Hi! Assalamualaikum, saya terpanggil untuk share something dengan pembaca iium confession pasal dunia pekerjaan sekarang. Baca tajuk pun dah tahu (roll eyes) huhu, harap artikel ni akan publish la.. ;)
Ok back to the topic, tapi sebelum tu nak cerita sikit pasal diri saya sebelum kena kecam ke apa.. haha
Saya fresh graduate dari sebuah ipta Malaysia, course? kosmetik hahah dan sekarang bekerja sebagai halal
exec di salah sebuah syarikat swasta di bandar metropolitan (hiperbola sangat).
sekadar perkongsian selama hampir 3 bulan bekerja dibahagian pengurusan syarikat dan saya ditempatkan dibahagian pengurusan halal (of course la dah bagitahu tadi kerja as apa..tak kan duduk bahagian akaun pulak kan). Dibahagian ni saya ditugaskan membantu syarikat menguruskan pensijilan Halal dan dalam masa yang sama membantu pengurusan sumber manusia (HR) untuk perjawatan. Macam mana boleh terlibat dalam urusan perjawatan ni? sebab bos nak bagi pengalaman baru… haih sy pun tak faham tapi arahan dari pihak atasan sy ikutkan sahaja. Ok dah berhenti setakat tu. kang ada yang tanya bila nak cerita..kekekekeke
terlibat dalam pengurusan pengambilan pekerja bukanlah satu proses yang mudah bagi seorang freshie macam saya.. Beberapa perkara yang ingin saya kongsikan melalui pemerhatian saya selama 3 bulan ini:
1. cara memohon kerja yang salah.
kenapa saya kata salah, diorang setiap kali call nak tanya mengenai jawatan kosong kebanyakannya buat macam ni ” hello kak, jawatan kosong?” ayat tergantung..what’s wrong with you dik??? susah sangat ke nak perkenalkan diri.. bukan sorang dua yang buat macam ni.. hampir 90% memang pattern gini (sigh)
2. calon mohon gaji yang tinggi tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon (demand)
Rasanya semua company memang akan minta calon yang nak mohon kerja tu isi form jawatan kosong so, dekat form jawatan kosong company kami ada ruang yang minta tulis expected salary. dekat sini la yang calon tulis expected salary diorg..tapi beragak la, tak kan kerja operator nak minta gaji manager..ramai sangat yang buat macam ni. saya faham keadaan ekonomi Malaysia sekarang memang kita perlukan sangat gaji yang tinggi bagi menampung kehidupan tapi consider la..kalau awal-awal calon dh demand bos pun mmg malas la nak layan.
3. calon sanggup tunggu jawapan iv berbulan-bulan semata-mata untuk dapatkan kerja ni.
ye saya tahu sekarang memang susah nak cari kerja sedangkan jawatan yang company buka hanyalah jawatan yang biasa-biasa tapi ramai juga yang ada diploma holder dan degree holder yang apply..bila ditanya jawapan diorg mesti cakap sekarang ni susah nak dapat kerja kak..kerja je mana yang ada, ksian sebenarnya dengar diorg cakap macam tu,, saya pun kira rezeki bila dapat offer kerja dekat company ni sedangkan masa sy iv ramai sangat orang yang dah ada pengalaman 3-4 tahun dalam bidang pengurusan halal ni datang apply . ok terthrow back plop! TAPI cuma ada satu benda yang kuarng sikit berkenan, ada segelintir calon yang baru 3-4 hari datang iv dah keep calling office tanya bila nak terima dia bekerja.. bila kami cakap kena tunggu pihak pengursan tertinggi punya keputusan, saya balik yang kena marah!!! what the fish~ diorg ingat diorg siapa nak paksa-paksa.. haih
4. cara pemakaian dan ekspresi muka..
ok yang ni masa iv.. first impression je dah buat orang ragu- ragu dengan calon.. dah kalau datang dengan baju yang kotor, berbau dengan muka yang macam baru bangun tidur (sigh)
calon yang datang iv ni please la, tak perlu nak beli baju baru cukup pakai apa yang ada yang penting kemas dan bersederhana barulah majikan tengok pun yakin nak ambil kerja…
memahami setiap situasi yang berlaku membantu saya belajar perkara baru untuk improve diri. saya pun manusia yang tak pernah lari dari kesalahan tapi dari pemerhatian yang saya buat ni salah satu cara untuk kita betulkan mana yang slh.. Dapat majikan yang supportive juga 1 anugerah buat saya.. sebab bos selalu tanya, “ok tak kerja dekat sini?” ” kawan- kawan ok tak?” ” ada apa-apa masalah boleh rujuk saya atau HR”. saya faham zaman sekarang memang sangat sangat susah untuk dapatkan pekerjaan yang tetap lebih lebih lagi untuk fresh graduate macam saya. tapi kerja biasa-biasa tak bermakna kita berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kita mungkin rezeki tu belum ada.. Yakin dengan REZEKI ALLAH. Keep going and don’t giveup gais sebab dunia sekarang memerlukan kita untuk survive :)
XOXO
freshie
– freshie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit