Assalamualaikum semua. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai sex education.. Sori ye confession saya boring.. Sape tak nak baca boleh skip. Saya pertamanya tidak berapa setuju sekiranya sex education ini menjadi satu subjek di sekolah.. Ini kerana pertama nama sex education itu sendiri menggambarkan pembelajarannya adalah mengenai seks.
Ilmu seks ini tidak perlu dipelajari kerana secara logiknya apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berada berdua duaan lambat atau cepat timbul rasa syahwat. Cuba tengok orang dulu masih boleh beranak pinak walaupun takde pembelajaran khusus.. tetapi kawalan kepada pembiakan tu harus dipelajari dan rasanya daripada dulu dah ada maklumat kat klinik. Jadi seks ini bukanlah sesuatu yang perlu dipelajari. Ini sebab nama subjek tu sex education kan.
Yang kedua nama sex education itu memberi dorongan kepada anak-anak kecil yang sifatnya memang ingin tahu.. Zaman sekarang pula anak-anak amat mudah untuk mendapat info di Internet.. sedangkan di Internet terdapat banyak maklumat yang mengarut dengan hanya satu klik.. Info yang tidak mungkin berkaitan dan mungkin akan mengheret anak itu ke Lembah perkara yang tidak sepatutnya dia tahu bila dia search about sex..
Walau bagaimanapun saya amat bersetuju sekiranya subjek yang sepatutnya diajar kepada anak-anak adalah subjek mengenai ikhtilat, nikah, adab, iman.. Ikhtilat iaitu pergaulan di antara lelaki dan perempuan. What is do and don’ts.. Kenapa tak boleh pergaulan bebas.. Apa kesannya..
Subjek nikah.. kenapa bernikah? Itu fitrah yang Allah jadikan lelaki akan tertarik kepada wanita dan sebaliknya. Jalan yang dituntut adalah nikah.. apa syarat2 nikah, kenapa kena ada syarat tu.. Kita akan tahu adanya tanggungjawab.. Adanya hak yang kena ditunaikan.. It’s not about syiok only..
Subjek adab.. Bila pergi rumah orang macam mana.. Bila masuk bilik parent macam mana.. Bila dengan adik beradik lelaki macam mana.. Bila dengan orang bukan mahram macam mana.. Semua tu dah sangat cantik.. Secara tak langsung, budak2 boleh avoid daripada ikut benda yang tak sepatutnya bila dia tau apa yang betul dan apa yang salah..
Subjek iman.. Yang ni bagi saya crucial.. Penting.. Setiap apa kita buat, ada Allah yang melihat.. Setiap apa kita buat, ada yang mencatatnya.. Manusia yang beribadah kepada Allah bukannya kepada perhambaan kepada nafsu syahwat..
Malangnya pada hari ini subjek agama ini hanyalah menekankan kepada perkara-perkara yang dianggap hafalan seperti rukun iman, Rukun Islam dan sebagainya. tetapi fundemental kepada Islam itu sendiri tidak diajarkan..
Contohnya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Islam, apakah yang dimaksudkan dengan Allah. Ya perkara ini ada diajarkan di sekolah tetapi perkara yang diajar adalah skema jawapan.. Bukan perkara dasar yang harus diketahui oleh seorang muslim. Pembelajaran subjek Islam di sekolah hari ni tidak mampu untuk membentuk seorang manusia yang sempurna dari sudut agamanya kerana pembelajaran agama di sekolah amatlah basic.
Tentang Iman di dalam agama Islam.. ilmunya terlampau luas mencakupi tentang kehidupan ini.. Itu yang sepatutnya diajarkan kepada anak-anak tetapi Islam hanyalah menjadi satu subjek yang untuk dijawab di dalam peperiksaan. Islam sebenarnya adalah cara hidup yang harus kita lalui berdasarkan keimanan kepada Allah.. orang yang beriman kepada Allah tidak mungkin akan membuat sesuatu yang akan membuatkan Allah murka antaranya adalah seks di luar perkahwinan iaitu zina. Tetapi Malangnya lihatlah peratusan anak-anak muda yang telah melakukan zina berapa ramaikah dia orang Islam.
Hari ni orang pakai tudung tapi bertelanjang.. Pakai kopiah tapi tak solat.. Something wrong somewhere dgn pembelajaran tentang islam. Seolah akarnya telah dicabut… dulu zaman Rasulullah, zaman sahabat, zaman khalifah terakhir.. Jika seorang perempuan direnggut tudungnya boleh mencetuskan peperangan.. Tingginya martabat seorang wanita yang menutup aurat dirinya. Bukan boleh buat main2.. Tapi hari ni banyak alasan boleh dimaafkan sehingga nilai menutup aurat tu tiada nilai…
Jika masalahnya adalah pada mangsa pedo, mangsa rogol bertambah hari ni.. Kenapa tidak dibetulkan di peringkat akarnya.. Iaitu iman. Kenapa tidak dibetulkan umpannya. Umpan terlampau banyak..bukak tv, semua seksi, tengok iklan tepi jalan, semua seksi.. Bukak drama, minum arak hiburan disko.. Semua menjurus pada maksiat.. Bukak radio, cinta lagha.. Bukak lagu, lagu ghairah..
Adakah dgn bagi sex education boleh membetulkan masalah.. Sedangkan yang saya cakap umpan2 ni masih jauh untuk kita selesaikan. Nak dapat hasil baik.. Umpan kena betul.. Saya tahu ada yang cakap, nama je sex education tapi bukan kita nak ajar buat sex.. Macam saya cakap la, nama dah menjurus ke situ. Kalau betul nak ajar what is do and donts.. Kita tak perlu tajuk subjek macam tu. Saya sendiri masa sekolah cikgu2 ustaz ustazah dah pesan.. Seawal 7 tahun bila dah pesan kita inhat, kita tau mana betul mana salah.. Sebab tu namanya mumayyiz.. Dah boleh dan reti bezakan.. Takde pulak subjek sex education..
Apa yang saya tengok di barat.. Takde pulak budak2 nya jadi lagi baik. Baik seperti yang kita faham dan maukan.. Tapi yang buat sex dari bawah umur lagi dah kenal, dah cuba, makin ramai ada la.. Apa yang barat ajar tak semestinya betul dan kena ikut.
Ok.. Tengok dekat confession ni sudahlah.. Masalah couple, kawen mesti jadi top post. Ramai berminat topic ni. Jadi kefahaman ini kena dibetulkan. Buat apa nak risau sangat pasal couple.. Pasal jodoh. Wait.. Couple tu dibolehkan ke? Tu pun satu masalah jugak.. Its common nowadays.. Benda yang common tak semestinya betul. Ni saya tak ceritakan saya adalah kategori yang tak bercouple tapi dah kawen dgn lelaki idaman dan alhamdulillah sangat ringan tulang, tak culas bagi nafkah..
Ikut logik saya yang berat mulut nak cakap dengan lelaki ni pasti tak berkawen.. Tapi tak, ramai jugak nak masuk meminang. Boleh pilih.. Itu cerita lainlah. Apa saya nak bagitau.. Masalah couple pun kita masih tak dibetulkan lagi.. Bergayut telefon, wechat, dating, tu semua pun dah cross border line yang Allah larang.. Ni nak sumbat pulak pasal sex… saya tak dapat imagine what kind of society we will make.
Saya tak kisah kalau tak setuju dgn saya.. Nak cakap saya kuno dan sebagainya.. Mak saya pun tak setuju pegangan saya couple tu haram.. Siap pujuk suruh carik partner.. Tapi nak risau apa, kalau kita jaga hak Allah.. ALLAH AKAN JAGA KITA. Hal kerje kita, hal keluarga kita, hal jodoh kita, hal2 lain yang kita khuatiri.
Saya tak mampu nak hentikan arus gelombang ni.. Dunia hari ni sangat menakutkan.. Tiada daya kekuatan melainkan Allah..
– Anonym
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit