maaf kerana baru mengenaliku. Dia minta maaf atas kecurigaannya selama ni.

Dia meluahkan sebenarnya sebelum kami berkahwin, ada ‘seseorang’ memberitahu bahawa aku dah bermesra dengan lelaki lain & aku dah rosak. Orang tu siap bagi gambar (yang entah dia edit dari mana).

Terkejut beruk aku dengar luahan L. Disebabkan orang itu L jadi tak tentu arah.

Dia menganggap segala apa yang aku cakap & buat semuanya tipu. Aku mengerutkan dahi. Pelbagai persoalan dalam benak fikiran tapi tak terluah semuanya.

Aku hanya bertanya, “awak percaya orang tu? Awak lagi percaya orang tu dari saya?” L jawab, “sorry sayang” sambil mengucup dahiku.

Sejak dari itu, L perlahan-lahan mula bergaul mesra dengan keluarganya, melayaniku persis seorang suami kepada isteri.

Alhamdulillah L juga dapat kerja yang tetap dan akhirnya kami membuat keputusan untuk duduk berasingan dengan keluarga L.

Kehidupan kami mula terpancar sinarnya. Aku mula menghela nafas lega dan tiada ragu untuk mengukir senyum di bibir. Tiada lagi cacian, deraan. Yang ada hanya kasih sayang, gurauan dan yang baik-baik dalam rumah tangga kami.

Terima kasih, Allah. Segalanya atas kuasaMu. 5 tahun telah berlalu tapi masih segar dalam ingatanku. Semoga itu menjadi asbab kami kuat hingga ke harini dan selamanya. Aminnnn

**penderaan L terhadap Bunga ni disebabkan sakit/buatan orang. Tapi kalau jenis macam Billar tu, memang awal-awal dah selamat jalan romeo lah cerita dia.

Moral of the story: jika kita dah tak rasa bahagianya, tolong lah usaha sehingga kita dapat kebahagiaan yang kita impikan. Contoh, penderaan — fight for yourself. Jangan berserah dan tak buat apa apa.

Keluar dari keserabutan itu. Carilah bahagia anda. Minta sungguh-sungguh dengan Allah. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *