Dunia Penulisan Seperti Dunia Hiburan

Hello semua, saya ni silent reader saja. Dah lama nak tulis mengenai dunia penulisan tapi belum cukup kekuatan. Kalau korang nak tahu dunia penulisan ni ibarat dunia hiburan.

Boleh saya katakan lebih teruk dari dunia hiburan. Mari saya ungkap satu persatu.

Yang mana buruk kita tinggalkan yang mana elok kita simpan dan perbaiki lagi. Ini adalah penglihatan saya sebagai pembaca. Nak jadi penulis jauh sekali.

Pertama. Kalau korang nak tahu dalam kalang penulis akan ada pengikut setia tapi yang buruk nya pengikut ni suka mengapi-apikan sesama penulis.

Saya banyak masuk group penulis (whatsapp) dan facebook. Boleh saya katakan group whatsapp penulis tidak selamat.

Untuk makluman ada pembaca yang akan screen shoot apa penulis A cakap kemudian sembang-sembang dalam group dan kutuk sesama mereka.

Malah ada juga yang menjadi ‘spy’ tukang cerita. Ini sangat mengecewakan saya sebagai pembaca juga.

Sepatutnya kita sebagai pembaca menyokong semua penulis bukan mengapi-apikan sesama penulis. Kalau kita sayangkan penulis kita boleh saja kita nasihat mereka bukan mengeruhkan lagi keadaan.

Ada jugak pembaca yang jadi seperti batu api. Di group penulis A dia memburuk-burukkan penulis B. Di group penulis B dia memburuk-burukkan penulis A. Ini sangat menyedihkan saya.

Kalau saya tegur kemungkinan saya akan di tendang dari group walhal group itu untuk mendapat info dari penulis bukan untuk kutuk mengutuk.

Kedua, ada juga penulis yang bergaduh sesama sendiri. Bergaduh hingga pembaca seperti saya boleh tahu mereka ada masalah.

Dulu saya memang suka penulisan beliau. Tetapi sejak akhir-akhir ini beliau rajin memburukkan penulis lain walhal penulis lain tidak pernah memburukkan dia.

Saya rasa sedikit kecewa kerana beliau penulis yang bagus tapi apa guna kalau sering memburukkan orang di media sosial dan memberi pengaruh negatif kepada orang lain terutamanya pembaca.

Ada juga penulis yang suka membesarkan hal yang kecil seperti nama watak yang hampir sama atau juga tajuk novel yang seakan-akan serupa.

Kami sebagai pembaca tidak merasa ralat sama sekali kenapa perlu besarkan hal tersebut. Lain lah kalau plagiat itu mungkin boleh menimbulkan rasa marah.

Ketiga, penulis baru yang sangat diva. Tidak boleh menerima teguran. Ini saya perhatikan. Kebanyakkan penulis baru ini berasal dari wattpad.

Kadang-kadang belum ada buku tapi lagaknya seperti mempunyai 1000 buku. Tiada budi bahasa.

Paling teruk tidak dapat menerima teguran bahkan ada jugak spesis yang mahu menang walaupun kenyataan yang ditontonkan salah.

Tolong ubah sikap anda jika mahu berada lama dalam di dalam industri buku. Ada juga kenyataan yang menyakitkan bila penulis sendiri berkata ‘tak nak beli sudah.. kami tak heran’.

Untuk semua penulis novel di Malaysia (saya akan mengakui mereka penulis novel jika buku mereka sudah mencecah 5 buah ke atas)

Jagalah tingkah laku anda selayaknya. Jangan biarkan pengikut anda melebih-lebih dalam segala hal ini boleh merosakkan nama baik anda.

Jangan terlebih meluahkan perasaan marah, benci dan ketidakpuasan hati anda di media sosial.

Simpanlah masalah anda, luahkan pada selayaknya kerana di media sosial kita telah buka ruang untuk orang mengadili diri kita.

Sekian terima kasih. Maaf andai tulisan saya ini menyakitkan hati mana-mana penulis.

Ketahuilah saya pembaca novel tegar dari zaman muda hingga bakal bersara tidak lama lagi bahkan rumah saya ada mini library untuk saya menyimpan kesemua novel saya.

Yang ikhlas,

– Silent reader (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *