Assalamualaikum pembaca sekalian. Di sini saya terus nak ceritakan tentang seorang perempuan yang bagi saya agak WOW sekali.
Dia hanya insan biasa. Umur yang sama seperti saya. Tapi yang membezakan kami adalah perwatakannya yang menarik hati siapa sahaja yang mendekatinya.
Ceritanya bermula waktu saya baru melepasi ujian STAM dan sedang menunggu keputusannya. Bagi saya duduk di kampung membuatkan saya jadi tekanan teruk.
Nak dijadikan cerita, saya dan adik ke pekan untuk mencari pekerjaan.
Btw adik saya berhenti sejak memasuki tingkatan 4. Bukan disengajakan tetapi adik mengalami tekanan berat yang maha dahsyat. Berbulan dia berkurung dalam bilik. Bila semangat ada sedikit jadi kami plan untuk ke pekan mencari pekerjaan.
Satu hari tu, alhamdulillah kami mendapat pekerjaan iaitu pelayan restoran. Kami diberi gaji hari. Sehari kami dapat RM25. Kerja pagi hingga ke petang sahaja.
Namun kerja kami tidak bertahan lama atas sebab-sebab tertentu. Maka kami ambik keputusan untuk pulang semula ke kampung.
Tengah kami menunggu pawang, rupanya pawang terakhir sudah pun bergerak. Nak patah balik ke pekan jauh. Maka bermulalah kisah perkenalan saya dengan seorang gadis bernama mayang (bukan nama sebenar).
Saya sebenarnya seorang yang agak kurang berkeyakinan dan tidak ramah tapi tak tahu kenapa hari itu saya berjaya menegur orang lain iaitu mayang. Kami pun berkenalan hingga bertukar no telefon.
Disebabkan kami tiada tempat perlindungan disebabkan ketinggalan pawang, maka mayang dengan rela hatinya membawa kami ikut ke rumah sewanya.
Dia dengan hatinya yang bagi saya sangat baik pun membantu saya dan adik sementara tunggu hari esok pulang ke kampung.
Hari pun berlalu. Perkenalan kami pun berlangsung hingga kami masing-masing berkahwin.
Tapi sayang, disebabkan saya mempunyai masalah mental dan komunikasi maka terputuslah contact. Namun saya dari jauh tetap mengingatinya dan sentiasa mengidolakan perwatakan.
Ada masanya saya cuba meniru perwatakannya dari segi dia berkomunikasi dengan masyarakat dan cara dia berusaha dalam penghijrahannya.
Btw dulu dia bukanlah seorang yang bertudung litup. Dahulunya dia seorang yang bertudung pendek.
Hingga hidayah masuk ke hatinya maka dia pun berubah menjadi wanita solehah. Dari tudung pendek dan kini sudah berniqab.
Tapi jangan sangka saya seorang gatick. Saya tidak pernah obses hingga meniru cara pakaiannya. Saya cuma mengambil perwatakannya yang baik masuk ke dalam diri saya.
Mayang ni, dia seorang yang berbudi pekerti, solehah, rajin, hard work, pemurah dan suka hantar barang rumah ke kampungnya buat keluarga seperti beras dsb.
Paginya dia bekerja di kedai. Malamnya pula dia bekerja di restoran. Dia bekerja dengan penuh dedikasi, ikhlas dan jujur.
Hingga bosnya sangat sayangkannya. Dia disukai oleh orang ramai. Auranya sungguh kuat. Orang sekeliling boleh rasa keikhlasan hatinya.
Btw ini cerita sebelum dia berkahwin. Hingga la satu saat dia mengatakan hendak sambung belajar agama di Kelantan.
Allah mempermudahkan urusannya dan dia telah pun berjaya menghabiskan kuliahnya. Dia berkenalan dengan suaminya sewaktu dia masih belajar di Kelantan.
Setelah berkahwin, kami mulai jarang bercontact. Dia mempunyai anak 2 orang. Dalam media sosial seperti ig kami masih saling follow.
Semakin lama kami semakin tidak bercontact dan akhirnya sekarang totally lost contact. Namun perkembangan kehidupan kami masing-masing diketahui.
Apa yang membuatkan saya kagum adalah, meskipun sudah berkahwin, dia tetap dengan perwatakannya yang kuat bekerja.
Dia menjadi dropship online dari pelbagai brand. Saya tengok dia dapat banyak anugerah kerana menjadi dropship jualan tertinggi hingga puluhan ribu. Bagi saya, itu lumayan banyak. Rezekinya melimpah ruah.
Saya rasa dia sangat-sangat layak mendapatkan rezeki yang melimpah ruah kerana sifatnya yang sangat-sangat rajin ya. Dengan tubuhnya yang kecil, putih melepak, lembut dan muka sebiji orang cina walaupun dia bukanlah berbangsa cina.
Bila dia menyanyi suaranya lemak merdu sangat. Tapi satu gayanya yang bagi saya agak comel adalah bila dia ketawa lari jauh daripada perwatakannya yang lembut. Meriah sangat2 cara dia ketawa.
Sampai saat ini, kami masih tidak berhubung atas sebab tertentu. Saya rasa beruntung pernah mengenali mayang. Mayang yang berjiwa kental, mayang yang ikhlas, mayang yang jujur dan mayang yang amanah.
Hingga kini juga, dia aktif menjadi dropship yang selalu mendapat jualan tertinggi. Dia rajin mencari ilmu agama walaupun sedang giat berbisnes.
Sungguh saya merindui sosok mayang tapi saya tidak mampu bertemu dengannya kerana masalah komunikasi yang agak teruk dan masalah social anxiety.
Sungguh saya sangat merindui mayang. Mayang yang baik dan mayang yang ikhlas. Hatinya yang bersih boleh dirasakan beribu jauh dimanapun berada.
Doa saya, semoga mayang sentiasa mengingati saya dan semoga bila saya sudah sihat, saya akan datang jumpa mayang dan peluk mayang erat-erat. Maafkan Edad kerana menjauh. Assalamualaikum.
Edad sayang Mayang……..
– Edad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit