Dunia Yang Huru-Hara

Hai semua pembaca, perkenalkan aku Cikdah masih single dan tinggal bersama keluarga.

Adik beradik dah kahwin so aku yang jaga mak ayah, dorang still kuat lagi tapi bab dapur aku yang settlekan. Dorang cuma mengemas, basuh baju cmtu.

Ok straight to the point…

Kebelakangan ni aku banyak baca pasal akaun facebook yang share pasal dunia akhir zaman, prepping, perang, kemarau dan ketiadaan sumber makanan.

Aku sebagai seorang yang ade anxiety sangat lah terkesan.

Bila baca benda2 macam ni dia trigger anxiety aku. Hati aku jadi berat sangat sampai nak fikir ape pun susah.

Aku still boleh function buat semua benda macam biasa tapi perasaan dan jiwa aku tersangat lah resah!

Bukan sekarang saja masa first pkp dulu pun aku macam ni.

Masa tu kan duduk rumah, wfh totally kan so bila baca berita2 yang menakutkan macam peluang pekerjaan takde, ramai kena buang kerja, banyak syarikat yang tutup, aku jadi panik keterlaluan sampai aku tak lalu nak makan.

Aku ni gemok tau tak pernah lupa makan tapi perkara2 macam ni buatkan aku tak makan sampai ke petang.

Masa tu aku kerja jaga 1 company boss aku ni almost 90% aku yang urus, so bila kata banyak company yang akan tutup aku imagine customer2 company aku yang banyak hutang tu akan tutup dan lari dari bayar hutang.

Boss aku selalu akan marah kalau customer banyak hutang tak dapat kutip. Masa tu aku stress sangat2.

Bukak facebook baca pulak pasal ramalan2 covid, passport covid, dunia akan habis riwayatnya, buatkan aku bertambah gerun.

Then pkp yang fully punya dah diangkat hati aku lega. Bila nampak ekonomi pun okay aku rasa tenang balik.

Tapi still nampak kat facebook pasal prepping dunia akhir zaman cerita pasal makanan yang akam habis, dicerita pulak pasal nabi ape aku lupa diperintahkan Allah simpan makanan untuk 7 tahun lamanya. Anxiety aku trigger balik.

Berhari2 aku tidur tak lena, solat tak khusyuk asyik teringat. Otak aku berjalan sepanjang masa. Resah tak payah cakap.

Then datang banjir besar, berdekatan rumah aku kena jugak kawan2 aku ade beberapa orang yang terkesan. Masa tu ramai cakap Allah timpakan bala sebab solat kat masjid tak rapat saf. Mak aku pun dok kata gitu. Aku mula lah risau balik.

Ade jugak yang ramal masa tu after raya akan banjir balik macam haritu. Risau weh sebab rumah aku dekat jugak dengan tempat banjir tu.

Banyak kedai2 yang aku pergi kena banjir tu. Masa tu aku pergi kedai beli ayam pun takde sebab tauke kedai cakap kilang ayam dah tenggelam dek banjir. So aku fikir kalau banjir lagi banyak ketidakcukupan bekalan makanan akan jadi.

Datang pulak kes telur takde. Ayam kfc mcd pun takde jual. Panik aku! Masa ni dah cakap kemarau nak jadi dah. Risau lagi dan lagi. Tapi depan mak ayah aku control. Dalam hati dah berfikir2 macam2.

Then sekarang bekalan gandum pulak tercatu. Boss aku selalu update ringgit kita jatuh, stok barang naik lagi dan lagi. Aku risau.

Memang sekarang kita tak makan directly gandum. Tapi beras kita pun beras import kan. Risau aku. Kakak aku ajak aku vacuum beras lah buat stok.

Tapi aku cakap kita nak simpan sampai bila. Sebenarnya aku takut. Deny lah sebab aku taknak benda2 ni jadi kenyataan. Kalau pun aku prep dunia tetap akan huru hara, masalah sosial meningkat, sedara atau jiran aku tetap takde makanan.

Aku nak hidup tenang2 saja sambil menikmati kehidupan. Dunia huru hara buatkan jiwa aku tak tenteram. Bila aku baca pasal artikel yang explain semua benda ni tenang sikit jiwa aku ni.

Sekarang semua bende aku stop dulu. Tengah nak berkawan2 nak tamatkan zaman bujang aku hold dulu, nak sambung bisnes yang aku stop lama tu pun aku hold dulu.

Nak beli motor pun aku hold. Aku jadi tak semangat nak hidup. Jiwa aku resah! Tak tenang! Bergelora! Anxiety level aku menaik dari hari ke hari.

Korang yang ade ilmu tentang keadaan yang berlaku sekarang ni boleh tak komen sikit.

Kebanyakan sekarang contoh penjual emas kemain lah menunggang isu ni nak cetuskan panik suruh beli emas dengan dia. Aku pun dah keluarkan simpanan aku 5k untuk beli emas in case ape2 jadi.

Terima kasih yang sudi baca dan komen. Sorry cerita bersimpang siur sebab otak jalan laju sangat.

– Cikdah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *