Perumpamaan bagai melukut di tepi gantang tu sama macam aku yang menagih kasih seorang ibu. Aku nak kasih sayang ibu tapi ibu tak endahkan kewujudan aku. Aku ialah Rashi, p3rempuan dan awal 20-an. Sudah bekerja cukup lepas untuk makan, minum, sewa rumah dan sedikit simpanan.
Ceritanya bukan mengenai kerja aku atau financial aku, tetapi keluarga aku atau lebih tepat ibu aku. Aku ada 8 adik beradik dan lelaki lebih ramai dalam keluarga aku berbanding p3rempuan.
Aku agak kekok nak cerita dekat confession ini sebab pertama kali jadi harapnya tak berterabur lah. Cerita dalam ni aku ada ubah sikit untuk tidak mendedahkan identiti aku dan keluarga aku. Maaf juga kalau cerita ini agak panjang dan meleret.
Ceritanya bermula masa aku kecik lagi, masa aku sekolah rendah memang aku selalu bergaduh dengan adik-beradik. Biasalah kecik-kecik bergaduh dengan adik-beradik. Tapi aku perasan, setiap kali aku gaduh, ibu aku memang takkan backup aku. Walaupun aku di pihak yang benar, aku tetap akan disalahkan.
Ibu akan selalu menangkan abang. Ada satu hari tu, aku dengan abang aku gaduh. Ibu aku tanpa soal banyak terus libas aku dengan batang arial tv. Sakit dia tak payah cakap lah. Kemusykilan aku muncul lagi, kenapa aku kena libas, abang aku tak kena. Selalu yang backup aku atau adik beradik p3rempuan yang lain adalah ayah.
Gaduh pasal gula-gula pun ibu aku menangkan abang aku, padahal aku adik, kalau ibu-ibu lain sudah pasti akan menangkan adik yang lebih kecik.
Okey, sambung. Masa aku sekolah rendah memang aku ni benggap sikit. Belajar 10 kali pun tak masuk juga ilmu tu. Jadi, ibu aku yang ambil alih tugas cikgu masa di rumah. Lepas sekolah memang ibu akan tengok kerja sekolah dan ajar sampai dapat. Jadi, di sini permulaannya aku kena mental abuse oleh ibu aku.
Since aku cakap aku benggap kan masa darjah dua aku kena tunjal dengan ibu aku belajar matematik tak dapat- dapat. Aku siap dapat parut kat muka aku sebab kena cucuk guna kuku ibu asbab tak dapat jawab soalan matematik tu. Oh, lupa nak bagitahu, ibu aku ni dia jenis bela kuku.
Jadi kuku dia panjang lah, sebab tu aku boleh dapat parut tu. Parut tu tak besar mana lah, tapi bagi aku mendalam juga lah kesan pada aku. Sebab ibu kandung bagi parut yang tak boleh hilang seumur hidup aku.
Darjah 2 tu aku masih lagi benggap, masuk darjah 3 aku dah boleh kata pandai sikit lah kot. Hahah. sebab boleh masuk kelas depan. Darjah 6 aku UPSR, cikgu dah target aku dapat 5A, tapi keputusannya aku dapat 4A1B. Ayah sangat bangga dengan aku, tapi ibu langsung tak hargai usaha aku.
Lagi dibandingkan dengan adik-beradik aku. Lagi-lagi abang aku. Abang tu, boleh cerita anak kesayangan ibu. Adik-beradik aku pandai, diorang semua dapat 5A dalam UPSR. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum ambil keputusan peperiksaan tu, aku perang mulut dengan ibu aku.
Aku tak ingat sangat pasal apa aku tapi aku pertahankan diri. Ibu aku cakap aku melawan cakap dia. Siap doakan aku dapat keputusan yang tak bagus. Okey, doa dah dikabulkan. Aku menangis sebab tak dapat 5A, lagi aku sedih ibu aku langsung tak ucap tahniah pada aku. Teruk sangat ke 4A1B.
Calar sangat ke reputasi keluarga dengan 4A aku tu. Yang keluar dari mulut ibu adalah, sebab 4A ni nanti masuk sekolah budak nakal. Nak ke jadi orang tak berguna dan kawan dengan budak jahat.
Malam tu aku nangis gila- gila dan hantuk kepala di dinding. Seolah-olah salahkan takdir, kenapa ibu tak ada pada masa aku perlukan dia. Hantuk kepala seolah-olah jadi lah apa-apa kat aku. Konon nak tarik perhatian ibu, tapi ayah juga yang pujuk aku.
Fast forward cerita, ibu tak pernah nak puji anak p3rempuan dia. Baik aku, ataupun adik-beradik p3rempuan yang lain. Bagi ibu anak p3rempuan ni macam bawa malang dalam keluarga. Anak lelaki yang ibu banggakan. Ibu kata anak lelaki yang akan bawa nama baik keluarga.
Anak lelaki yang akan jadi pembela keluarga. Anak p3rempuan buatlah baik macam mana sekali pun, yang bau busuk tetaplah anak p3rempuan. Kakak aku jadi rajin macam mana pun, tetaplah malas abgi ibu. Aku bagi contoh, kakak aku punya lah rajin memasak, sedap masak, mengemas tetap jugak ada yang disalahkan kakak tu.
Yang dapat pujian pandai masak tu tetaplah abang aku. Pernah ibu aku meludah balik makanan yang dimasak kakak aku sebab tak menepati citarasa dia. Oh, ibu aku ni kalau makanan pelik-pelik dia tak makan. Keju-keju tu tak makan, tekak orang melayu kot. At least kalau tak boleh nak telan pun, amik lah hati anak p3rempuan tu.
Okeh, aku sambung balik. Aku masa nak baligh tu darah muda sangat lah. Yelah, aku pertahankan diri sebab aku nak dapatkan perhatian ibu aku. Sebab aku tahu susah nak dapatkan kasih sayang ibu aku ni. Masa aku tingkatan 3 aku dah mula tak melawan balik. Bila kena marah ke kena palau dengan ibu aku, aku senyap.
Ada juga lah balas balik untuk pertahankan diri, tapi kebanyakkan aku hanya diam. Sebab malas nak ambil hati sangat. Nanti sakit hati. Keputusan PMR aku straight A, SPM pula ada satu subjek B, yang lain A. Itu pun ibu aku masih kata aku tak belajar pandai-pandai. Result teruk.
Memang setiap kali peperiksaan aku takut yang teramat sangat nak tunjuk keputusan peperiksaan aku pada ibu aku. Macam-macam kata-kata yang akan rendahkan semangat aku.
Keyakinan aku masa tu sangat rendah, aku tak banyak bercakap dengan kawan aku, aku pendam semua termasuk dari BFF aku. Aku pun tak ramai kawan sebab diri aku yang sangat pasif. Aku jadi ulat buku, banyak habiskan masa baca buku.
Bila aku meningkat dewasa, aku kena ambil alih tugas di rumah sebab aku p3rempuan. Akak aku semua dah keluar rumah sebab dah besar. Mengemas tu bende wajib bagi aku. Tapi ibu aku tu tetap tak puas hati dengan kata aku pemalas, tak mengemas. Padahal, yang buat sepah adalah anak kesayangannya.
Anak lelaki ibu aku tak pernah nak tolong mengemas rumah ke nak basuh pinggan mangkuk ke. Pokoknya, anak p3rempuan yang buat kerja rumah. Anak lelaki jadi raja di rumah. Pinggan mangkuk lepas makan akan dibasuh oleh anak p3rempuan. Lumrah, anak p3rempuan kan duduk dapur, dan mengemas.
Mentaliti orang dulu-dulu. Bila dari kecik dah biasa, bila dah besar, tak boleh nak ubah dah perangai tu. Bila tak buat, siap lah maki hamun dari mulut tu keluar diajukan kepada anak p3rempuan. Silap besar tu jatuh atas bahu anak p3rempuan.
Dalam family aku, tak pernah duduk semeja makan sekali walaupun ada meja makan yang boleh memuatkan 5-6 orang. Biasanya ibu akan makan dengan anak lelaki dia. Selalunya bulan puasa lah aku sedih. Bulan puasa selalu nampak orang berbuka puasa dengan family masing-masing.
Tapi aku buka puasa seorang depan tv walaupun aku duduk dalam rumah yang ada ibu aku. Ibu lebih memilih untuk makan bersama anak lelaki dia. Aku ada depan ibu aku macam tak wujud.
Kadang-kadang terdetik jugak. Ibu aku tiada perasaan ke layan aku macam ni. Kadang-kadang bila aku duduk di meja terlebih dulu, nampak ibu mesra dengan abang aku, aku angkat pinggan makan depan tv.
Berbuka lah depan tv, kalau ada kakak aku, aku buka depan tv dengan kakak. Sakit perit telan jua ibu tak nampak kewujudan aku. Kakak pon dapat nasib yang sama macam aku. Sebab dilahirkan sebagai anak p3rempuan dalam keluarga ini.
Masuk universiti, ibu aku jarang nak telefon aku. Aku yang kena telefon dulu tanya khabar. Sebulan sekali, itu pun sebab tak nak jadi anak derhaka. Tapi kalau anak lelaki ibuku, setiap kali kalau ibu aku nak telefon, dia akan telefon. Risau anak lelaki duduk jauh dengan ibu. Apa-apa nak bincang dengan abang, ibu akan telefon pada saat itu juga.
Tiada tangguh-tangguh. Seminggu banyak kali pun ada. Aku dah termakan hati sangat dengan ibu. Alhamdulillah masa universiti, aku dicampakkan nun jauh dari rumah aku. Orang kata bila berjauhan ni, bergaduh tu kurang. Betul, nak gaduh macam mana, telefon pon boleh kira guna jari.
Dan, kadang-kadang aku sengaja tak angkat call ibu aku. Tak nak gaduh dan serabutkan kepala. Masa universiti, aku dapat PTPTN jadi aku berharap kat duit tu saja lah. Ibu aku memang tak ada kirim duit. Jadi aku pun cuba berjimat dengan duit yang ada. Buat kerja sambilan apa yang patut.
Sepanjang aku belajar aku hanya dapat duit kocek bila aku balik rumah masa cuti sem sahaja. Pun boleh bilang jari berapa kali aku balik cuti sem. Selain dari itu, aku guna hasil duit aku berjimat-cermat. Lain pula abang aku, duit kocek dia ibu aku tanggung. Samada dapat duit sekelepuk atau dapat duit kocek ibu aku masukkan dalam bank.
Ibu aku kalau aku ke anak p3rempuan lain bagi nasihat dia memang takkan dengar. Satu hari tu aku seorang di rumah, adik beradik lain di negeri masing-masing. Bila aku bagi cadangan langsung tak di endah, bila abang atau anak lelaki lain cakap, terus dengar. Padahal cadangan tu sama saja dengan cadangan aku.
Sanggup telefon orang yang lebih jauh semata nak dengar cadangan anak lelaki kesayangan. Anak p3rempuan yang depan mata ni langsung tak endah. Wujud ke tak anak p3rempuan ni. Aku tak minta banyak, cuma ibu aku perasan lah kewujudan anak-anak p3rempuan dia. Anak p3rempuan dah termakan hati banyak, tapi sebab hormat ibu tu ibu.
Tak mampu nak jadi anak derhaka. Sebut pasal anak derhaka, aku pernah buka mulut dengan ibu aku bila ibu aku tak puas hati dengan aku. Aku dah di cop anak derhaka, anak yang degil. Belajar agama tinggi-tinggi tapi tak guna sebab kurang ajar pada ibu. Semua tu kata-kata ibu.
Aku terfikir, adil ke selama ni aku diam apa yang ibu aku kata pada aku tapi sekali sekala aku buka mulut terus dilabel. Segala tohmahan diberi. Segala doa yang negatif pada anak dia ni.
Aku nak juga kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sama rata antara anak lelaki dan p3rempuan. Paling aku nak adalah masakan ibu aku. Ibu aku kalau aku balik cuti sem, tak ada dia masak masakan kegemaran aku. Tapi bila anak lelaki dia balik, riuh sekampung nak beli itu dan ini untuk buat masakan kegemaran anak kesayangan.
Nampak sangat dah berbeza layanan anak p3rempuan dan anak lelaki. Bila nampak kawan-kawan yang ibunay beri layanan anak dia baik, tahu-tahu menitik air mata. Nasib baik sempat cover dan toleh tempat lain.
Hahaha Banyak lagi cerita aku dan adik beradik p3rempuan makan hati berulam jantung dengan ibu. Ibu pula seolah-olah tiada salah dan tidak bersalah langsung. Okay, salah kami anak p3rempuan ini sebab dilahirkan di dalam keluarga ini.
Masalah belum selesai, kini setelah aku kerja, aku duduk bersama ibu aku. Walaupun telah makan hati berulam jantung, aku tetap dan masih menagih padanya. Aku menagih secebis kasih sayang daripadanya. Aku cuba lupakan segala apa yang ibu buat pada aku, tapi kadang-kadang aku teringat jua dan marah.
Ibu masih kerap memarahi aku atas keputusan yang aku boleh fikir logik akal. Hak aku untuk bersuara, pilihan yang aku buat sering menjadi perbalahan ibu aku. Nampak tidak puas hati pada aku masih menebal di dalam dirinya. Namun, setelah masuk 20-an aku dah start melakukan silent treatment.
Hal ini lagi memberikan kesan negatif pada aku. Ibu membentak aku kerana silent treatment yang aku lakukan. Setiap kali provokasi yang ibu lakukan, aku membuat silent treatment kerana aku tidak mahu terlepas cakap perkara yang tidak elok. Malah, aku pula yang mendapat cacian dan tohmahan.
Aku digelar anak derhaka dan degil. Ibu kandung aku cakap aku anak derhaka bila aku mula bersuara. Natijahnya, sampai hari ini, aku silent treatment. Boleh nampak kesan pada aku yang sekarang, lagi aku kurang bercakap dengan orang luar. Takut untuk suarakan pendapat. Mungkin trauma dengan ibu aku.
Dalam cerita ni aku tak masukkan macam mana ibu aku buat provokasi pada aku. Nanti jadi panjang berjela pula confession aku ni. Jadi, aku tak cerita sangat macam mana ibu selalu memerli anak perempuannya sampai kesemua anak perempuannya makan hati berulam jantung.
Mungkin next time lah cerita. Kalau ada kesempatan lagi. Setiap kali aku dapat cacian daripada ibu aku, setiap kali perbezaan perhatian antara anak lelaki dan p3rempuan, aku selalu tanya adil ke seorang anak untuk dapat cacian hukuman sebegini daripada ibu kandung.
Dunia ni adil ke untuk anak p3rempuan macam kami. Aku tak minta banyak, cuma sayang aku macam mana ibu sayang anak kesayangan ibu. Sayang akak-akak macam ibu sayang abang-abang. Tolong adil pada anak-anak boleh ibu..
– Rashi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit