Dunia Perkahwinan

Assalammualaikum para pembaca sekalian. Saya ada sedikit coretan mengenai world of married. Ini hanya pendapat saya. Mohon jangan kecam ye. Sesungguhnya, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. Musim2 PKP ni, elok la kita banyak muhasabah dan perbaiki diri kita.

Alam rumahtangga, satu fasa kehidupan yang berlainan selepas zaman bujang. Fasa yang penuh tanggungjawab, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan, sedih, pahit, manis, bahagia. 1001 rasa dan 1001 rencah kehidupan berkeluarga.

Setiap manusia berbeza cara mengenali pasangan, macam drama pun ada, ada yang mungkin menggunakan orang tengah, ada yang kenal dalam masa singkat dan terus ke jinjang pelamin.

Ada jugak putus bercinta selepas bertahun-tahun pertahankan, dan terus patah hati. Ada juga belum sempat bertemu jodoh, sudah dijemput Illahi. Inanillah.

Semua yang berlaku adalah tetapan dari Allah swt untuk menguji hambanya, dalam pentas kehidupan. Ada yang bertahan, ada jugak yang kecundang. Sering kali kita mendengar luahan masalah rumahtangga di media sosial terutamanya, ada jugak kes yang serius yang melibatkan pihak berkuasa.

Pada pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, selidik sehabis boleh mengenai pasangan anda dan keluarganya. Bukan niat nak korek rahsia, tapi jika dia pernah ada sejarah hitam, terutama ada anak tak sah taraf atau rekod jenayah lampau, anda perlu pertimbangkan semula.

Setiap manusia, boleh berubah. Tapi bukan mudah. Tapi jika sudah terlanjur sayang dan bersedia menerima segalanya, semua ditangan anda. Selepas berkahwin, anda adalah orang yang perlu menghadapinya. Sebenarnya setelah anda tidur sebantal, itulah moment anda tahu 100%.

Setiap orang ada cara untuk bahgia yang tersendiri. Jangan samakan kehidupan kita dengan orang lain. Kehidupan rumahtangga tiada yang sempurna, pasti ada cacat cela. Hadapi dengan sabar.

Doa dan rintihan padaNya, supaya pasangan berubah dan diberi hidayah. Doa tanpa jemu bagi apa-apa yang ingin dihajati. Jika tidak tertunai, mungkin ada yang lebih baik sedang menanti.

Sesungguhnya hati manusia berbolak balik. Ingat, Allah beri apa kita perlu, bukan apa kita nak. Mengadu pada manusia kadang hanya membawa lebih derita. Pertimbangkan sebelum ingin meluah. Cari saluran yang betul.

Ujian rumahtangga ada bermacam macam jenis, ada yang diuji seawal sehari selepas nikah, ada yang setelah 5 tahun perkahwinan, ada yang setelah umur meniti tua.

Airmata peneman setia tatkala hati dirobek tanpa dipinta. Emosi mencengkam kadang menjadikan hati buta untuk menilai. Jadikan akal waras untuk berfikir.

Suami selalu dianggap raja dalam rumahtangga. Tapi pemerintahannya kadang kejam, tak ada simpati, dan ditaktor. Hidup lah permaisuri dalam merana, meratap hiba.

Ujian ni datang saat kita alpa, hingga melupakanNya. Mungkin juga mencuci dosa kita yang lalu. Tapi sering kali media mempaparkan isteri yang teraniaya. Malu sekali bila bangsa yang dilahirkan Islam, tapi tidak mengamalkannya. Islam hanya pada nama.

Dugaan yang mematangkan kita. Tidak ada rumahtangga yang tidak dilanda badai, pasti ada. Ada yang suaminya soleh, isteri pula suka menguji kesabaran, ada pula isteri solehah, suami kejam, mendera mental dan fizikal isteri, pengabaian nafkah dan tanggungjawab.

Ada jugak suami yang suka poligami tidak adil. Ada pulak diuji kesempitan duit. Dan ada pula diuji tiada anak. Ada juga diuji dengan keluarga mentua, keluarga sendiri yang porak peranda, menambah lagi minyak dalam api yang membara.

Penceraian adalah jalan terakhir, perlu berfikir sudut 360 darjah sebelum membuat keputusan bercerai. Jangan ikot emosi marah, syaitan memang suka tepuk tangan. Sebaiknya kukuhkan dulu ekonomi sendiri, melainkan keluarga dapat membantu, terutama yang memiliki anak.

Anak perlukan dana untuk dibesarkan, diberi pendidikan dan melengkapi keperluannya. Prosedur mahkamah sangat memenatkan dan mengambil masa yang panjang hingga bertahun. Kos penceraian lebih tinggi jika menggunakan khidmat peguam.

Kini ada cerai secara Hakam, yang lebih mudah dan berpihak pada wanita. Kumpulkan bukti, seperti rakaman suara, video, whatapps dan sebagainya. Sediakan juga mental dan emosi.

Fikir dan nilai sehabis mungkin sebelum berpisah. Selagi boleh selamat kan rumahtangga, pertahankan. Bila marah, cuba ingat kebaikan dia pada kita. Takkan tak ada sekelumit pun.

Ekonomi keluarga punca utama penceraian tertinggi di Malaysia amnya. Ramai pasangan yang miskin bandar dan tertekan dengan kos hidup. Tidak kurang juga yang hidup di kampung. Suami sinonim sebagai backbone keluarga. Tapi kini golongan isteri turut membantu dengan bekerja.

Suami yang kehilangan kerja, menambah lagi kekusutan. Bertambah kusut bila rezeki kerja tidak kunjung jua, memakan masa hingga bertahun. Suami isteri kena berbincang dan main peranan untuk menambah pendapatan asalkan halal, kurangkan komitment.

Zaman sekarang segalanya memerlukan duit. Jadi lah pasangan yang bertolak ansur. Ramai graduan yang berpendidikan tinggi, tapi khidmatnya tidak / belum diperlukan.

Isu pengangguran bukan lagi benda biasa kita dengar. Belajar menabung walaupn seposen sehari. Sebab kita tidak tahu apa yang berlaku esok hari. Hari ini kita ketawa, esok kita mungkin menangis.

Solution antara sikap suami dan isteri yang dicuba adalah. Apa-apa permasalahan, pertama sekali perlu communicate. Kalau suami or isteri jenis panas baran, mungkin boleh guna whatapps atau menggunakan orang yang beliau respect.

Nasihat pasangan anda, nasihat dengan nada yang lembut, tapi penuh dengan informasi. Melenting, marah, dan terjerit jerit takkan mengubah apa-apa. Jika pasangan sedang marah, salah seorang kena diam.

Tak ada orang dalam dunia tiba-tiba nak pukul, melainkan dia gila, sawan atau tengah high. Usaha dan bantu selesaikan masalah pasangan slagi boleh. Motivate beliau. Kadang ujian terlalu berat, membuat pasangan berubah drastik. Kaji puncanya kenapa.

Bagi menghadapi masalah suami atau isteri curang, atau berubah hati. Google cara pikat kembali pasangan anda. Jangan mudah menyerah. Manusia memang suka pujian, wangian dan kecantikan. Ambil tahu, kehidupannya diluar. Pillow talk tu penting okay.

Jangan expect pasangan faham anda 24 jam. Manusia ni kita kena cakap, beritahu, guide dia. Sesiapa diuji dengan keluarga mentua, cari jalan untuk pindah keluar. Biar berjauhan, asal wangi. Berusaha lah mengambil hati mereka. Boleh juga tukar nombor, jika tidak mahu diganggu.

Suami sejenis biawak hidup. Kenapa jadi begitu. Adakah suaminya hopeless dan demotivated. Mungkin anda selalu perkecilkan kemampuannya, mengungkit pemberiannya. Bantu dia cari kerja. Asyik menyalahkan takkan selesai masalah. Nak cari kerja, kadang take time. Bersabar dan doa.

Jika semua usaha anda sudah lakukan tidak berjaya, pilihan terpulang di tangan anda. Stay or leave. Tapi jika anda isteri redha untuk menjadi backbone dan suami jadi Mr Mama, itu adalah definisi kebahgiaan anda. Asalkan anda wanita terbahgia.

Sesiapa alami pasangan pengotor, anda patut cuba buat timetable dan pembahagian tugas, tunjuk contoh yang baik.

Tabiat lain pasangan yang serious seperti penagihan dadah, anda perlu minta bantuan dari AADK. Bantu pasangan, bagi sokongan, jangan malu. Demi rumahtangga anda juga. Tiada manusia yang tiada masa depan. Ambil tahu dadah jenis apa, jika ganja masih pada peringkat biasa.

Ketagihan lain seperti video lucah dan sebagainya, rajin-rajin tunjuk video ceramah agama dan juga padam link atau videonya. Rajin-rajin sergah dan perli dalam keadaan senyum, seperti “Amboi, tengok apa tu”. Lama-lama pasangan akan rasa malu sendiri.

Pengurusan kewangan penting, jangan hidup melebihi kemampuan. Jika anda terjebak dengan Ah Long, cepat-cepat berurusan dengan AKPK dan PPIM. Jangan sampai nyawa melayang.

Isu tiada anak, bukan penyebab untuk curang. Buat lah permohonan atau bantuan IVF, anak angkat jika sudah menunggu terlalu lama.

Bersabar dulu, mungkin anda dalam keadaan tidak bersedia, sebab tu ditangguhkan dulu, ikthiar jangan lupa. Boleh cuba beli pil kesuburan di farmasi. Allah Maha Tahu. Setiap yang berlaku itu bersebab.

Sekian coretan saya. Tiada manusia yang sempurna. Saya juga manusia yang tidak terlepas dari ujianNya. Moga kita dikurniakan keluarga yang sakinah dan mawaddah. Hidup ni adalah pilihan. Pilihan ditangan anda. Tentukan sendiri definisi kebahgiaan anda.

Bertolak ansur dalam rumahtangga adalah kunci kebahgiaan. Jangan dengar kata orang sebab tak semua orang suka lihat kita bahgia.

Semoga semua urusan dipermudahkan, dan mendapat rahmat dari Nya.

Biar miskin didunia, tapi jangan miskin di akhirat.

– Aku Insan Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *