Assalamualaikum semua… Confession aku ni dibuat untuk membalas confession Nurul pasal ‘Aku dan Khayalan’, ( https://iiumc.com/aku-dan-
Don’t worry sis. Kita sama. Bila baca cerita kau, buat aku tersenyum. Entahlah, terasa macam kau cerita pasal aku sebab situasi kita hampir sama. Aku pun suka berkhayal. Dari sebelum tadika lah kot. Aku selalu berlakon sorang-sorang, sampai dah tua ni pun aku still akan berlakon sorang-sorang lagi tau. Hahaha. Kadang-kadang, bila aku tengok satu scene dalam movie ni and aku tertarik, then aku akan cepat-cepat masuk bilik, aku berlakon sorang-sorang. Boleh kata hari-hari lah aku membayangkan diri aku dekat tempat lain and dengan orang lain padahal waktu tu aku sorang.
Satu je benda aku nak cakap. Kau ada mention pasal introvert kan? Yes, itu lah punca dia. Kita sunyi. Kita sunyi sangat dalam hidup ni. Walaupun kita ada family, kita ada kawan, tapi sebenarnya kita rasa kosong sangat dalam hidup ni yang buatkan kita lebih gemar berkhayal dan cari kebahagiaan diri sendiri. Aku dapat rasakan yang kau ada fobia kepada manusia macam aku. Sebab kau ada cerita pasal family kau.
Pasal ayah aku, aku pun tak suka dia. Dia suka buat mak. Bila aku tengok dia aku rasa takut nak kawan dengan mana-mana lelaki. Bila terbayangkan dia, aku jadi takut nak bergaul dan berkomunikasi dengan siapa-siapa pun. Aku tak nak cakap apa dia buat, nanti kalau kakak abang aku baca, kantoi pulak aku confess dekat sini. Huhu.
Bila duduk dengan orang, aku akan perlahan-perlahan jauhkan diri, dan mula create dunia sendiri. Bila dah berkhayal tu wahhh indahnya rasa dia. Rasa macam taknak stop. Sampaikan kalau aku nak bercerita ke apa ke, aku dah jadi keliru mana satu khayalan mana satu realiti. Sebab aku selalu membayangkan yang tak ada tu ada, yang ada tu tak ada. Haha berbelit ayat aku, harap korang faham apa yang aku nak sampaikan ni.
Pernah aku transferkan cerita-cerita yang aku bayangkan ni dalam novel tapi aku stop sebab cerita dia macam dahsyat sangat. Well, aku ni pendiam orangnya, so apa-apa yang aku terasa dengan orang aku akan diamkan je. So benda tu aku pendam tau. Aku selalu bayang macam nak bunuh orang-orang yang sakitkan aku. Aku tulis dalam novel aku. Bila baca balik apa yang aku tulis, aku pulak rasa takut. Takut kalau tiba-tiba aku memang buat benda tu. Takut kalau aku terlalu ikutkan perasaan, benda tak diingini nanti yang jadi.
Tapi Nurul dan semua, benda ni susah nak buang. Kadang-kadang stress juga dengan khayalan ni.. Rasa macam nak ‘buang’ diri sendiri dari dunia ni pun ada. Dia punya stress sampai suka cederakan diri. Menjerit sorang-sorang tanpa bunyi. Dada berdebar sampai terpaksa ditumbuk berkali-kali. Nafas tersekat. Berpeluh. Uh, masa tu Tuhan je tahu macam mana seksa nak hadap sorang-sorang.
Bila dah jadi macamni, satu je aku nak cakap. Tiada orang lain yang dapat bantu kita melainkan diri kita sendiri. Tiada yang lain dapat tolong kita melainkan Allah jua. Tenang, relax, calm down. Tarik nafas, hembus. Istighfar banyak-banyak. Berkhayal tak salah beb, cuma kau jangan stress je dengan benda tu. Kau layankan je sebab benda ni memang tak dapat buang macam mana pun kau try. So lek je weh. Jangan overthinking and try lah untuk tenang semampunya. Lek lah, kau boleh buat punya tu. Jangan stress k?
Korang, dalam dunia ni ada banyak cerita kan? Untuk yang tak melaluinya, mungkin korang pun tak sangka akan ada orang macam kami ni. Dari sini lah kita dapat baca macam-macam cerita. Ada orang sibuk nak mati cepat, ada orang struggle nak mencari ‘nafas’ untuk hidup. Ada orang buang keluarga yang sayangkannya, ada orang sayang keluarga yang membuangnya. Ada orang sakit kerana makan, ada orang tak makan lalu jatuh sakit. Ada orang bising dan memekik bila ditimpa masalah yang kecil, ada orang masih bersyukur dan tersenyum walau masalahnya besar. Kita pun tak tahu sebenarnya apa yang kita nak kan dalam hidup yang penuh kepura-puraan ni. Baca cerita-cerita orang, dapat buat kita lebih mensyukuri hidup kan?
Yang penting, apa pun yang kita lalui, stay calm. Dan ingat Allah. Sorry kalau pening dengan confession aku ni. Aku tulis ni pun dalam keadaan mamai baru lepas bangun tidur. Haha. Lek k. Tu je aku nak tulis, Assalamualaikum.
– Cakpi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit