Dulu Rajin, Kenapa Sekarang Malas?

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Semoga anda semua sihat sejahtera dan cemerlang dalam beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Along, seorang lelaki, seorang suami kepada seorang isteri tercinta, dengan dikurniakan seorang puteri cahaya mata penyeri hidup…

Mungkin akan ada segelintir kecil yang mungkin mengenali aku jika letak nama Along dan boleh relate cerita ni dengan seseorang yang bernama Along dalam hidupnya.

Tapi takpe lah, bukan itu objektif confessor. Minta maaf lah intro macam panjang pula. Ini merupakan kali kedua aku menulis confession dekat sini. Minta maaflah, confession ini sangat panjang, terima kasih kalau sudi baca dan komen yang murni2 serta membina.

Berbalik kepada tajuknya… Ya, ini merupakan masalah yang aku tengah hadapi sekarang… Dan aku sangat tak suka menghadapi masalah ni…

Zaman umur belasan tahun dulu, Along ni adalah seketul manusia yang sangat2 rajin. Setakat tolong mak dekat dapur, masuk hutan, berkebun, takde masalah lah.

Belajar pun rajin, gigih, tak pernah sesekali mengenal menyerah. Sanggup study siang malam, sanggup minum kopi nak tahan mengantuk, sanggup bangun pukul 4 pagi sebab nak study, untuk qiamullail.

Kesanggupan itu bukan kesanggupan yang berbentuk paksaan, malahan menjadi suatu rutin yang sangat disukai diri ini sendiri.

Pantas masa berlalu, aku melanjutkan pelajaran ke IPTA terkenal tanah air, dengan semangat berkobar2, nak belajar bersungguh2, supaya dah kerja nanti, dapat ringankan beban orang tua ku di kampung.

Zaman aku belajar dulu sangat struggle, bukan struggle belajar, tapi struggle sebab tak cukup duit. Pergi kelas 8-5, masa tu zaman foundation @ asasi, contact hour tinggi, sampai 35 jam per semester, menjadikan kelas aku 8-5, kadang2 8-6.

Balik kelas, orang lain gi main futsal, aku bawak esaimen, pergi bukak kedai waffle, cari duit sposen dua utk survive buat duit makan. Dapat gaji RM50 seminggu pun dah bersyukur,

Boleh lah aku makan menu rahmah masa tu, nasi bujang (nasi putih, telur dadar, kuah boleh pilih) RM1.50 – RM2.00, tak pun dapat lah makan nasi dengan ayam goreng, masa tu harga sekitar RM2.70 – RM3.50 (harga kampus lah) harga dekat luar mungkin dah cecah RM5 dah…

Sambil2 keje, takde customer, aku study, buat esaimen… Duk dekat kedai dari 5 petang sampai 10 malam. Takde lah hari2, tapi punya lah rajin belajar dan cari duit masa tu, takde perkataan malas pun dalam kamus kehidupan.

Sambung degree pula, wat kerja lagi gila, masuk kadet palapes darat lagi, meniaga lagi, belajar lagi. Tak pernah satu hari pun rasa malas.

Balik latihan penat pun, masih gagah buat esaimen, plan meniaga cari duit. Masa degree tu, dah dapat lah merasa income RMxxx seminggu hasil jual air mineral dan income pasif jualan online… Boleh laaa makan sedap sikit dari metang kedarah meggi macam zaman foundation dulu.

Senang cerita, aku takde istilah nak terlantar atas katil. Hujung minggu orang cuti lepak kolej kediaman, aku sibuk pergi buat job katering…

Macam2 kerja aku buat, takde satu hari pun aku rasa nak berhenti dari segala apa yang aku buat…

Dipendekkan cerita, 2018, alhamdulilah aku mendapat tawaran kerja gomen yang dinanti2 kan oleh anak2 melayu bapa mengah holding

Gembira?….. Sebenarnya tidak…. Sebab aku ada perancangan lain… macam mana aku boleh terima tawaran tu, biarlah rahsia…

Aku ditawarkan kerja sebagai pendidik di selatan tanah air… Maka bergerak lah aku kesana, cuba ubah mindset dari kerja sendiri, bisnes sendiri, kepada jadi pekerja bawah orang…

Mencabar? Yes, sangat mencabar, sebab aku tak pernah terfikir yang karier aku sekarang, aku akan kerja untuk tempoh yang lama, boleh jadi sampai pencen.

Alhamdulillah syukur pada yang Maha Pemberi rezeki. Rezeki ni, semua aturan Allah juga kan… Lebih baik bersyukur dari banyak komplen, orang lain lagi ramai dekat luar sana yang masih lagi belum stabil dalam kerjaya… So lebih baik aku fokus buat kerja yang aku dah dapat ni.

2018 – Awal 2018, performance kerja aku memang superb. Bukan setakat kerja, balik kerja, aku keluar meniaga, sebab nak cari duit tambah untuk kahwin.. pukul 5 sampai 11 malam tu takde ape lah, tak rasa ape pun…

Hujung 2019, aku terpaksa tinggalkan perniagaan aku, sebab aku tugasan kerja hakiki mula bertambah, sampai terpaksa buat kerja sampai tengah malam, berkampung dekat tempat kerja…

Bila dah kerja makan gaji, itu lah amanah utama yang wajib diselesaikam dulu, menyebabkan aku terpaksa lupakan sementara hasrat aku nak ada bisnes sendiri yang pasif dan kekal.

2020 – Kita menyaksikan negara menghadapi covid. Aku sangkakan bila covid, kerja tangguh. Rupa2nya kerja jadi 3 kali ganda lebih banyak, dengan seorang otai tempat kerja, rakan “sejabatan” aku pencen, menyebabkan semua kerja aku buat sorang2 dari 2020-2021.

Letih? Yes, aku melampau2 letih, sampai skor minda sihat aku masuk ke tahap 14-15 / 20. Agak2nya kenapa? Sebab masa tu kerja jadi bertambah, bini aku bersalin, aku yang banyak jaga anak masa tu, kemas rumah, memasak, semua aku buat lah senang cerita.

Tapi masa tu, aku takde lah rasa malas, sebab rasa macam, alah, kan tu tanggungjawab aku, buat jer lah kan? Rasa malas belum wujud. Aku masih macam biasa, keep hustling nak cari duit tambah for a better living.

Ermmm.. apasal aku asyik cari duit jer, bukan ke kerja gomen gaji besar? Hurmmm gaji tu besar kalau dah kerja lebih 10 tahun, ataupun kau pegawai PTD, pegawai polis, pegawai tentera…. Doktor junior 2023 pun dah jadi B40 yer….

Takpe, cari duit ni aku tak kesah sangat. Yang kesahnya, bermula pertengahan 2022, aku tiba2 rasa malas tak nak buat ape2…

Aku cuba push, tapi aku rasa tepu tengok komputer, laptop, since kerja aku terlalu banyak kena menghadap laptop sepanjang pkp, sampai naik rasa mual muak dan nak muntah…

Aku gi kerja pun aku rasa jiwa kosong, tak passionate macam dulu.

Aku ni bukan pertama kali kerja. Aku dah mula kerja seawal umur 18 lagi. Kerja kedai, pasaraya, pasar malam, pejabat, kedai stesen minyak, bisnes, grab, uber, tak pernah lagi aku rasa malas tak nak berbuat ape2.

Nak kata sebab gaji? Kalau ikut kan, okey lah gaji aku dari dulu, masih lagi b40 kategori 4k keatas, cuma kalau masuk m40 ni, kompem awal2 jadi m40 tersakiti.

Cuma aku pelik, tatkala aku dah jumpa solution untuk aku cari duit lebih, aku jumpa solution internet marketing yang bukan level dalam negara, tapi international, aku down, aku malas,

Aku tak nak buat pape, jadi malas berfikir, tak nak perah otak, macam aku ni ikan yang dah tersangkut dekat pukat. Am i loosing something? Motivation? Aku pun tak tahu..

Mak aku masih hidup alhamdulillah, adik2 ade yang kecik lagi, yang menjadi pemangkin semangat aku untuk kerja kuat selama ini…

Nak kata tak solat? Aku dah cuba perbaiki sebanyak yang boleh… Cuma ye lah, aku dah tak qiamullail sekerap dulu, sebab tiba2 aku rasa MALAS ni….

Malas ni aku mula rasa sekitar 2020 macam tu…. Masjid pun dah tak rajin nak pergi, walhal aku yang cari rumah dekat masjid untuk aku pergi jemaah 5 waktu.

Aku cuba cari punca and solution, well solution yang aku jumpa mungkin tak tepat.

Some of articles wrote this is the burnout simptom… Takkan lah after effect burnout jadi malas? Well, aku pun belum tahu apa punca nya.

Masih lagi cuba sedaya upaya paksa diri untuk jadi rajin semula macam dulu.

Aku punya rajin ni, aku boleh masak hari2 bawa bekal pergi kerja tanpa menyusahkan bini aku untuk tolong aku masak.

Tapi masalah ni dah lebih setengah tahun, and aku sangat risau.. anak kecik lagi, duit banyak nk kena pakai, kalau aku tak struggle macam dulu, ekonomi keluarga aku akan kekal di takuk yang sama…

Punca malas sebenar? Aku tiada kepastian, sebab hidup aku dari dulu sampai sekarang, aku dah biasa hidup susah, takde istilah malas dalam hidup…. Tapi malas kali ni lain macam.. macam aku nak berhenti buat semua benda dah dalam hidup aku.

Cuma aku tak berhenti sebab aku ada isteri sebagai tanggungjawab aku, aku ada anak yang nak dibesarkan, aku ada hutang yang mesti diselesaikan, aku ada keluarga lagi yang masih menunggu kejayaan aku meroket lebih jauh.

Aku harap kalau yang boleh bagi solusi untuk aku push balik diri dari malas kepada rajin, bagi lah solusi.

Level malas aku ni, aku balik jer kerja, makan pun aku rasa malas nak makan… Tapi kalau tak makan, gastrik.

Aku pun masih cuba baiki semula ibadah aku supaya cantik macam dulu, awal waktu, berjemaah, boleh jadi mungkin ini menjadi faktor aku malas jugak. Other than that, aku pun tak tahu.

Confession ini aku tulis setelah lebih setengah tahun aku mengalami masalah ni, samapi memberi kesan kepada prestasi kerja aku…

Hari2 aku baca doa Allahumma inna nauzubika minal hammi wal hazan, wanauzubika minal ajzi wal kasal…. Supaya Allah bantu aku untuk tidak malas macam dulu.

Mungkin dengan menulis dan meluah ini, membantu aku utk aku rajin semula macam dulu?… Entahlaaaa labuuuu…

Aku bersyukur malas aku ni belum sampai tahap aku berputus asa dah tak nak doa pada Allah, alhamdulillah aku belum berputus asa lagi dengan Allah, aku syukur, susah ke, malas ke, aku yakin Allah maha mendengar.

Cuma aku sahaja manusia yang lemah, lemah longlai mengatut langkah.

Akhir kata, aku disini hanya ingin meluahkan sesuatu kekusutan dan kemalasan yang aku pun tak faham dan tak pernah alami sepanjang hidup aku….

Korang doakanlah aku. Mungkin berkat pembaca semua, orang2 baik dan soleh, doa buat orang islam yang lain, mungkin semangat aku kembali semua atas izin Allah …

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *