Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekarang ini terdapat beberapa page di Mukabuku membuat khidmat mengedit sana-sini. Yang tahu tu tahulah ya. Tak perlu saya tulis di sini.
Orang akan membuat request pelbagai, contoh tambah rambut sebab dirinya botak, edit gambar cantum sebab ada ahli keluarganya meninggal dunia macam cantum gambar konvokesyen sebab arwah tidak sempat bersama ketika anak meraikan hari kejayaan.
Ada juga yang request gambar anak golongan istimewa macam cerebral palsy untuk berdiri.
Permintaan di atas itu normal. Akan tetapi, kadang-kadang ada permintaan kelakar, aneh malah kadang sengaja bikin kontroversi.
Sebagai contoh, “Boleh tak edit saya dengan pelakon Zul Arifin nan sado di sebelah saya” atau “Boleh tak buang gambar lelaki kat sebelah saya gantikan dengan pelakon lelaki sekian, sekian.”
Yang pandai edit, macam-macam lah dieditnya. Kadang mengundang tawa sebab lain yang diminta, lain yang diedit.
Kadang ada yang minta edit yang agak melampau. Macam contoh:
“Boleh tak buang suami saya kat sebelah tu gantikan dengan pelakon Jefri Nichol.”
“Boleh tak padam kawan saya kat sebelah sebab dah jadi musuh saya.”
“Tolong edit saya dalam kelab malam di Thailand.”
Satu saja saya mahu katakan, janganlah request seperti itu kerana dikhuatiri mengundang fitnah dan kontroversi yang lain.
Belum lagi yang suruh edit buat gambar berukuran pasport tapi bagi gambar asal dengan kenyit mata, mulut senget, lidah terjelir, kadang menyeringai. Kot ya pun bagilah gambar semenggah sikit.
Kadang minta edit, gambar asal berbonjol sana-sini bagi yang perempuan tapi bertudung. Yang ini kau orang fikir apa ya? Malu ke bangga macam tu.
Baru ini, ada gambar lelaki sado cuma bercawat je suruh di edit. Tak lama lepas tu, hilang gambarnya. Macam mana aku tahu? Aku pun ada kat dalam page tersebut juga. Cuma lebih memerhati sahaja.
Tidak salah untuk menyerlahkan kreativiti tetapi jangan melampaui batas dan boleh mengundang fitnah. Lagi-lagi yang sudah bernikah.
Request padam gambar pasangan dan diganti dengan pelakon kacak/cantik. Tak padan dengan muka Jawa, muka Banjar. Nak yang kacak/cantik saja. Hehehehe..
Tak ada apa lagi nak katakan, cuma disarankan untuk berhati-hati untuk request dan yang mengedit. Ada yang kelakar berdekah ketawa tengok hasil editan. Ada juga yang agak annoying serta agak melampau.
Sekian dari saya…
– Jana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit