Dunia Sebuah Perkahwinan

Memandangkan aku ada agak banyak ruang waktu yang terhidang, ingin ku coretkan sebuah penulisan yang pada aku mampu memberi pengajaran yang positif sekiranya diambil positif, berdasarkan sebuah filem sebuah perkahwinan yang penuh dengan Drama perasaan.

Kita sering terdengar kisah perkahwinan yang membawa kepada kebahagian, keseronokan tetapi adakalanya membawa kepada kehancuran. Semuanya terletak kepada keluarga tersebut bagaimana dia menguruskan keluarganya menjadi sebuah keluarga bahagia.

Sebenarnya aku tak berapa minat menonton cerita korea, tetapi cerita sebuah perkahwinan ini membawa pelbagai reaksi kepada aku sebagai seorang lelaki yang normal untuk membuat penilaian.

Dan sebagai tauladan yang mampu diambil oleh cerita yang pada aku agak gila, marah, kecewa, pengkhianatan, keangkuhan, keegoan, kejujuran, kesetian serta kebodohan.

Aku merupakan seorang lelaki yang seumur hidup baru pertama kali terjebak dengan drama lakonan korea ini, merasakan cerita ini sangat menakjubkan dan mempunyai banyak nasihat yang boleh diambil daripada kedua-dua jantina baik lelaki mahupun perempuan.

Ambil yang positif ya, jangan ambil yang negatif.

Ingin aku selitkan serba sedikit watak-watak yang pada aku membuatkan cerita ini menjadi satu kegilaan manusia, bukan sekadar di korea, malahan seluruh Dunia sedang menanti setiap episod yang baru, termasuk aku.

Bagaikan kecanduan dadah yang penuh ketagihan perasaaan ingin tahu dan menjadi fenomena perasaan yang meruntunkan jiwa sesiapa yang meletakkan watak lakonan dalam diri sendiri..

Ji Sun-woo

Seorang wanita, Doktor perubatan bernikah dengan Lee Tae-oh iaitu lelaki yang pada aku paling tak guna daripada episod 1 sampai 7.

Seorang yang optimis dengan kerja, sangat menyayangi keluarga, tapi sebenarnya dia sudah dipermainkan oleh suaminya yang curang dengan seorang perempuan cantik iaitu pada aku sebagai seorang lelaki, tapi sangat jijik bagi pandangan wanita di dunia sekarang nie.. haha.

Doktor nie sanggup buat apa saja untuk menjaga keluarganya, tapi tindakan yang paling bodoh dia buat untuk dapatkan bukti, sanggup dia tidur sekatil dan curang dengan lelaki jirannya Son Je-hyuk yang pada aku memang lelaki tak guna nie dah lama cucuk jarum nak dekat Dokter nie, tunggu peluang saja..

Tapi sebenarnya Dokter nie ada rancangan untuk balas dendam dan nak ambil bukti dekat lelaki tak guna nie.. tapi tu la akal pendek perempuan.. sanggup serahkan tubuh semata mata untuk bukti.. ahhhhhh B0doh taw tak..

Lee Tae-oh – Suami Dokter

Nie waktak yang paling dibenci ramai seluruh dunia sedang memaki dia nie. Lelaki tak guna, ambil kesempatan, tipu isterinya sendiri, ambil duit sanggup curang.

Permainan hang memang power, tapi sebenarnya hang bodohkan diri sendiri, isteri punya baguih, cantik baik, kerja tetap, macam2 lagi la pada aku dia sempurna untuk dijadikan isteri, tapi hang lelaki yang paling tak ada harga dan maruah diri.

Sanggup curang sehingga hamil perempuan jalang tu, hang tunggu pembalasan nanti. Saja bagi sakit hati bekas bini hang, dah hang bercerai, hang mai balik kg halaman lepas 2 tahun hang tinggalkan.. hang nak buat rancangan jahat pulak.. b0doh punya lelaki.

Dia nie watak jahat yang paling penting. Lelaki curang yang bodoh, menggunakan isterinya. Kes macam nie banyak juga berlaku di Malaysia dan luar Negara.

Yeo Da-kyung- wanita Jalang tapi cantik

Nie wanita perampas, jalang, ada skandal dengan suami iaitu suami doktor tu sehingga hamil, sanggup merosakkan rumah tangga orang.

Sekarang hang dah dapat apa yang hang nak. Satu hari nanti hang akan dapat pembalasannya. Episode 7 nie hang seronok dulu, nanti hang akan rasa apa yang hang buat dekat Dr. tu..

Nie perempuan seluruh dunia sedang memaki dia nie, anak orang berada, ego, kadang-kadang sejuk mata memandang, tapi sekali dia jalankan watak dia, habis semua perkataan memaki keluar.. harap mak aku tak tengok la cerita macam nie.. bahaya.. fuhhh.

Go Ye-rim- Jiran Dokter

Perempuan nie isteri kepada Son Je-hyuk pada aku dia slow sangat, dia nie jiran Dokter, agak kawan baik jugak la.. dia inginkan keluarga bahagia, ada anak dan perlukan suami yang memahami.

Tapi suami dia nie tak guna, nak curang, jadi perempuan nie agak curiga dan sanggup letak GPS dekat kereta suami dia nie untuk kesan kemana lelaki dia pergi.

Sampai la 1 tempat dekat hotel, perempuan nie dapat kesan kereta suami dia ada di hotel tu tempat untuk curang dengan Dr tu.

Dr tu serah tubuh sebab nak ugut dapatkan bukti, akhirnya kantoi jugak lelaki dia, sepatutnya tak berlaku watak nie, sakit jiwa.. kalau ada masalah jangan buat perkara yang menjatuhkan maruah awak sebagai seorang wanita dan Dokter.

Son Je-hyuk – Suami Go Ye-rim

Suami kepada Go Ye-rim, dia nie lelaki agak durjana juga la, sudah ada isteri, cantik jugak la, tapi tetap nak Try Dokter tu. Dia tidak rasa bahagia dengan isterinya pada mulanya. Isteri dia nak anak, tapi lelaki nie, dia rancang kehamilan.

Lelaki nie rasanya dia kerja bahagian akaun, jadi urusan akaun Suami Dokter tu dia taw la.. jadi sebab tu Dokter tu nak gunakan Son Je-hyuk nie untuk ambil bukti dengan cara mengugut.

Lelaki nie pon tak guna jugak, suka ambil kesempatan diatas kesempitan orang lain. Dr tu dah merana, dia nak ambil kesempatan lagi. Musibat punya lelaki, buat memalukan kaum lelaki saja.. puihhhh.

Seol Myung-sook – kawan Dokter talam dua muka

Watak Dr. perempuan yang bodoh, bebal suka jaga tepi kain orang, khianat kepada kawan. Dia nie kawan Dr. tapi perangai dia sangat tak boleh buat kawan, pengkhianat, talam dua muka, spy kepada suami Dr. tapi kadang2 dia membantu juga dr.

Perempuan nie pada aku dia iri hati jugak dekat dr, sebab ada suami kacak, kalau tengok perempuan nie mainkan watak dia, memang sakit hati.. semoga kena langgar dengan lori.

Yeo Byung-gyu – Ayah Wanita Jalang

Ayah kepada Yeo Da-kyung, iaitu perempuan perampas tu, ayah dia orang kenamaan di Gosan Korea, ayah dia nie bagus sebenarnya, dia tak taw pada awalnya, anak dia selingkuh dengan suami Dr. tu.

Walaupon dia orang kenamaan, tapi dia merendah diri dan hormat dekat Dr. last sekali Ayah perempuan jalang nie tahu jugak bahawa anak dia selingkuh dan hamil anak daripada lelaki Dr nie.

Watak dia nie agak baik jugak la setakat sekarang nie, harap-harap jangan dia gunakan nama dan pangkat dia untuk jatuhkan dr tu. Sakit hati disebabkan anak hang tak habis lagi nie.. nie isteri hang pulak nak buat perangai masuk episode 7 nie..

Kim Sun-kyung as Eom Hyo-jung – ibu wanita jalang

Seorang perempuan pada mulanya watak dia lemah lembut dan agak belagak jugak, biasa la isteri orang-orang kenamaan, Isteri kepada Yeo Byung-gyu, ibu kepada perempuan jalang tu.

Perempuan nie agak baik jugak dengan Dr pada awalnya, tapi apabila anak dia kantoi, dan seluruh wilayah Gosan taw, anak dia nie perampas, maka dia nie malu la dan menyalahkan dr nie.

Dia nie kira ada dendam jugak la dengan dr sebab memalukan dia sekeluarga, sanggup nak jatuhkan repotasi dr tu, dengan berita2 palsu. Nampak macam makin jahat mak perempuan jalang nie nanti, kita tengok sejauh mana jahat dia boleh pergi.. semoga kena langgar dengan lori jugak..

Lee Joon-Yeong – Anak Dokter

Sebenarnya aku sebagai lelaki, dan sebagai seorang anak kesian dekat watak nie, anak kepada Dr dan suami dia yang curang tu.

Pada awalnya mereka hidup bahagia sebagai sebuah keluarga, tetapi kebahagian itu ditarik sedikit demi sedikit sehingga budak nie dalam dilema sebuah keluarga yang bercerai berai hancur berkecai.

Dia sebenarnya tak mahu hidup sebegini, tetapi keadaan yang membuatkan dia terpaksa berada dalam sebuah keluarga yang musnah. Sapa nak lihat mak ayah bercerai kan.. sebab tu ku cakap anak- anak cukup terkesan sekiranya sebuah keluarga itu bercerai hancur musnah.

Sebenarnya apa yang aku faham dalam sebuah perkahwinan ini adalah satu perjuangan bagaimana nak pertahankan dan menjaga kehidupan keluarga menjadi sebuah keluarga bahagia.

Tetapi setiap perkahwinan mempunyai liku-liku cabaran dan masalah yang perlu dihadapi dengan tenang menggunakan pemikiran yang waras.

Sebuah perkahwinan perlukan kejujuran, kesetiaan, pengorbanan bersama, masing-masing faham tanggungjawab dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Setakat sini dulu penulisan aku berdasarkan berdasarkan penilaian aku kepada Drama Korea tentang Dunia Sebuah Perkahwinan.. Kita tengok episod yang seterusnya adakah perkahwinan ini berliku-liku dengan kecurangan, pembohongan, dendam, penghinaan, kesetiaan yang meragukan..

Sama-sama kita hayati dan selami watak-watak nie.. hahaha ambil yang positif ya, yang negatif buang jauh-jauh. Ada masa dan semangat saya tulis lagi.. Assalammualaikum jumpa lagi episod seterusnya.

– Penulis Covid_19 Abdullah Mustaqim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *