Hai. Assalamualaikum semua. Nama aku Yaya bukan nama sebenar. Umur aku dua puluh tiga tahun. Aku berasal dari selatan tanah air. Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk ape. Tetapi aku nak cerita jugak. Terima kasih admin sebab sudi menyiarkan cerita aku.
Sebenarnya aku kat kampung baru lepas habis kenduri. Penat bukan kepalang. Sampai segala tulang sakit sebab sibuk cuci pinggan mengemas. Untuk pengetahuan korang,aku ni dah lama habis belajar dan tengah tunggu konvo. Adalah nak masuk dekat enam bulan aku menganggur.
Enam bulan aku menganggur, enam kilo berat aku turun. Semua sedara mara kata. Aku makin kecik. Kene tengok banyak kali nak tau tu aku ke tak. Haha. Kelakar pon ye. Aku rasa badan aku masih berisi lagi.
Malam tadi lepas habis mengemas, kitorang semua berkumpul bersembang. Aku macam biasa tukang dengar. Aku tak ambik port sangat pon pasal ni. Tapi menarik untuk aku ambil iktibar.
Biasalah orang perempuan kalau dah berkumpul lama tak jumpa. Gosip lah kan. Cerita yang aku tertarik sangat. Suaminya seorang tahfiz tapi tak bekerja sampai sekarang. Anaknya nak masuk tujuh orang. Isterinya mengandung lagi. Anaknya setahun rapat.
Fahamlah orang mengandung ni morning sickness macam mana. Tapi suaminya langsung tak nak tolong buat kerja rumah. Semua mengharapkan isteri padahal isteri tengah tak sihat. Sampai keluarga mertua pon masuk campur.
Anak-anak balek dari sekolah, mertua yang jemput. Padahal suaminya tak bekerja. Setiap malam duduk melepak kat warung. Tak tahulah sedar ke tak yang dia ada tanggungjawab yang tak lunas lagi kat rumah.
Isterinya dah tak tahan sangat, sampai pindah rumah keluarga. Paling dah tak tahan, pergi pejabat kadi. Nak cerai. Tapi suami tak bagi, terus keluarkan dalil ayat al quran.
Yelah. Suami tak kerja kan. Tak kerja dah tu tak bertanggungjawab,bila nak cerai tak bagi. Nampak sangat mengharapkan isteri. Semua isteri. Duit pon, duit isteri.
Aku mintak maaf. Tapi bagi aku lah makna title tahfiz tu memang dah tak ada dah. Aku terfikir patutlah orang ramai cakap islam ni fitnah, sebab adanya orang-orang islam yang mendatangkan fitnah inilah yang menyebabkan islam itu fitnah.
Aku mintak sangat tolong betulkan penyataan tu. Jangan salahkan islam, tapi salahkan orangnya yang berperangai sedemikian rupa. Kita tak boleh hukum agama kita hanya disebabkan berjumpa dengan orang yang sedemikian.
Dalam hal ni, aku sangat bersyukur. Sebab aku dapat seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Bukan bertanggungjawab pada agama ,tapi pada keluarga jugak.
Tanggungjawab kat ibu, tanggungjawab kat isteri dan anak tak pernah diambil ringan. Ayah dah pencen. Dia merupakan bekas guru matematik.
Tapi ayah selalu utamakan ibu dia. Hatta sampai sekarang. Aku berdua dengan ibu pulang ke kampung sebab kenduri,ayah tak dapat nak ikut.
Sebab nenek aku dia dah uzur. Dia dah tak ingat. Sekarang ni jarang dah cakap. Kadang kitorang datang, dia sibuk kemas barang. Dia kata tu bukan rumah dia.
Dulu masa kecik,aku selalu tidur dengan nenek. Semua bende aku cerita, tapi sejak aku belajar jauh. Hubungan kitorang renggang. Aku ni kasar. Jenis tak pandai tunjuk yang aku sayang.
Bila nenek sakit, aku jarang melawat dia, ayah aku je yang selalu ada dengan dia. Hari-hari ayah datang. Sebab nenek tak nak ikut pergi rumah anak-anak. Katanya, nanti arwah atok aku panggil suruh balek rumah.
Tapi, dalam pada ayah aku jaga nenek aku. Ayah aku tak pernah halang ibu untuk balek jumpa mak ayah dia.
Perkara paling menyentuh perasaan aku, ayah aku selalu berjemaah kat masjid setiap kali solat lima waktu. Kalau musafir pon, setiap kali nak masuk waktu solat, ayah mesti akan berhenti untuk solat.
Belum pernah sekali aku lihat dia gagal dengan amanah yang allah bagi. Amanah dia pada agama dan juga keluarga. Walaupun kami bukan berasal dari keluarga yang kaya raya, tetapi alhamdulillah semua keperluan kami sekeluarga cukup.
Mungkin sebab keberkatan jaga semua ni. Ibu selalu pesan kat kami adik beradik, jadi seperti ayah nanti. Sabar jaga nenek. Sanggup susah payah. Penat pon tetap jaga.
Oh ye. Ayah anak ketiga dari tujuh adik beradik. Aku teringin nak jadi macam ayah. Jadi anak yang soleh atau solehah walaupun aku tahu agak mustahil untuk aku.
Sedangkan dah dekat enam bulan aku menganggur. Pergi sana sini interview. Aku tak tahu mana silap aku. Dah nak masuk sepuluh interview. Tapi masih tak dapat lagi kerja.
Ya, aku memang memilih keria. Dan aku jugak memilih untuk bekerja yang dekat dengan rumah. Sebab aku nak ada sentiasa dengan ibu dan ayah. Cukuplah lima tahun dah berjauhan, aku tak nak hubungan aku renggang dengan keluarga lagi hanya disebabkan dunia yang aku cari.
Ayah pernah kata, “kakak tak payah sedihlah kalau tak dapat kerja lagi, apa kakak dah tak suka dah duduk dekat rumah? Apa selama ni kakak tak cukup keperluan kat rumah? InsyaAllah ada rezeki kakak, cuma Allah kata belum tiba masanya”
Aku tak kisah ape yang ayah kata. Aku tak pernah rasa tak cukup. Tapi jauh sudut hati, aku cemburu melihat kawan lain yang dah bekerja sedangkan aku tidak.
Aku selalu bangun tahajjud. Aku tak pernah tinggal dhuha kalau tak de sebab. Sebab aku percaya, solat tu kekuatan untuk aku. Walaupun lemah macam mana hati aku.
Aku selalu tanya pada diri aku, salah ke untuk aku memilih kerja? salah ke aku untuk kerja dekat dengan ibu ayah? Salah ke aku untuk bahagiakan mereka, walaupun aku tahu wang bukan segalanya? aku pernah berniat dan sampai sekarang, kalau aku dapat kerja nanti, aku nak kumpul duit aku, nak bawak ibu ayah pergi umrah. Guna hasil titik peluh aku sendiri.
Mereka makin lama makin tua,kalau aku tak dapat kerja lagi, macam mana nak kumpul duit pergi umrah. Nak pergi umrah bukan hanya dengan wang, tapi fizikal dan mental kene jugak sihat.
Ibu pulak selalu kata, “cukuplah kakak jadi anak yang solehah buat ibu dan ayah, dengar cakap kami”
Korang, aku memilih kerja, sebab itu impian aku. Aku nak applikasikan semula sepanjang berapa tahun aku belajar. Dan aku jugak ada impian untuk buka firma sendiri. Dan aku nak mula dari bawah. Aku mohon pembantu akaun, memandangkan aku ada pengalaman lima bulan sahaja praktikal bidang akaun.
Aku tahu perkara tu agak mustahil, sebab latar belakang aku bukan berasal dari pelajar akaun. Aku hanya praktikal dalam bidang akaun sahaja. Tapi, aku nak buktikan pada diri aku yang aku boleh belajar walaupun bukan dari latar belakang akaun.
Aku rasa setiap kali interview, aku boleh je jawab semua. Tak ada masalah, aku selalu praktis bercakap kat rumah, sebelum pergi aku akan selalu buat latihan dalam buku. Aku fahamkan konsep dia macam mana.
Kadang sampai dah tak ade perasaan,bila nak dapat kerja. Bohonglah kalau aku kata, aku tak rasa depression. Rasa macam diri tak berguna, rasa dah penat dah berusaha, tapi masih tak dapat lagi.
Aku penat dah. Sampai aku tak keliru dengan niat aku. Niat aku salah ke. Sampai aku tak sanggup nak berhadapan dengan orang, aku tak tahu nak jawab ape kalau orang tanya pasal kerja. Apatah lagi pasal kahwin.
Kerja tak de lagi. Ibu ayah pon belum lagi cukup bahagia dalam keadaan sekarang yang aku masih tak bekerja lagi. Teringin nak jadi anak yang boleh membahagiakan. Tapi tak tahu bila.
Aku tahu ibu ayah pon sedih jugak. Sebab aku dah banyak kali pergi interview, tapi satu kerja pon tak sangkut. Memang mereka tak cakap ape, tapi sebagai anak, aku faham.
Aku anak sulung. Aku kene banyak main peranan. Adik tengah belajar, ayah dah bersara dan ibu je yang bekerja. Dulu masa praktikal, walaupun kerja teruk. Aku tetap rajin buat kerja. Stress tu memang tapi bukan kerja yang banyak. Sebab aku seronok buat kerja. Bagi lah ape je kerja yang kait dengan bidang yang aku suka, memang aku akan siapkan.
Sampai supervisor kata, dah tak tahu dah nak suruh aku buat ape. Sebab semua dah siap. Tapi aku macam biasa, kalau tak de kerja, rasa tak seronok. Bukan niat aku untuk datang kerja untuk membuang masa.
Kadang sampai satu tahap aku down sangat,sebab tak dapat kerja. Aku selalu baca ayat seribu dinar dan kata kat diri aku. “ya Allah, aku dah usaha sebaik mungkin dan aku dah serah pada kau, aku yakin rezeki aku tetap ada cuma lambat, mungkin sekarang ni kau nak bagi aku masa cukup untuk berbakti pada ibu dan ayah. Dan mungkin jugak kau risau, kalau aku dapat kerja nanti, aku sibuk kerja sampai aku lupe kat ibu dan ayah”.
For those yang baca confession aku ni, aku nak mintak maaf atas semua yang aku cerita kan. Sebab aku tak tahu nak cerita kat siapa, nak minta nasihat dari siapa. Aku malu nak cerita, aku kalau boleh nak cerita, tapi aku tak nak orang tahu, aku lah orangnya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan sudi memberi pandangan dan nasihat. Aku sangat menghargai. Akhir sekali, aku nak minta korang yang baca confession aku ni. Sedekahkan alfatihah buat aku. Saudara seislam korang.
Doakan supaya aku dapat bahagiakan ibu ayah, dan Allah mudahkan segala niat dan usaha aku untuk dapat kerja yang halal dan berkat. Semoga Allah mudahkan urusan kalian juga. Aamiin. InsyaAllah.
– Yaya
Hantar confession anda di sini -> www. Iiumc. Com/submit