Assalamualaikum..terima kasih admin jika sudi menyiarkan confession saya ni..saya tak tau macam mana nak mula cerita, moga2 dengan luahan ni korang dekat sini dapat bagi sokongan pada saya ya. 1st thing saya nak tau, normal ke manusia berangan2 menjadi orang lain dan bercakap seorang diri? Itu benda yang terjadi pada saya. Dari kecil sebenarnya saya rasa diri saya tak diperlukan, selalu dipandang rendah, kurang keyakinan diri dan selalu berpura2 gembira di depan org. Apa yang saya buat mesti ada silap dimata orang, keluarga so benda tu jadikan saya takut dengan diri sendiri, rasa diri tak berguna dan banyak lagi benda2 yang negative dalam kepala saya.
Masa di sekolah menengah saya ni boleh dikatakan nakal, banyak buat hal yang memalukan keluarga tapi tu semua bukan niat saya. Biasa la umur2 macam tu banyak nak mencuba tanpa pikir panjang kan tapi sebenarnye orang tak tau yang saya sunyi. saya buat perkara yang saya rasa boleh menggembirakan saya. Saya tak ada kawan yang betul2 rapat untuk kongsi semua cerita termasuk dekat family dan suami sendiri. Saya bukan jenis suka bercerita pasal masalah dan memang tak pandai nak luahkan perasaan. Semua saya simpan dan pendam sendri.
Saya tak sedar bila saya start bercakap sorang2, membayangkan diri saya sebagai orang lain. Dalam cerita yang saya bayangkan tu macam betul2 wujud di sekeliling saya tapi saya sedar sebenarnya. Boleh bayangkan tak? sekarang ni saya selalu terbayangkn saya seorg pelajar engineering yang tomboy,ada seorang boyfriend yang bisu,saya tak suke ayah saya sebab die pukul mak saya sampai mati, saya benci lelaki kecuali boyfriend saya yang bisu ni..kami berasal dari pulau dan dari kecil saya duduk bersama family boyfriend saya yang bisu ni..kire keluarga angkat la…tapi sebenarnye dalam reality hidup saya, family saya sangat bahagia dan ayah tak pernah pukul atau marah dekat mak saya.
Masalahnye watak saya sebagai student engineering tu selalu bermain2 dalam fikiran saya, kadang2 tanpa sedar saya buat gaya tangan bercakap dengan orang bisu, kadang sampai menangis betul2 sebab kononnye ayah saya yang jahat tu datang cari dan nak mohon maaf dari saya. Saya sedar semua tu tak wujud tapi macam dah sebati dalam diri saya. Tolong la sampai sakit kepala saya pikirkan pasal diri saya ni kenapa sebenarnye….normal ke..saya cuba tak layankan sangat perasaan ni tapi tak lama lepas tu saya kembali berangan jadi watak tu. saya akan bercakap seolah2 mereka wujud dan segala perkara yang terjadi betul2 terjadi.
Banyak lagi sebenarnye watak2 dan kejadian2 yang datang dalam kepala saya tapi cukup la saya cerita yang itu je ye. Dari dulu watak2 dan cerita tu selalu berubah dalam hidup saya. Kadang jadi pelakon, kadang jadi askar..dengar macam kelakar kan tapi that yang saya tengah hadapi dalam diri saya. Satu benda yang saya perasan tentang diri saya, saya dah kurang bersosial dengan kawan2, dgn officemate sampai kena perli sebagai anti social. Mungkin saya dah puas bersosial ketika zaman sekolah dan university dulu, sekarang ni cuma pikirkan tanggungjawap sebagai ibu dan isteri je. Saya jadi kurang bercakap, masih berpura2 gembira walaupun kadang hati tersangat sakit dengan orang sekeliling. Saya tak pernah ada masalah dengan orang sekeliling, berusaha untuk menjaga hati mereka, masih struggle bekerja untuk membayar hutang2 bulanan dan sara hidup.
Hubungan saya dengan tuhan? Alhamdulillah sekarang masih saya jaga. Solat sedaya upaya tak akan tinggal, kadang bangun tahajjud minta pertolongan, minta ampun. Perkara2 sunat pun saya akan usaha buat. Hubungan dengan suami dan manusia lain saya cuba jaga sebaik mungkin. Sentiasa bersangka baik dan tak pernah tunjuk perasaan sebenar saya pada mereka. Dalam keluarga boleh dikatakan saya yang paling slow, adik beradik semua Berjaya dan kaya. Apa yang mak dan ayah saya nak mereka boleh bagi. Saya? Belum lagi jadi anak yang berguna. Belum lagi boleh banggakan mak ayah saya. Dari sekolah rendah sampai menengah, masuk universiti pun selalu dapat no last. Memalukan…
Kalau nak cerita semua tak tau bile akan habis, korang pun malas nak baca kan huhu. cume satu benda yang bagi kekuatan dekat saya sekarang ialah anak saya. Untuk diri sendiri? Kosong.. kepala saya macam diawang awangan dan tak tau apa yang saya focus dalam hidup saya. saya stop sini dulu..Sekarang, siapa2 boleh bantu saya atau yang pakar dalam benda macam ni, adakah saya sebenarnya mempunyai masalah mental atau perlukan apa2 rawatan? saya dalam kategori kemurungan yang teruk ke? Sungguh jiwa saya sangat kosong, takde perasaan, kadang menangis sendri, senyum sendri,.
-me-
– me
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit