Salam Semua… Sedikit perasaan hati dan minda yang suram mahu didengar..
Tadi aku geram dengan diri sendiri.. Aku tidur tengahari dan lewat ambil anak sekolah, lewat hampir sejam.. Waktu pergi aku marah sebut,
“Ya Allah tolong aku, jangan biarkan aku terus ketinggalan macam ni. Aku nak juga rasa berjaya dan bahagiakan anak aku.”
Sebagai ibu tunggal yang menyewa di rumah kecil, aku mudah merasakan hidup ni menyedihkan bila aku melihat hidup orang yang jauh lebih baik.
Aku sedar banyak salah aku yang membawa kepada perceraian dan dibuang kerja. Kini kerja sendiri yang sering membuat aku tidur lewat.
Tahun ni aku tak beli baju raya anak. Dia pakai baju biasa, aku juga baju lama.
Masa pkp tak boleh raya dulu pun begitu. Dalam aku rasa tak mengapalah ada orang yang lagi susah, aku ni tengoklah apa yang orang kongsi di laman sosial..
Ramai saudara dan kawan lama yang bergaya bergambar dengan baju sedondon, bukan sepasang, ada yang dua atau tiga daripada melihat perkongsian itu.. Aku rasa sedih bila fikir kasihan diri tak mampu.
Yang lagi aku macam rasa, kenapa ada yang kaya sangat, hebat sangatkah usahanya sehingga dapat rezeki besar.
Ada golongan kayangan yang baju raya macam anak raja, ada yang melaram baju raya edisi terpaling sampai sebulan. Ada yang sampai belikan kucing banyak baju cantik, sampai rantai emas pun pakai.
Aku ni, tahun lepas dah berangan nak tempah baju raya sama dengan anak sebab mahu rasa nikmat gembira tu, sampai rasa kena ada seutas rantai emas untuk anak, untuk bagi dia rasa lebih yakin.. Rupanya masih azam yang ke laut dalam.
Bila agaknya boleh jadi kaya, aku impikan nak kaya ni dari kecil, aku masih ingat keluarga ku miskin, masa sekolah rendah abah hantar naik moto aku masih ok, bila sekolah menengah aku macam malu abah nak hantar sekolah naik moto buruk.
Aku sanggup naik bas kurangkan belanja rehat sebab malu naik moto. Dikala itu kawan aku ramai yang dihantar dengan kereta.
Jadi aku azam nak kaya agar mampu bawa kereta mahal juga. Ibarat mimpi saja, takdir aku masih miskin. Aku takut sampai masa anak aku remaja dia malu ibunya miskin..
Kerana bila miskin diri dipandang hina, mana ada yang nak kagum. Lihatlah kalau orang kaya, boleh buat majlis harijadi besaran, orang asyik puji dan kagum.. walaupun majlis tu ada acara yang tak Islamik tetap dikagumi terbaik.
Begitu juga jika tuahnya dia lahir sebagai golongan bangsawan, walaupun wajahnya sama seperti anak melayu lain tetaplah dipuji sangat cantik.. Apatah lagi kita maklum kehidupannya mewah dan dihormati.
Melihat harga jam tangan atau beg tangan saja dah tak masuk akal, sebab aku ni taraf beli pasar malam. Harta lain tak tahulah.
Ada je terbaca kisah usahawan berjaya sekarang yang telah kaya dulunya mengaku miskin tegar.
Aku pun fikir, tak mustahil aku ni terpilih untuk kaya juga tapi nampak macam dah lewat usia.. kasihan anak aku tak mampu aku mewahkan seperti beli mainan mahal. Tengok orang jelah.
Jadi aku simpulkan dunia bukan Syurga. Walaupun ada yang kulihat telah mendapat banyak nikmat rezeki dunia yang hebat, hidup di dunia bukan lama sangat.
Yang lama selamanya di akhirat. Jika kaya dan hebat itu ukuran Syurga dunia, belum tentu mereka layak ke Syurga akhirat andai usaha dan rezeki itu tidak diredai Allah SWT. Sebab orang bukan Islam pun lebih ramai yang terkaya dunia.
Cumanya, jika Allah reda bertuah sungguh hidupnya. Kaya di dunia, kaya di akhirat. Yang ditakuti miskin di dunia, miskin di akhirat.
Jadi, begini saja jalan hidupku kini.. jalan terus saja tak nampak lagi punca mana yang boleh buat kami kaya…
Yang aku angankan rumah banglo tiga tingkat ada kolam renang tingkat dua, mampu pergi umrah haji pakej VVIP. Berangan jelah, Allah tahu. Kun fayakun.
Alhamdulillah, aku tetap syukur dengan kehidupan ini cuma risau saja jika jauh kebelakang orang tak sudi nak kawan.
Mereka anggap aku kurang baik, kurang usaha.. adakah yakin segala kebaikan kamu tu usaha sendiri sahaja sedangkan lahirnya sama kosong.
Begitulah sedikit kisah nak diketengahkan. Dalam ramai yang kaya dan hidup selesa, ada juga yang miskin hidup terseksa. Semua ini sementara dan ujian. Dunia bukan Syurga sebenar..
Doalah selalu untuk masuk Syurga Firdausi agar ada lorong rezeki amal ke arah tu…
Seketul aku yang dibawah bulan yang sama.
Sekian, terima kasih.
– Anggerik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
“Kebanyakan yang kaya di dunia menjadi miskin di akhirat kecuali yang banyak bersedekah, dan mereka yang seperti itu sangatlah sedikit.” -hr muslim dr abu dzar
Hi Sis Anggerik,
utk hari raya nk bergaya, maybe sis boleh menyimpan duit dari sekarang and beli la baju raya awal. setiap hujung tahun, selalunya kedai2 baju raya ni akan jual kain pasang/baju melayu yg stok lama murah sikit. saya dan suami tiap tahun begitu. kami beli awal supaya xsemua allocate lagi beberapa hari nak raya. hidup akan lebih mudah jika bijak merancang sis. kalau berangan xjadi. saya doakan sis berjaya satu hari nanti di dunia dan akhirat insyaAllah
aku skip2 baca, tak baca penuh sebab aku dpt agak2 apa intipati karangan sis yg panjang ni.
1, kesimpulan sis ttg dunia ni bukan syurga. betul. tp sis tak payah simpukan, sebab Allah dh bagitau, dunia ni penjara org mukmin.
2. ttg soalan sis berkenaan org yg kaya. “hebat sangatkah usaha mereka?”. soal sis. dari bertanya soalan mcm tu, cuba tanya balik diri sis, “sehebat mana usaha aku?”. org islam mesti faham bila Allah sebut Dia takkan ubah nasib seseorang, melainkan dia berusaha utk berubah? (lebih kurang gitulah bunyinya).
3. sis terlalu menilai kekayaan org lain dari luaran, tanpa menyedari kesusahan dalaman yg diorang kena hadap mcm hutang keliling pinggang dan komitmen yg tinggi tiap2 bulan. kdg2 org boleh kelihatan kaya, tp sebenarnya papa kedana.
4. sebagai ibu, buat lah yg terbaik untuk anak sis. kalau sis tak berjaya untuk keluar dari kemiskinan, keluarkan anak sis dari situ. biar dia yg capai tangan sis dan tarik sis bersama2 mengecap bahagia hasil didikan dan pengorbanan sis. kdg2 anak2 yg baik, taat, bijak pun satu rezeki dan kekayaan untuk seorang ibu. berapa ramai org2 kaya yg anak tak serupa manusia,