Dyslexia

Saya Fifi (nama gelaran si Peah). Saya bukan student iium..student utp, toronto..eh. tronoh. Kalau kenal ni budaknya baik, tak lah secantik yang membaca ni tapi saya comel. hahaha.

DYS – difficulty
LEXIA – language

Pada hujung tahun 2014, kakak saya berkongsi tentang dyslexia dan pengalamannya mengajar pelajar dyslexia ni.

Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca kan, dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik. Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. Sebak.

Umum tahu yang Dyslexia ni bukan satu penyakit kekal. Ianya akan ‘terubat’ dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai.. kalau tak, mereka akan sukar untuk memahaminya.

Namun, ianya tak akan pulih sepenuhnya..dan
pada usia 22 tahun, saya baru tahu saya ni dyslexic! Terkejut. Itupun bila kakak saya bercerita symtoms dan saya kaitkan dengan diri. Mungkin tak teruk kot waktu kecik sebab dah besar ini ok je. comel je. eh.

Mengimbau zaman kanak-kanak saya, saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BeNCI dan BENCI ke sekolah. Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bila darjah 2,3 dan darjah 4.

Spreading awareness about DYSLEXIA. Masih ramai yang tidak tahu. Jangan cakap mereka tak PANDAI! Pengalaman masa kecik saya sangat menyedihkan. Perasaan kanak-kanak saya penuh dengan ketakutan dimarahi dan diejek orang kerana “ketidakpandaian” saya dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan sepupu yang sebaya atau abang/kakak saya yang pandai. Jika bukan dengan sokongan mak ayah dan guru, saya tak mampu di sini.

Itu simptom dyslexic time kanak-kanak. Dah besar ada lagi tak ek?

Walaupun dah dewasa. Eceh.. nak tulis remaja tapi muka dah macam mak orang.. umur dah meningkat pun, sebahagian simtom-simtom dyslexia masih ada kekal pada saya..sampai sekarang :

1. Tersalah pakai kasut : Kecik-kecik dulu selalu tersalah pakai kasut -_- Sekarang, sebelum sarung kasut..kene perhati kasut/selipar dulu. kalau tak, pasti salah jugak sarungkan kang. adehhh.

2. Cuai di dalam pergerakan dan mudah jatuh. Mudah terlanggar barang -_-
Ada sahaja yang pecah. Ada yang patah. Selalu jatuh tangga. Pernah terlanggar entrance pintu kaca irc utp! sadis.

3. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa. Sukar nak faham. Nak kena ulang. :3 nasib baik lecturers kt kpmb dulu paham concerned dengan ‘kebijaksanaan’ saya dalam belajar.. Di utp ni pun saya selalu study dengan kengkawan/ jumpa lecturer jika tak faham. Family pun dah lut. haha nasib laa ada adik/kakak macam saya. :-) tqvm!!

4. Keliru antara kiri dan kanan! orang sebut..ini tangan apa? itu pun kene tengok tangan sendiri dahulu baru dapat tau itu tangan kanan/kiri.

5. Tulisan tangan yang tidak kemas walaupun tidak ade lagi huruf yg terbalik lagi. ah.. benci menulis!

6. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam/ slide dengan betul. Pasti ada sahaja yg confused. Haila..sometimes kene tengok orang sebelah punya notes.

7. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon. So, dalam wallet siap-siap ada alamat rumah. Takut lupa. erm.. bukan takut lupa, tapi memang susah nak ingat. hoho

8. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Apabila tiba masa untuk belajar..mudah je tak concentrate. Ehem.. ni macam alasan tidur ek. hahaha.

Bila tengok balik dalam diri..terfikir sejenak.
Bersyukur. Nikmat Allah bagi, boleh ditarik dan disentap bila-bila. Ada orang yang Allah uji lebih dari bayangan akal kita yang terbatas.
Usaha, Tawakkal.
Kebijaksanaa itu milik Allah. Mungkin caranya berbeza dalam merungkai kebijaksanaanNya di dalam diri. ;-)

Jap.. ni kali pertama korang dengar kisah dyslexic yang dah besar ke? ce comment.. hehe.

– Fifi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit