Assalamualaikum..
Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession saya. Saya anak kedua daripada 7 adik beradik, berusia 30 tahun. Bekerja sebagai pendidik dan belum berkahwin.
Bersesuaian dengan tajuk, saya ingin mengingatkan diri yang lemah ini agar tidak terpedaya dengan helah dunia. Senang atau susah, semua itu adalah ujian. Hanya di syurga tempat beristirahat.
Ujian yang pertama, setelah menamatkan pengajian..saya susah untuk mendapatkan pekerjaan. Selepas bekerja sebagai kerani selama 6 bulan dgn gaji RM1500, saya diberhentikan disebabkan ada pengganti yg lebih sesuai berdasarkan kelulusan. 3 bulan menganggur. Alhamdulillah, dapat bekerja sebagai guru akademik di sebuah sekolah tahfiz walaupun gajinya lebih kecil iaitu RM1300 sebulan. Sekarang sudah hampir setahun berkhidmat. Saya beranggapan bahawa saya dapat rezeki menjaga ibu bapa yang sedang meniti usia tua.
Ujian kedua, saya mempunyai seorang bapa yg berusia 60 tahun berpenyakit 3 serangkai. Beliau juga telah menjalani rawatan dialisis. Mujur ada adik lelaki yang sanggup berkorban masa untuk menghantar bapa ke pusat rawatan dialisis, 3 kali seminggu. Baru-baru ini, beliau pening dan muntah2 kerana tekanan darah tinggi naik. Alhamdulillah, masih dalam kawalan. Jalan menggunakan tongkat, kadang2 kerusi roda. Sekiranya hendak bangkit, perlu dipapah. Pernah sekali terjatuh di hadapan bilik air. Mujur tiada kecederaan yang serius. Ibu pula ada penyakit asma yang kerap menyerang jika overwork.
Ujian ketiga, baru-baru ini adik saya yang kelima mengadu mata kabur. Sebenarnya, mata telah kabur sejak 3-4 bulan tetapi bila diajak buat rawatan, adik cakap tidak perlu. Sekarang, bila dihantar ke hospital doktor mengesahkan dia mungkin akan buta kedua-dua belah mata akibat tekanan darah tinggi. Untuk pengetahuan pembaca, adik saya kena diabetes sejak usia 18 tahun. Kini umur beliau 24 tahun. Semasa dalam rawatan, kami terima berita bahawa adik mungkin ada sakit jantung. Begitu juga dengan masalah buah pinggang, yang mana perlu menjalani rawatan dialisis seperti bapa saya. Hebat sungguh ujian-Mu ya Allah. Semoga adik tabah menghadapi dan berasa manisnya ujian ini apabila di syurga nanti. Aamiin. Dengan gaji yg kecil, bagaimana mungkin dapat menampung kos rawatan dialisis itu nanti. In shaa Allah, rezeki Allah itu luas. Doakan kami sekeluarga berjaya mengharungi ujian ini.
Ujian keempat, saya dilamar orang untuk dijadikan isteri. Dengan keadaan ekonomi dan kesihatan keluarga pada masa kini, rasanya tidak sesuai untuk berumahtangga. Sekiranya lamaran itu diterima, bukankah akan menyusahkan pihak suami yg juga bergaji kecil seperti saya? Masa saya untuk berkhidmat kepada keluarga juga akan terhad. Harap keputusan diambil adalah yang terbaik..in shaa Allah.
Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana izinkan saya berkongsi perjalanan hidup kami sekeluarga. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa gundah di hati. Sesungguhnya hidup ini adalah ujian, dan tempat bersenang-lenang adalah di syurga. Semoga kita semua lulus ujian. Aamiin..
– I am Me
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit