Dunia Pentas Lakonan

Hi, Nama aku Jenny baru 2 abad hidup atas muka bumi ini. Masih setahun jagung gitu.

Pertama sekali aku mengambil keputusan untuk menaip confession ini adalah disebabkan aku tiada tempat untuk bercerita dan meminta pendapat.

Adakah benar dunia ini pentas lakonan? Kerana aku sudah penat dengan drama-drama manusia.

Drama yang paling menyampah aku nak tonton sekarang, para pelakonnya pula makcik-makcik aku. Aku tak tahu lah, sama ada aku ni yang terlalu berfikiran negatif atau mereka yang terlalu toxic.

Ya, aku sedar, aku baru nak hidup, baru setahun jagung orang kata.. Tapi aku rasa, mereka ni terlalu buruk sikapnya.

Depan cakap lain, belakang cakap lain.. senang cerita bermuka-muka ini mungkin memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka agaknya.

Bayangkanlah, pagi.. mengumpat Si Y dengan Si T berbakul-bakul seperti tiada hari esok, petang..

Si T pulak mengumpat berbakul-bakul dengan Si S pasal Si Y.. hah begitulah lebih kurang kitaran hidup mereka.

Kalau bab menjatuhkan orang, serahkan saja pada makcik makcik aku Si Y T & S ni, boleh sampai tegang urat leher tu duk jatuhkan orang. Haih, aku pon penat dan letih dengan diaorang ni.

Aku memang lah tak nak masuk campur hal-hal orang tua ni, aku tak nak la jadi anak daratoxic pulak, seboleh-bolehnya aku cuba, usaha untuk bersabar dengan mereka ni.

Tapi, mak aku seolah-olah mengheret aku juga masuk dalam hal makcik-makcik aku ni. Aku selalu juga pesan pada mak aku,

“Alah mak, biarkan je diaorang tu, biarlah diaorang nak buat apa pada kita, janji kita tak kacau hidup diaorang” selalu juga aku ingatkan mak aku benda yang sama.

Almaklumlah. mak aku lah mangsa keadaan, mangsa umpatan, mangsa suruhan kepada musibat tiga ketul ni ( Y T & S).

Aku pulak diheret untuk menonton lakonan diaorang ni kerana, aku lah teman berbual mak, aku lah tempat luahan mak, aku lah tempat mak berkongsi cerita.

Kau cuba bayangkan, kalau aku tak nak dengar atau malas nak dengar mak aku nak bercerita dengan aku, siapa lagi yang sudi dengar isi hati mak.

Adiknya sendiri pon mengumpat kakaknya.. Nenek pulak, baru sahaja meninggal dunia. Akanlah aku nak biar mak sorang-sorang makan hati..

Kalau salah maksu aku, tetap mak aku juga kena kecam, kena marah dengan adik-beradik mak aku.. padahal mak aku tu kakak diaorang. DASAR BIADAB !

Ni yang buat aku makin lama makin naik berang, naik geram dengan perangai makcik makcik aku ni. Tapi aku buntu, tak tahu macam mana nak bagitahu mereka, supaya hentikan perbuatan mereka.

Bila balik kampung, fuhhhh semua macam bagusss! Kalau pijak semut, dia yang mati, semut hidup.

Fuhhh manis mulut. Hakikatnya, asyik je cerita dan sebarkan buruk orang, macam takde kerja lain. Haihh penatlah aku.

Okey sudahlah, malas cerita banyak. Aku harap semua pembaca boleh kongsikan cara untuk aku pulihkan balik sikap diaorang yang tak patut dicontohi ini.

Kalau aku buang diaorang, diaorang tu family aku, sampai mati aku perlukan diaorang, kalau aku cakap melulu, aku mesti hormat diaorang, diaorang pon banyak tolong aku dulu-dulu.

Kalau aku masam muka dengan diaorang, nanti aku yang kena pandang hina dalam family tu. Tak buat apa-apa pun kena judge, kana kutuk.. lagikan kalau aku nasihat diaorang.. Tolong ye gaisss…

– Jenny (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *