Dunia Selain Diploma & Degree

Assalamualaikum

Terima kasih kepada pihak IIUMC kerana menyiarkan penulisan ni.

Saya terpanggil untuk menceritakan tentang pengalaman saya terlibat dalam kursus selain diploma & degree.

Hal ini kerana ramai adik2 yang berniat murni ingin melanjutkan pelajaran tetapi dihalangi oleh keluarga, kekangan kewangan & kurang didedahkan dengan pelbagai program yang mempunyai nilai besar di dalam dunia komersial.

Malah program yang diterangkan selepas ni dilihat bernilai melebihi pemegang Diploma, Degree, Master atau Phd. Mengapa demikian?

Bukanlah kelulusan diatas tiada nilai, tetapi ia bersifat condong ke arah akademik ( ada juga nilai komersil ya). Buat tesis, buat asignment etc. Khas untuk jadi pendidik, pensyarah, penyelidik dan seumpamanya.

Manakala kursus yang saya akan terangkan lebih fokus kepada keperluan industri. Insha Allah sapa ambil kursus saya terangkan dibawah, tiada masalah cari kerja kecuali faktor luar biasa.

Selain itu saya tidak akan bercerita tentang pekerjaan sekadar lulusan SPM tetapi gaji lumayan seperti jadi ahli politik, atlit sukan, agen insurans, broker tanah etc.

Skop adalah berkenaan melanjutkan pengajian setelah SPM tetapi bukan dalam diploma atau degree dengan upaya kewangan minimum.

Alhamdulillah, setelah saya mendapatkan tawaran biasiswa dari badan biaya bumiputera saya ditempatkan di sebuah kolej swasta. Kursus tersebut merupakan kursus perakaunan professional.

Kursus ini amatlah popular di kalangan bukan bumiputera. Bumiputera pula jarang terdedah dengan sijil profesional ni.

Semasa saya ambil sijil ini saya dapat tahu

– Budak tingkatan 4 xpernah ambil SPM, dah boleh ambil sijil ni
– Anak ekspatriat lulusan O-Level ambil juga
(O-Level ni SPM versi antarabangsa..setakat 5 subjek yg senang shj)
– Medic dropout ambil kursus ni
– Budak xder A langsung dlm SPM boleh ambil juga.
– Anak kepada ahli perniagaan Tan Sri atau Datuk biasanya ambil kursus ni
– Yang menghadapi kekangan kewangan boleh dapat pinjaman secara mudah dari badan biasiswa bila ambil kursus ni.

Yang bagus pula tentang sijil ni tiada assignment, xder tesis, cukup sekadar ujian gagal/lulus. Tiada Cgpa, xder dah A, B+ etc. Hanya lulus/gagal..Fullstop.

Bahkan persediaan/foundation sijil ni yang dipanggil Certified Accounting Technician (CAT) dah sama level dengan Diploma perakaunan. Tu pun ambil masa belajar setahun sahaja. Kursus ini ditawarkan dengan biayaan penuh di Institusi Baitulmal ya.

Kalau sibuk dengan kerja, boleh ambil kertas peperiksaan sesuka hati..1, 2 , atau 3 paper setiap sem, tak kisah… asalkan anda rasa mudah.

Tapi…
(biasanya lepas ‘tapi’ yang buat orang tak jadi berminat ni..hurmmm)

– Setiap paper perlu dibayar dlm pound sterling
– Setiap tahun ada ‘annual subscription’, bayar dalam pound sterling jugak. Kalau ringgit jatuh..air mata berhuhuhu jugak ler.
– Kertas peperiksaan ni ‘passing rate’ rendah..maknanya siapa ambil akan sinonim dengan kegagalan. saya dah biasa dah fail.
– Kalau jiwa tak kuat…ramai putus asa tengah jalan.
– Tidak akan konvo dengan batch yang sama dengan anda masuk dahulu.
– Bersedialah koyak mental bila menjawab soalan peperiksaan selama 3 jam. Pure mental drain.

Disebabkan badan biasiswa hanya membiaya kertas peperiksaan dalam 2 percubaan sahaja, setiap paper saya tidak boleh gagal melebihi sekali.

Alhamdulillah hanya 1 kertas sahaja saya gagal lebih sekali..Subjek Audit..bagi saya susah hoiii! Tapi Ahamdulillah tidak mustahil untuk lulus ya.

Yang lain petik jari sahaja. Okok itu gurauan semata2. Tu yang terpaksa kerja sambilan nak tampung sedikit bayaran paper exam tu..alahai.

Akibat tekanan ambil peperiksaan ni, saya pernah menendang dan menumbuk sahabat saya dengan gaya tomoi kerana kacau waktu ulangkaji..tapi as tough boys kami berbaik semula menyambung silaturahim. Mungkin darah muda semasa saya kerja jadi budak kelindan masih berbekas dalam diri…waktu tu keputusan peperiksaan amat kritikal bagi saya.

Selain itu kenakalan kami adalah ponteng kelas setahun belajar sendiri sambil kerja…lulus exam pulak masa tu*. Memandangkan kursus ini ‘external based’, kertas peperiksaan ditanda oleh pemeriksa di london, yang penting adalah lulus peperiksaan akhir… bukan kehadiran, tesis atau assignment.

*hahhahahahah…gaya gelak jahat kapitalis.

Selepas itu saya tak buat dah ya. Bertaubat dah ni..istighfar banyak2. Tengah kerja kuat bantu mak ayah dan sedara skg.

Bila saya lulus kesemua peperiksaan…seperti bebanan atas bahu ditanggung selama 3 tahun hilang begitu sahaja…lega. Tengok senarai “Passed Finalist”, dari 500 pelajar, hanya 50 sahaja bumiputera. Tu pun yang sebaya umur saya tak sampai 20 orang nampak gayanya.

Terpaksalah saya menulis surat rasmi kepada badan biasiswa agar lebih ramai bumiputera berpeluang mengambil dan habiskan kursus ni.

Walhamdulillah, tamat sahaja pengajian saya ditawarkan ke firma audit dan ke firma Big4 setelah setahun kerja.

Setelah 3 tahun kerja, rezeki Allah dengan izinNya gaji dah naik 2 kali ganda dan headhunter (orang yg tolong carikan kerja untuk kita) berpusu2 mencari saya dan sahabat2 sama kursus, menawarkan kerja korporat lumayan. Alhamdulillah.

Oh..lupa nak bagitau nama penuh kursus kami. People called it as

Association of Chartered Certified Accountants. (ACCA)

Bunyi poyo kan…

Ada banyak lagi kursus seumpamanya ie ICAEW, MICPA, CPA, CIA, CFA etc..cuma terletak pada keyakinan diri serta kemahuan sahaja ya untuk ambilnya.

Ok, selain dari perakaunan dan kewangan ada juga kursus seperti dibawah

a) Kursus Safety & Health Officer (SHO)
Perlu lulus 4 paper ujian selepas kursus SHO.

b) Welding & QC Inspector

Ni bab kimpalan dan pemeriksaan. Ada lesen tertentu dari API serta lain2 sijil antarabangsa. Setiap sijil ada kos, peringkat dan kursus tertentu serta masa yang cukup singkat diambil untuk menghabiskannya.

Ramai lepasan vokasional memilih jurusan2 diatas. Insentif untuk 2 jenis kerja diatas lumayan apabila berkaitan dengan industri oil & gas.

Walau bagaimanapun terdapat faktor luar biasa mempengaruhi 2 kerja diatas

– Harga minyak antarabangsa amat rendah –

Ada ramai kenalan oil & gas yang kerja lumyan ($150 -$300 per day) sekarang ni masih menganggur. Satu persatu rumah, kereta mewah dan motor import Harley Davidson dijual.

Jikalau yang bijak berpada2, sudah ada pasif income disediakan ie sewa rumah, sewa kereta etc. Itupun masih sukar akibat gaya hidup dan komitmen hutang terdahulu masih dibayar.

Oleh demikian bila senang, rezeki lebih nanti, kena ingat buat persediaan, bukan rambang mata tengok duit berkepuk2 ya. hidup bagaikan roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah.

Bagaimana nak dapatkan biaya?

1) Untuk kursus akaun professional daftarkan diri di Institusi Baitulmal atau Kolej Universiti Politek MARA KL. Setelah itu mohon pinjaman boleh ubah MARA ya.

Selain itu di INTEC UITM ada kursus CAT-ACCA pihak Peneraju akan biaya. Minimum requirement 5A SPM.

2) Untuk kursus vokasional pula ada IKM (Institut Kemahiran MARA) dan KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA) siap ada elaun, asrama dan macam2 lagi.

Perlahan2 kerja kumpul duit dan ambil lesen NDT (non destructive testing) atau diving licence jadi jurukimpal dasar laut di INSTEP (Institut Teknologi Petronas) Batu Rakit Terengganu.

Kepada adik2 yang ingin lanjutkan pelajaran, elak jadikan kekangan kewangan atau halangan keluarga & lain2 sebagai noktah kehidupan yang malang.

Dengan peluang yang ada, kita ikhtiar sehabis upaya ya.

Nak seribu daya tak hendak seribu dalih ya.

Saya masih berpegang dengan kata2 semangat arwah pensyarah saya “I believe you’ll become a CEO”.

Oleh itu ini persoalan khas untuk adik2 diluar sana

If gauntlet of challenge is thrown, are you really willing to take it.

Jika cabaran datang, boleh kah kita hadapinya dengan jiwa kental.

Salam a’laik

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit