Efek

Hai. Saya Maria. Dah kahwin 9 tahun. Anak 3 orang. Semuanya masih kecil. Saya nak meluah sikap mak mertua saya. Nak dapatkan nasihat supaya saya sentiasa menjadi menantu yang baik dan sabar.

Mak yang garang tu biasa kita dengar. Tapi mak suami merangkap mak mertua saya lah kan, seorang yang garang + saiko + suka maki + suka pukul masa dia muda dulu.

Mak mertua ni kategori orang senang la, berduit. Now umur dah 65 tahun. Tapi efek daripada didikan dia masa suami kecil, suami pun jadi suka pukul anak. Bila saya tegur, suami kata dia kecik2 dulu lagi teruk kena pukul.

Sepanjang pengalaman dan pemerhatian saya menjadi menantu, mak mertua memang bermulut lancang. Kalau dia marah anak2 lelaki, memang tak sah kalau tak maki. Pu*imak, babi, sial tu saya pernah dengar.

Jangankan anak2, suaminya sendiri (ayah mertua) pun dimaki diherdik bila ada sesuatu isu yang dia tak puashati. Ayah mertua memang jenis soft spoken dan pendiam. Tapi tak dinafikan juga mak mertua sangat2 baik bila mood dia tgh okay.

Bila mak mertua tak puashati dengan sikap anak2 nya, contohnya dia rasa suami saya kurang beri dia perhatian, dia akan libatkan saya sekali. Dikatanya suami saya jadi derhaka sebab ikut telunjuk bini. Padahal saya dan suami aman2 je tak buat salah. Saiko kan?

Mak mertua juga suka pilih kasih antara anak2nya. Ketara masa zaman anak2 remaja. Siapa yang pandai, dia puji dan sayang lebih. Bila yang pandai tu tiba2 bertukar tak elok sikit, dia maki2 terus n sayang pulak anak yang lain.

Erti kata lain, suka banding2 kan anak. Suatu masa adik perempuan suami pernah kantoi pergi club malam, dan suami bagitahu mak mertua, tapi dia respon kat suami, “kau jangan nak berdengki dengan adik kau”.

Sentap suami saya masatu. Adik perempuan tu memang anak kesayangan. Saya mengakui sendiri sebab boleh nampak macam mana layanannya pada setiap anak2nya.

Ok, setakat ni saya dan suami sahaja ada anak2. Ipar yang dah kawin belum ada anak lagi.

3 orang cucunya semua dia sayang, tapi bila part dia stress (tak pasti stress sebab apa, tapi air muka nampak stress) dia terus pukul anak sulung saya dan menjerit cakap rimas dengan karenah cucu yang bising.

Terus masuk bilik hempas pintu. Masa tu umur anak saya baru 3 tahun. Jarang nak tengok nenek atau atuk yang akan marah cucu sekecik tu.

Suami bagi tahu, perbuatan macam tu dah biasa dia tengok sejak dia kecil. Mak mertua pernah tuduh suami curi duit dia.

Bila suami tak mengaku, dimakinya macam2. Terus dia masuk bilik memerap diri dalam bilik takbercakap dengan suami saya berminggu2.

Allah nak tunjuk, ayah mertua bagitahu suami yang sebenarnya mak mertua dah jumpa n salah letak duit tu, tapi sebab ego, dia diam je tak bagi tahu suami n terus menerus tak bercakap dengan suami. Terus menghukum.

Kalau dengan saya pun ada je dia cari gaduh. Awal kawin pun dah ada isu. Suka bersangka buruk dekat saya. Pernah dia hina kerja dan gaji saya kecik, dia menyindir saya dan suami saya tak mampu hantar anak ke pengasuh.

Kalau nak cerita semua, memang panjang luahan ni. Haha. Saya ni jenis pendiam je, selalu iyakan saja apa mak mertua bercerita. Lagi 1 saya memang tak suka gaduh dengan sesiapa.

Cuma baru2 ni, dia komplen pasal keadaan rumah saya yang tak tersusun, dan saya pun explain anak2 kecil (fasa toddler) ni memang bila kita kemas auto sepah balik. Suami pun faham anak2 tengah explore.

Mak mertua kerap datang rumah saya sebab kami tinggal dalam 1 daerah. Masa rumah kemas, dia diam jer la.

Tapi masa dia datang rumah tengah bersepah (datang tak bagitahu atau bagitahu pun last minute), dia pulak yang buat rungsing stress macam tu rumah dia siap pakej melawat setiap ruang rumah.

Then keluar segala tazkirah siap kata nanti anak perempuan saya jadi tak pandai mengemas bila suka sepah2 camtu. Dalam erti kata lain, dia nak kata saya ni pemalas lerrr. Tapi anak perempuan saya baru je umur 2 tahun. Hmm..

Ok berbalik pada bila saya explain tu kann, dia tak boleh terima tau. Dia terus kata saya ni beralasan, n takmau dengar kata dia. Mula lah buat ayat sentap tacing bagai.

Saya pun mintak maaf, terus ego tinggi melangit n kata saya dan suami ni jenis degil. Eh penat lah saya sebenarnya. Dimana logiknya rumah boleh kemas cantik bersih 24 jam kalau anak2 kecil dlm fasa melasak dan nakal?

Disebabkan kejadian tu, saya sendiri jadi pemarah bila anak2 sepahkan toys. Saya rasa stress dan akan jerit2 suruh anak2 simpan balik, takut neneknya datang. Kesian anak2 jadi mangsa dek trauma yang parents hadapi.

So, apa yang saya alami sendiri daripada mak mertua dan saya perhati kesan pada suami sekarang, suami sangat mudah marah atas isu yang kecil dan apa yang dia marah tu lebih kurang dengan kata2 yang keluar dari mulut mak mertua. Bukan marah saya, tapi marah anak2.

Suami jugak nampak pendendam pada maknya. Masa diploma, suami hampir depresi tapi sempat diubati. Tapi adik perempuan suami alami depression dan anxiety, yang saya pun tak pasti sebab apa.

Ayah mertua memang jarang bersuara sebab salah cakap sikit kena sindir. Kadang2 saya sendiri yang backup ayah mertua sebab kesian tengok tak buat salah pun kena marah.

Saya sayang mak mertua saya tu. tapi kata2 dia tu kadang2 betul-betul buat saya berjauh hati. Suka cari pasal, sentiasa kena follow cara dia.

Bila dia tahu dia salah pun, tetap lah nak tunjuk ego. Saya ni pulak jenis tak tenang kalau mak mertua ada tak puashati dengan saya/ suami walaupun drama/ ketidakpuasan hati tu datang dari perangai mak mertua sendiri.

Rasa hidup tak berkat sebab buat makbapak tak puashati dengan kita.

Kadang2 disebabkan nak terlalu menjaga hati mak mertua takut mood dia swing, saya dan suami juga ipar duai seakan hipokrit pula.

Kami gelak2, happy2 tapi semua tahu ianya dibuat2 saja demi menjaga kerharmonian suasana..

Itu saja luahan saya. Bila dah tulis, rasa lega sikit. Terima kasih sudi membaca. Ada ke yang sedang mengalami macam saya?

Berdosa ke kita kalau kita tak buat apa2 tapi mak kita sendiri yang create isu untuk menampakkan kita sebagai anak2 ni teruk?

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *