Hai korang, sis nak pesan kat adik2, perempuan2 di luar sana.
Entahlah bila di ingat rasa kecewa, sedih dan marah sangat. Tapi dah sis yang pilih jalan nie jadi kena hadaplah juga.
Entahlah kadang2 sis pun pening memang normal lelaki suka follow perempuan2 kat ig or fb walau tak kenal ye.
Benda nie dah jadi biasakan sekarang nie. Mungkin sebab sis nie old school sikit jadi orang tak kenal memang sis tak approve la.
Tapi sis tak tulis confession nie untuk cerita masalah rumah tangga sis.
Sebaliknya kepada kaum2 wanita nak bagi tahu bertapa bahayanya korang share gambar korang kat social media.
Dan kalau social media korang open untuk ramai tengok atau jenis add je sesiapa ikut suka.
Lelaki2 di luar sana bukan setakat tengok gambar korang like dan comment je. Tapi boleh siap save dalam fb atau ig.
Diorang guna untuk apa korang fikir- fikirlah sendiri. Lagi sakit kalau ada yang save gambar atau video korang dalam phone.
Percayalah tak de lelaki yang save gambar awak untuk kebaikan. Bila sis tengok kali pertama sis pun menggigil tangan2. Tapi realitinya memang beginilah awak sendiri yang kena jaga diri awak sendiri.
Pesanan saya satu je, kalau tiada keperluan jangan share gambar awak.
Kalau nak simpan kenangan pastikan account awak ada orang2 yang awak percaya tak akan guna gambar awak macam tue.
Terima kasih membaca coretan puan Dragon yang masih terkejut dan sakit melihat realiti dunia hari ini.
– Puan Dragon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit