Duri Dalam Rezeki

Assalamualaikum. Aku buat confession harini sebab nak tanya pendapat korang tentang apa yang perlu aku buat kepada peniaga online ni. Aku syak dia tak jujur. Adakah aku perlu nasihatkan dia atau aku biarkan.

Aku ada terjumpa sorang peniaga photobook ni. Dia jual photobook tu, sebenarnya bukan dia yang buat. Dia guna application yang kita perlu download dekat Play Store dan laptop kita. Dan harga photobook tu mahal sebenarnya.. rm79 paling murah. Tapi kalau kita guna code, kita dapat free, cuma perlu bayar postage. Semenanjung rm8, sabah sarawak rm12. Untungnya kita lah. Haha.

Ceritanya kat sini, aku tau dia cuma ambik customer dan tolong design untuk diorang photobook tu, dan dia perlu submit guna application yang dia download. Tak guna modal pun. Kecuali lah kalau beli code dekat shopee perlu bayar rm6. Tapi dia jual photobook tu agak mahal sikit.. Mungkin lah dia kira upah dia tolong design tapi harga dia macam tak patut sikit.

Jadi lepas aku belek-belek Instagram dia, aku tengok dia ada jual Softcover Photobook 40 muka surat. Aku buka app yang aku install dekat phone, tak ada pun untuk buat softcover.. so aku DM kat IG, tanya macam mana nak buat. Sebenarnya nak kantoikan dia juga yg aku tau dia guna app tu..haha.. Lepas tu dia kata kena guna PC. Aku pun okay lah. Lepas aku download ape semua aku edit gambar semua, time nak bayar, aku guna code free yang selalu aku guna masa nak order guna phone. Eh, tak boleh pulak. Harga mahal. Aku tanya dia pasal code tu knp tak boleh guna.. dia kata dia tak tau.. Dia ejen ***********, jadi yang code aku cakap tu dia tak tau katanya. Pastu aku dah takut terbongkar rahsia pasal code untuk dpt free sebab dia cakap dia ejen.

Mula mula aku percaya dia ejen. Tapi lama lama aku memang dah syak dia tipu dia ejen lepas terjadinya benda ni.

Sebab aku nak jugak dapat free photobook yang softcover tu, aku pegi cari sungguh sungguh pasal code free tu. Dan aku terjumpa beberapa orang yang share pasal company tu, siap bagi code dengan nama diorang lagi kalau nak dapat photobook free. Aku bukak ig dia balik, eh dia tak pernah pun promote apa apa pasal company tu.. dan tak pernah letak code untuk orang dapat photobook free. Kata ejen? Dan boleh pulak dia kata tak tau pasal code free? Hah, aku ni kalau dah ragu ragu, memang aku akan siasat betul betul. Aku tanya company tu sendiri pasal ejen tu. Dan dorang bagi list pekerjaan dekat aku. Takde pun pengambilan ejen atau dropship online. Hah, masa ni aku dah start geram. Kenapa dia tipu dia tu ejen?

So aku menyamar jadi customer. Guna whatsapp. Aku tanya dia buat sendiri ke photobook tu, dia cakap ye dia buat sendiri. Lepas aku pusing sikit soalan dia kata bukan dia yang print. Dia cuma tolong edit dan design. Aku dah tersenyum sinis. Aku tanya kalau aku nak order direct dekat orang yang print tu boleh ke.. Dia marah pulak, dia cakap kalau nak print sendiri pegi cari tempat lain. Haha. Aku tanya maksud print sendiri tu ape, dia tak balas. Pastu aku buat-buat tak faham. Aku tanya tanya tanya. Dan dia kata dia cuma edit dan design, pastu dia hantar file dekat orang yang akan print tu, sebab dia tak ada mesin. Pastu aku balas, oh awak ni macam ejen atau dropship lah ye. Sampai ke sudah dia tak balas.

Aku tak puas hati, aku DM dia, sebab dia tak tau aku siapa kan. Konon-konon dekat IG dan WS adalah orang yang berbeza. Aku tanya dia, sis ejen kan. Aku tunjuk contoh gambar, aku tanya dia ada tak code free yang macam ni (macam dalam gambar tu).. Lepastu dia kata takde. Dan aku tanya, macam mana nak jadi ejen, aku bagitau dia aku berminat. Dan again, dia cuma seen je, tak balas. Mungkin takut kantoi.

Nampak macam aku menyibuk kan? Tak..aku bukan menyibuk. Aku tak kisah dia nak berniaga, cuma aku tak nak lah dia berniaga dengan bahasa yang menipu. Bukan apa, takut tak berkat. Dia student yang perlukan duit. Tengah belajar lagi. Hidup ni kita perlukan keberkatan. Takut kalau benda tak halal masuk dalam badan, hah tak ke naya. Aku tak nak dia cari duit dengan cara yang macam tu.

Jadi, adakah perlu aku nasihatkan dia atau biarkan je dia? Okaylah tu saje. Terima kasih kerana sudi baca confession yang panjang ni.

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *