Dyscalculia

Bismillah. Assalamualaikum semuanya. Harini aku cuba untuk hantar confession berkenaan dengan ini ; Dyscalculia / Diskalkulia yang mana majoriti rakyat Malaysia memang kurang didedahkan tentang Dyscalculia dan mungkin ada yang first time dengar istilah ini. Aku sedar dan aku semakin sedar dengan keadaan ni bila aku sendiri masih mencari² ‘bantuan’ untuk mudahkan urusan harian aku.

Dyscalculia, masalah pembelajaran spesifik dalam pengiraan / ilmu matematik yang tak boleh dijelaskan dengan IQ yang rendah / bukan disebabkan oleh kecacatan intelektual. Orang² yang mengalami masalah ni dinamakan sebagai Mathematic Disorder / Math Dyslexia. Seseorang tu boleh ada Dyscalculia atas sebab Genetik dan Persekitaran.

Semua ni boleh dikesan awal dari waktu kanak² lagi. Dan jgn terkejut Dyscalculia juga ada pada orang² dewasa. Termasuklah aku. Dyscalculia bukan Dyslexia dan bukan juga ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder / Sindrom Kurang Daya Tumpuan & Hiperaktif). Dyscalculia ni keadaan dimana seseorang sangat sukar nak faham konsep matematik, susah nak faham dengan simbol² dalam ilmu matematik (tambah, tolak, darab, bahagi.. dll)

Aku memang tahu aku ni lemah dengan math dari kecik lagi cuma waktu tu aku ambil acuh tak acuh je lah. Yela waktu belajar- mesti ada subjek yang lemah & yang aku tahu memang kena buat latihan je (nak lulus subjek math). Sampai aku dah masuk form 1 semestinya didedahkan dengan segala aktiviti yang berkait dgn jual beli (Kios,Hari Usahawan dll) Semuanya perlu mengira. Aku tengok kawan² elok je dia pulangkan baki duit dengan baik. Sampai dekat aku? Fail.

Aku jadi takut nak pegang duit, nak kira duit yang banyak nilai, dan pulangkan baki. Tapi aku still boleh elak sepanjang waktu persekolahan. Segala yang berkait nombor,mengira aku tarik diri. Memang rasa selamat waktu tu. Dekat rumah tipu lah kalau aku tak cuba belajar pulangkan baki duit, aku cuba fahamkan konsep nombor ni. Sekejap dapat tapi lepas beberapa minit aku lupa balik. Ulang balik dan lupa. Tapi lain jadinya bila aku dah habis study..

Waktu tu aku dah mula rasa diri aku ni lost dengan pengiraan bila aku cuba kerja dua tiga tempat dan makin hari aku makin nampak yang aku memang ada masalah. Aku buntu dan aku tak tahu pun ada istilah Dyscalculia waktu tu. Cuma boleh kata aku down dan kesal dengan diri sendiri. Aku tak mampu nak mengira sebaik macam orang lain. Tak sepantas. Dan kadang² fikiran aku kosong bila orang soal²/tanya apa pun pasal nombor. Aku tak dapat nak jawab atau terangkan apa yang aku rasa waktu tu pada org lain.

Dari aku tak tahu sampai aku tahu pasal Dyscalculia ni, barulah aku teringat waktu sekolah rendah dulu aku memang tak pandai guna jam analog. Tak reti baca jarum panjang pendek. Berbuih mulut mak ajar, kakak ajar – aku lost. Dan waktu tu memang pilihan aku adalah jam digital. Waktu exam aku cuma bergantung pada jam digital tu untuk tengok masa berjalan. Dalam dewan semua guna jam analog. Aku tak boleh nak faham. Bila cikgu² pesan lagi 10 minit, 30 minit masa jawab habis, memang aku serabut dengar.

10 minit? 30 minit? Apa tu? Nak kira macam mana? Contoh lain, bila ada yang kata “Lagi setengah jam masa tamat..” untuk orang yang macam aku memang akan terkial². Aku susah nak faham semua tu. Tapi sampai satu masa tu aku try juga push diri untuk faham konsep jam analog. Pandai ke tak aku beli dulu jam tu. Pakai dekat sekolah. Kawan² tanya pukul berapa.. aku kira satu².. yela sifir lima je pun yang lepas. Jadi lama kelamaan aku belajar sikit² nak pakai jam macam tu. Cuma aku tak reti nak cakap berapa minit sebelum atau selepas jam sekian² (contoh: lagi 45 minit aku sampai rumah) & konsep mcm “setengah jam” “dua jam setengah” – memang aku fail sampai sekarang.

Ya, ni antara ciri² orang Dyscalculia.(Sukar utk fahami konsep masa & Susah utk kira baki walaupun yang basic)

Ciri lainnya,

– Ada masalah beza antara kiri dan kanan. (Baca peta).

– Tak dapat nak ingat langkah² untuk selesaikan proses pengiraan.

– Lemah dalam pengiraan spontan.

– Sukar nak agak jauh/jarak contoh, Sama ada sesuatu tempat tu 3 / 6 meter (10/20 kaki jauhnya).

– Bila menulis,membaca dan ingat nombor, kesilapan akan berlaku dlm situasi ; Nombor ditambah², nombor diganti dgn nombor lain (terbalik).

– Sukar dalam konsep masa, arah, mengira.

– Memori untuk nombor² sangat lemah. (Susah nak ingat nombor telefon, Tarikh lahir).

– Gugup bila berhadapan dgn situasi jual beli/balance duit dan akan elak dari pergi ke tempat yang ada proses jualbeli (kalau terpaksa pun mereka akan siapkan duit yang perlu dibayar sahaja).

– Dan banyak lagi.

Orang yang ada Dyscalculia.. memang akan dipandang rendah, diketawakan, disindir. Aku sendiri susah nak terangkan dekat keluarga aku pasal ni. Balik² aku diketawakan. Aku tahu dekat Malaysia orang akan claim orang2 macam kami ni org yang cacat, OKU.. bila kita terangkan pada mereka. Dalam Malaysia masih belum ada kesedaran tentang Dyscalculia. Orang tak alert, orang tak faham apa benda semua tu dan ada yang tak nak amik tahu pun. Dyscalculia masih belum diberi perhatian penuh oleh masyarakat hari ini. Hari ini kita sudah maklum apa itu Dyslexia, ADHD, Austism dsb. Tapi kita belum peka sepenuhnya soal Dyscalculia.

Aku tahu masih ramai Dsycalculia dekat luar sana. Cuma tak tahu dekat siapa nak rujuk, tak tahu betul ke ada istilah Dyscalculia ni. Setakat ni aku banyak buat bacaan dari luar negara. Dari pakar² yang pernah buat kajian pasal ni. Dorang sangat terbuka dengan isu ni. Buka je youtube search ‘Dyscalculia’. Banyak kajian, dokumentari, vlog², sharing dari yang pakar sampailah yang mengalaminya. Ambil tahu sikit utk kebaikan nantinya. Kita tak tahu esok ada anak buah, anak murid ke.. anak sendiri ke yang mengalami semua tu. Kalau dapat kesan dari awal lagi baik.

Dyscalculia memang tak ada ubat nak bagi sembuh. Cuma boleh berusaha dengan cara latih tubi, soalan², berlatih mengira. Walau susah dan mustahil sekurangnya ada usaha yang kau buat yang Allah nampak. Walaupun orang akan marah dekat kau sebab kau tak dapat² apa yang dorang ajar, tak dapat tangkap benda yang simple pun bagi mereka, nak kira 3+6 pun kira jari dengan gugupnya. Walau kau dah cuba dengan segala cara2 tapi macam tak ada hasil.. Org kata kau pemalas nak cuba, orang kata kau tak paksa diri kau utk cuba..Takpe, kau jangan sesekali down. Cari kawan yang boleh support kau. Yang faham situasi kau. Baca kisah² kejayaan orang2 Dyscalculia. Tanamkan azam semangat sungguh². Ok. (:

Dekat Malaysia ada group / page untuk Dsycalculia. Group dari luar pun banyak. Cumanya kita tak banyak kajian² yang dibuat utk mereka yang ada kes macam ni. Kot yang tengah baca ni ada pakar2 dlm bidang ni sudi lah untuk share pasal Dsycalculia. Kongsi ilmu² dekat orang ramai yang belum tahu. Untuk mereka dekat luar sana, kalau jumpa atau berhadapan dgn Dyscalculia tolonglah jangan ketawakan, jangan sesekali jadikan mereka bahan jenaka. Mereka ‘buta’ dengan nombor tapi masih ‘celik’ dengan ilmu² yang lain.

Bawah ni ada beberapa link untuk lebih faham Dyscalculia.

1. https://youtu.be/nyoQClPCRLU

2. https://youtu.be/p_Hqdqe84U

3. https://youtu.be/C812IfWIXU0

P/s : Kalau ada yang salah, minta diperbetulkan. Terima kasih.

– L

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *