Duri Dalam Daging

Assalamualaikum..selama ni aku hanya baca je apa yang ditulis dalam ni..dari pembacaan byk yang aku pelajari..

Tapi hari ni, aku pulak yang nk confess..benda yang semakin hari semakin menjadi jadi tapi aku tak dapat nak buat apa apa ats sebab nak elak bergaduh dan unsur -unsur kezaliman atau mistik yg akan terjadi jika aku bertindak. Jenis aku, aku suka berdepan bila ada masalah supaya aku tahu apa yang tak kena dan apa tindakan seterusnya. Tapi tindakan aku terhalang sebab perkara perkara di atas. Jadi aku mohon ehsan korang untuk bagi idea bernas supaya masalah ni tak teruk lagi walaupun dah macam macam jadi.

Long short story, masalah duri dalam daging tu adalah di tempat keja aku. Aku bekerja dalam kelompok kecil dan aku diselia dari jarak jauh. Syarikat aku menyediakan perkhidmatan kepada komuniti sini. Aku meluah apa yang aku rasa dan lalui selama ada rakan kerja,si A.

si A pada aku ad masalah dalaman. Dan aku selalu jadi ‘aim’dia untuk dia tabur pasir dalam periuk nasi aku. Ada kawan cakap dia jelous kat aku. Tapi aku xpasti la.

Antara masalahnya dia suka buat ialah memburukkan nama orang lain untuk menaikkan namanya. Tapi hakikatnya dia la kaki gosip membawang kata itu ini. Kalo berdepan,pijak semut xmati.Bila pecah tembelang, boleh buat muka x bersalah. Dan tidak insaf.

Si A Memfitnah aku. melibatkan kewangan syarikat, kata aku dan staf len seleweng duit. Di pusing ayat mcm-mcm. Di canang sampai kt pengurus. Depan kami punya baik, ibarat tak tahu apa apa. Tapi bila aku kena marah benda yang aku tak buat.Aku bengang jugak. Kami terus jumpa dengan pengurus, Pergi senyap senyap tanpa pengetahuan si A . Tunjuk bukti-bukti resit dan penyata. Ha… baru tau kebenaran dan kepalsuan.. Lepas tu Pengurus dah tau perangai dia la kot.dan kami geng staff brain wash si A. Lepas tu..aku tanya apa yang tak puas hati dengan aku, dia pusing cakap hal lain. Drama queen.nangis. Namun ibarat mencurah ke daun keladi. Tak insaf.

si A Membawang dengan pekerja sokongan. Yang ni aku tak ambil kisah, tapi bila berkait dengan kerja aku dan fitnah benda yang aku tak buat. aku panas hati. Memang aku ada tegur sorang pekerja sokongan ni,tapi atas urusan kerja. Lepas tegur tu,ok lagi..lepas tu terus tak tegur sapa macam dulu.Aku dah orang dingin…aku dingin la. Dan hari ni, kawan aku sembang dengan pekerja sokongan tu, dan terbongkarlah segalanya..apa yang si A dok kutuk kami dan ditokok tambah cerita bagi pekerja tu meluat/ tengok semacam dengan kami semua. termasuk aku. Memang aku tak la percaya sepenuhnya. tapi ada logiknya.

Si A ni juga bijak curi tulang. Keja dia memang janji buat ja.Nasib la sesapa yang partner dengan dia. Memang pandai ambil kesempatan, manis mulut. ibarat lembu punya susu,sapi dapat nama. Kesian kat kawan yang kena buat program dengannya. Demi nak jaga nama syarikat, semua buat keja,tlg bagi jadi happenning.. Tapi cuba teka sapa yang dapat nama?? si A .Sehinggakan dia yang dapat pekerja terbaik. Ya tu rezeki dia. Bukan kami jelous. Tapi hanya yang lalui akan mengetahui. Boss datang pon jarang. Entah la. Btw, aku dah pernah dapat dah title tu. bukan sebab aku jelous. tapi aku kesiankan kawan kawan yang layak tapi tak dapat. aku xtau apa permainan dia. Dengan aku depan depan dia tak berani. Tapi dia main permainan nak burukkan aku dalam diam.

Aku tak suka suasana kerja macam ni. si A makin menjadi. Tapi aku dan kawan-kawan tak boleh buat apa sbb acapkali dgr si A dok cerita pasal bomoh dan bajet hebat boleh jatuhkan orang yang cari pasal dengan dia. Jadinya, kawan-kawan aku takut nak ambil risiko. Hati aku membuak nak selesaikan sebab dia masih tak serik dan melibatkan nama baik aku jgk.

Korang ada idea tak, untuk tlg aku? mungkin ada penyelesaian yang lembut. Ibarat tarik tali dalam tepung.Tali dapat di tarik, tepung tak berselerak. Demi keamanan diri dan hati semua.. Jumpa face to face kali kedua mungkin juga blh jadi pergaduhan. Tu yang kawan aku nasihatkan dan nak elakkan. Untuk cari kerja lain, memang tak la sebab aku tak de masalah dalam kerja dan boss. tp dengan sorang hamba allah si A ni ja. Dia la yang mencemarkan suasana kerja aku dan rakan.

Aku minta maaf kalau apa yang aku tulis korang tak paham sebab aku tulis sambil mengingat apa yang terjadi. Moga ada penyelesaian yang allah ilhamkan pada korang untuk bantu aku.
terima kasih.

– Awan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *