Huffaz literally meaning “guardian” or “memorizer” .Its is a term used by muslim for someone who has completely memorized the Qura’n.
Sudah tentunya keinginan menjadi huffaz adalah pilihan orang ramai atas sebab² kelebihan yang tertentu.
Tapi disini, saya ingin kongsikan mengenai bidang kami. Jangan pelik jika ada huffaz yang kurang disiplin dan akhlak. Lari sekolah, merokok, membuli, merempit, bercium dan sebagainya.
Disini saya ingin memetik beberapa faktor yang menjadi kemerosotan akhlak mereka dan faktor permasalahan yang berlaku.
Pertama, pelajar tiada minat. Ianya hanya desakan dari ibubapa dan sekeliling. Yup, minat memang antara perkara penting. Mereka diusia remaja pasti memberontak sekiranya perkara itu tidak sama dengan hati sanubari mereka.
Kedua, tekanan dari ibubapa, guru, kawan² dan sekeliling. Tidak dinafikan, ada segelintir yang ingin anaknya memasuki tahfiz.Nak anak jadi soleh, huffaz dan sebagainya. Tetapi perlu tahu, menghafaz quran bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlu mujahadah. Tidak perlulah ditekan contoh, setiap minggu lawat anak. Setiap minggu tanya anak berapa juzu’. Tak pening anak tu nak menjawab?.
Pihak guru juga kena alert, kita sebagai guru perlu memainkan 1001 watak. Bimbing mereka dengan ikhlas. Mereka ini kadangnya menghafaz quran banyak faktor. Kadang ibubapa suruh. Kadang kerana silibus sekolah. Jadi guru perlu memainkan peranan. Bukan sekadar tasmi’ dan marah. Pelajar² huffaz ini kebanyakannya inginkan bimbingan.
Keadaan masyarakat dan sekeliling. Jangan terlalu memandang tinggi dan juga jangan merendahkan mereka yang ada cuba untuk menghafaz quran.
Tidak dinafikan, mereka akan berlaku salah dan silap. Tetapi masyarakat tidak boleh membuangnya 100%.Masyarakat juga perlu memberikan bimbingan yang sewajarnya.
Akhir sekali, faktor permasalahan pelajar tahfiz adalah kewangan. Kewangan keluarga dan juga sesebuah institusi tersebut.
Rasanya dah panjang lebar. Hehe. Terima kasih pihak IIUM sediakan platform begini. Ada masa di lain hari insyaallah saya akan sambung jika pihak IIUM berminat dengan perkongsian saya ini.
– Saidatul Zakirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit