Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kalau tulisan aku ini disiarkan aku amatlah berterima kasih dan bersyukur kerana diberi peluang menulis di sini.
Nama aku Miss Kecewa. Kenapa? Sebab aku kecewa dengan dunia penulisan sekarang. Aku tak tahu nak beritahu kepada siapa pun cerita hina aku ini.
Aku tidak terkenal sebagai seorang penulis. Aku cuba untuk menjadi seorang penulis yang berkualiti dengan cerita-cerita yang bermoral berserta dengan bahasa yang betul.
Kisah aku bermula apabila aku menghantar beberapa manuskrip di syarikat penerbitan. Untuk mendapat kelulusan aku tunggu lebih setahun. Tetapi setahun selepas itu buku aku masih belum di cetak. Aku bertanya kepada syarikat itu katanya buku aku itu yang masih belum keluar. Katanya buku aku ditolak daripada diterima. Tak apalah. Aku reda.
Aku tidak patah semangat. Aku terus menulis lagi manuskrip lain. Pada suatu hari semasa aku membaca mencari bahan penulisan, aku terbaca ‘review’ novel. Ceritanya sama seperti manuskrip novel yang aku hantar dahulu. Aku sangatlah kecewa. Penulis yang mengambil buku aku itu juga orang yang terkenal. Jadi betullah aku pasti buku aku itu berkualiti kerana aku sangkakan novel aku itu tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan.
Beberapa kali juga aku terkena. Sekarang aku ada manuskrip baru dan aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Jika hantar manuskrip kena tunggu kelulusan yang mengambil masa lama. Selepas itu tidak diterbitkan. Tiba-tiba buku isi yang sama diterbitkan atas nama orang lain. Aku jadi serik.
Jika ada cadangan atau pandangan tolonglah bantu aku dan berikan semangat kepada aku supaya dapat menempuh pelbagai dugaan ini.
– Miss Kecewa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit