Assalamualaikum semua pembaca…
Di sini aku meluahkan dan aku juga ingin dapatkan nasihat daripada semua supaya dapat memberikan motivasi kepada aku dan pembaca lain. Aku baru bekerja dalam tempoh 4 tahun. Di sebuah syarikat swasta.
Dunia pekerjaan yg aku sangka, sama seperti ketika aku internship. Pergi kerja siapkan kerja balik rumah happy2 hujung bulan dapat gaji. Nope, tidak sama sekali.
Lagi-lagi bila kau dah mula memegang jawatan yang penting. Perspektif kawan2 sepejabat dah tak sama. Semua ada batasnya. Boleh gelak ketawa, boleh pergi lunch break sama2, tp apa2 pun tetap tak sama seperti kawan2 yg rapat sebab borderline. Jadi apa2 masalah yg berkaitan dengan syarikat adalah teramat berat untuk kau share dgn mereka.
Di syarikat aku ada beberapa department yg semuanya ada fungsi masing2 dan ada head department masing2. Boleh katakan ada dua org head department ni memang tak ngam dengan aku drpd dulu aku masuk sini.
Aku pun tak faham kenapa. Since beginning aku masuk, mesti ada je tak kene. Ada je cari salah drpd department aku dan anak2 buah aku. Lagi2 kalau aku ambil cuti panjang, mesti ada perkara yg tak enak berlaku. Dah beberapa kali aku cuba berdepan dgn diorg, tp entahlah macam x membuahkan hasil. Aku dptkan nasihat drpd org2 lama kat sini, katanya kita kena be humble dgn 2 org makhluk ni. Ok aku cuba hadam. Tapi mereka ni reti ke humble dengan org lain?
Aku tengok gasak juga diorg ni kalau maki hamun staff department masing2.. dengan suara lantang bercekak pinggang macam staff tu semua takde maruah. Tapi aku taknak campur, sebab pada aku bukan department aku dan bukan hal aku. Aku ada byk kerja nak kene buat.
Tapi itulah masalah besar yg aku hadapi. Aku kena banyak berurusan dengan 2 makhluk ni. Tak best tau, bila dah la tak ngam, pastu urusan kerja nak kene mengadap diorg ni. Merayu2 tanya bila nak siap itu ini.. dateline dah hampir, tp response yg aku dpt blue tick!!
Senang citer kerjasama yg aku dpt drpd diorg ni failed lah. Sampai aku geram, aku hantar je incomplete document tu dan big boss aku highlight why these two departments tak submit. Aku cuma hehehehehe… boss tanya depa sendiri.
Kadang aku ni pun nakal jugak, diorg kenekan aku, aku pun pi balas balik. Aku geram, sebab aku pun head department, but why susah sangat to show your respect? Aku boleh respect korang, tp korang mcm anggap aku staff je ek.. maki2 hamun semua..
Aku ada luahkan niat aku untuk berpindah ke cawangan lain. Tp project manager aku menghalang atas alasan aku sangat diperlukan di sini. Project Manager aku perempuan, walaubagaimanapun, jiwa seorang perempuan mudah tersentuh dan mudah terpengaruh.
Hinggalah aku dipanggil atas kesalahan yg sangat tak munasabah. Aku akur dikenekan, dan diorang? Tersenyum puas. Tapi aku redha, walaupun aku masih belum dapat mana2 panggilan interview, aku nekad untuk pergi daripada syarikat tu. Pada aku, syarikat mcm ni tak layak untuk terima aku sebab aku bukan jenis membodek boss, dan aku tahu buat kerja2 aku.
Tak sangka sangat politik kerja ni sangat2 tak sihat. Apatah lagi kalau ada yg mengejar harta dan pangkat. Cuma sekarang ni aku betul2 down, dan rasa kecewa sangat. Harap2 pembaca diluar sana dpt share cerita2 motivasi korg kalau korg hadapi situasi macam ni. Macam mana korang bangun balik selepas hadapi situasi mcm ni? Hurmm.. Semoga kita semua dijauhi org2 yg menzalimi.. aamin..
Tq admin kalau sudi post ni..
– Maisarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit